
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) dan Koperasi Kakitangan NEGM Berhad untuk menangguhkan pesta durian percuma di kawasan Sungai Kandis yang akan mereka anjurkan pada 28 Julai dengan kehadiran calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zawawi Mughni dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Kami mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua agensi kerajaan negeri tersebut atas kesedaran tentang kebimbangan yang diketengahkan oleh Bersih 2.0 serta menunjukkan contoh teladan dalam menyokong pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. Satu tindakan yang baik apabila pihak yang berkenaan menangguhkan majlis tersebut sehingga selesai pilihan raya kecil.
Kami berharap agar taktik kempen pilihan raya seperti itu tidak kembali berulang dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis dan juga dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia pada masa akan datang. Kami mendesak semua ahli politik, terutama yang berada di posisi kerajaan untuk menolak sebarang jemputan yang menggabungkan majlis kerajaan dengan aktiviti kempen pilihan raya parti politik.
Bersih 2.0 menyeru agar ketiga-tiga calon dan parti-parti mereka agar berkempen berdasarkan pelan, program dan polisi mereka yang akan menguntungkan rakyat dalam memenangi undi para pengundi di Sungai Kandis. Tidak ada tempat bagi penipuan pilihan raya seperti pembelian undi, pemberian barangan serta perbuatan mencetuskan kebencian kaum dan agama dalam Malaysia baharu.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
English version
Postponement of free durians fest the right decision
The Coalition for Clean and Fair Election (Bersih 2.0) welcomes the statement made by Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) and Koperasi Kakitangan NEGM Berhad about the decision to postpone the free durian fest in Sungai Kandis constituency that they were going to organise on 28 July which would have been attended by the PKR candidate, Zawawi Mughni, and Selangor Chief Minister Amirudin Shari.
We thank the two Selangor state agencies for recognising the concerns raised by Bersih 2.0 and leading by example in support of free and fair election. It is the right move to postpone the event until the by-election is over.
We hope such election campaign tactics will not happen again in this by-election in Sungai Kandis and any other future elections in Malaysia. We urge all politicians, especially those with government positions, to reject any invitation that mixes government events with their political party election campaign activities.
Bersih 2.0 calls on the three candidates and their respective party to campaign based on their plan, programmes and policies that will benefit the people in their bid draw the support of voters in Sungai Kandis. Fraudulent electoral practices such as vote-buying, the dishing out of goodies and the incitement of racial and religious hatred have no place in the new Malaysia.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Jangan terikut ikut Budaya UMNO.