Home Coalitions Clean and Fair Elections Penangkapan Najib Razak adalah kemenangan buat rakyat Malaysia

Penangkapan Najib Razak adalah kemenangan buat rakyat Malaysia

File photograph: The Malaysian Insider

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Bersih 2.0 menyambut baik penangkapan Najib Razak atas tuduhan skandal RM2.6bn dana 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Beliau telah ditangkap pada pukul 4.13 petang kelmarin di ibu pejabat di Putrajaya.

Menurut SPRM, Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kebangkitan rakyat pada pada pilihan raya umum 2018 juga antaranya berpunca daripada isu rasuah dan skandal 1MDB Najib yang telah sekian lama tidak diendahkan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu.

Perhimpunan Bersih 4 yang telah diadakan pada tahun 2015 telah menggesa Najib Razak untuk meletakkan jawatan serta supaya beberapa penambahbaikan institusi dilaksanakan bagi menghentikan korupsi di peringkat tertinggi yang berlarutan sejak zaman pentadbiran Barisan Nasional.

Penangkapan ini adalah kemenangan buat seluruh rakyat Malaysia daripada Perlis hingga ke Sabah yang telah turun ke jalan raya selama 36 jam dalam perhimpunan Bersih 4 bagi membersihkan negara ini daripada rasuah dan salah guna kuasa dan semua rakyat yang hadir mendokong tuntutan perubahan dalam perhimpunan Bersih 5.

Bersih 2.0 juga menuntut agar Jho Low dan kesemua individu-individu yang terlibat dengan Najib Razak dalam skandal 1MDB dan penyelewengan wang rakyat turut di bawa ke muka pengadilan.

Semoga siasatan SPRM berjalan dengan lancar, telus dan adil serta diharapkan kemenangan berpihak kepada kebenaran.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
20 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
20
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x