Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memuji menteri besar Perlis yang menyatakan kerajaan Perlis tidak akan meminggirkan ahli-ahli dewan undangan negeri pembangkang dan akan menyalurkan peruntukan pembangunan kawasan kepada mereka juga.
Peruntukan pembangunan kawasan adalah polisi yang amat penting untuk wakil rakyat menguruskan jurang infrastruktur yang kecil, pembangunan masyarakat dan memberi sokongan kebajikan kepada penduduk di kawasan mereka.
Biasanya, peruntukan pembangunan kawasan diperuntukan secara tidak adil kepada ahli dewan negeri/ahli Parlimen kerajaan manakala mereka dari pembangkang akan dipinggirkan.
Hal ini juga tidak adil kepada rakyat di kawasan pembangkang kerana kerajaan dan ahli dewan negeri seharusnya berkhidmat kepada rakyat tanpa berat sebelah, serta isu sosial dan pembangunan juga tidak mendiskriminasikan orang berdasarkan kepada sokongan parti.
Bagi merumuskan polisi peruntukan pembangunan kawasan, Bersih 2.0 ingin memberikan cadangan kepada kerajaan Perlis untuk memberi peruntukan ini secara saksama kepada semua ahli dewan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sekiranya jumlahnya berbeza, ia perlu ada justifikasi yang seimbang serta harus berdasarkan keperluan kawasan dan bukannya kecenderungan parti.
Bersih 2.0 juga menyeru kerajaan Perlis untuk memastikan langkah-langkah berikut ke dalam polisi peruntukan pembangunan kawasan:
Supaya lebih telus dan berakauntabiliti, wajib ada pelaporan yang jelas berkenaan bagaimana peruntukan tersebut dibelanjakan dan perkhidmatan atau kontraktor manakah yang diberikan dana untuk tujuan ini. Nama dan garis masa projek juga perlu dilaporkan dan laporan itu harus tersedia untuk diperiksa oleh rakyat
Projek-projek ini tidak harus ditentukan oleh ahli dewan secara bersendirian. “Belanjawan berperwakilan” perlu diperkenalkan untuk sekurang-sekurangnya 50% daripada peruntukan pembangunan kawasan untuk semua ahli dewan
Sekiranya peruntukan ini disalahgunakan, hukuman perlu diwujudkan bagi menangani isu ini untuk memastikan kebertanggunjawaban. Dengan pelaporan yang culas dan kurangnya pemantauan, risiko yang sangat besar mungkin wujud untuk peruntukan ini disalurkan kepada projek yang tidak perlu atau projek yang hanya memberi manfaat sementara sahaja
Untuk jangka masa yang panjang, Bersih 2.0 menggesa agar semua kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk melembagakan polisi peruntukan pembangunan kawasan mereka bagi memastikan layanan yang adil kepada semua ahli dewan negeri dan ahli Parlimen serta mencegah penyalahgunaan dana awam oleh parti pemerintah dan wakil rakyatnya untuk menanam rasa “terhutang budi” dan budaya “budi dibalas undi” dalam kalangan rakyat yang menerima bantuan.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
English version
Perlis government lauded for providing constituency development funds to opposition assembly members
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) lauds the Perlis menteri besar’s office for its recent statement that the Perlis government will not marginalise members of the state assembly from opposition parties and will channel constituency development funds to opposition assembly members as well.
Constituency development funds are an important policy tool for constituency representatives to take care of small infrastructure gaps, community development and welfare support for their constituents.
Typically, constituency development funds are unfairly granted to MPs from government parties while MPs from opposition parties are marginalised. This is also unfair to the people in constituencies held by the opposition, as the government and assembly members should serve the people without discrimination, and social and developmental issues should not be discriminated against by any party.
In formulating the constituency development funds policy, Bersih 2.0 wishes to recommend that the Perlis government gives equal amounts of constituency development funds to all assembly members. If the amount is to be different, it should be reasonably justified and based on the needs of the constituency and not on party affiliation.
Bersih 2.0 also calls on the Perlis government to incorporate the following measures into its constituency development funds policy:
For accountability and transparency, there should be clear reporting mandated on how the funds are spent and which services or contractors are procured with these funds. Project names and timelines should also be reported with such reporting available for public scrutiny.
These projects should not be decided on by the assembly member alone. “Participatory budgeting” should be introduced for at least 50% of the constituency development funds for all state assembly members.
In the case of funds being misspent, there should also be punitive measures to address this to ensure accountability. With poor reporting and a lack of monitoring, there is a risk for the funding being channelled into non-priority projects or easy, short-term gain projects.
In the long run, Bersih 2.0 calls on all other state governments and the federal government to formalise their constituency development funds policy to ensure fair treatment to all state assembly members and MPs and to prevent it from being abused as a system of patronage and to perpetuate clientelist linkages between elected representatives and their voters.
There should be rigorous guidelines, monitoring and auditing to prevent any abuse of funds or wastage.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme