Home Coalitions Clean and Fair Elections Pendakwa raya merugikan dana rakyat, hina proses untuk dapatkan keadilan

Pendakwa raya merugikan dana rakyat, hina proses untuk dapatkan keadilan

Prisoner Najib Razak

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap perkembangan terkini berhubung keputusan mahkamah untuk melepaskan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas ketua setiausaha negara Irwan Serigar tanpa dibebaskan di atas pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6bn berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (Ipic).

Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Husin mengambil keputusan tersebut kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan dokumen berkaitan kepada pasukan pembelaan Najib dan Irwan, sekali gus tidak memenuhi tuntutan peruntukan Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Peguam negara perlu tampil menjawab secara terbuka mengapa pihak pendakwaan gagal mengendalikan kes kepentingan awam ini.

Bersih menggesa agar peguam negara bersifat telus dan memberi penerangan kepada rakyat Malaysia mengapa pihak mereka gagal mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan termasuk rekod mesyuarat kabinet serta dokumen daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, dan Kementerian Pengangkutan.

Rakyat berhak untuk mengetahui kerana segala kos termasuk gaji mereka dibayar oleh rakyat.

Kes ini telah didaftarkan semenjak 2018 lagi, dan adakah mustahil untuk pihak pendakwaan mendapatkan serta mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi meneruskan pendakwaan ini?

Adakah ini satu kesilapan yang disengajakan oleh pihak pendakwaan kerana lapan tahun adalah satu tempoh yang terlalu panjang. Tiga perdana menteri telah bertukar sepanjang tempoh tersebut.

Keputusan pelepasan tanpa pembebasan akibat kegagalan pihak pendakwaan sekali lagi mencemarkan institusi keadilan di negara kita.

Pada September 2023, pihak pendakwaan telah menggugurkan 47 pertuduhan terhadap Timbalan PM Zahid Hamidi, dan baru-baru ini pihak pendakwaan sekali lagi gagal mengemukakan dokumen yang terbabit untuk melanjutkan proses pendakwaan.

Ini amat memalukan dan akan memberi gambaran bahawa peguam negara dan pasukan pendakwaannya hanyalah senjata politik untuk menghukum pihak tertentu demi kepentingan sesetengah pihak, dan sekadar mainan sahaja kepada elit politik.

READ MORE:  Rosmah's acquittal: Prosecution reform calls grow after high-profile acquittals

Bersih mengulangi tuntutan kami agar kerajaan “Madani” segera memisahkan peranan peguam negara dan pendakwa raya. Reformasi ini adalah reformasi terbesar dan mendesak yang perlu dilaksanakan dengan segera.

Berapa pelepasan tanpa pembebasan akan diberi kepada ahli politik sebelum pemisahan ini dimuktamadkan? Jangan ada pihak yang berselindung di belakang retorik “ini keputusan mahkamah” apabila hakim sendiri telah mengatakan dengan jelas bahawa kesilapan pihak pendakwa raya adalah punca pelepasan tanpa pembebasan.

Tindakan sebegini di bawah peguam negara yang baru telah menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang. Sebaliknya dalam kes yang telah dimulakan pendakwaan di mahkamah, ia harus diserahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Kami ulang, kerajaan Malaysia perlu mengumumkan garis masa pelaksanaan pemisahan peguam negara dan pendakwa raya. Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu memberi jaminan terbuka garis masa pelaksanaan ini.

Jika tidak, berapa lagi pelepasan tanpa pembebasan akan ‘dikurniakan’ kepada ahli politik yang terlibat dalam kes rasuah dan salah guna kuasa? – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Hakimi Abdul Jabar
20 Dec 2024 9.29am

I am seriously wondering. Why weren’t reports lodged under Section 48 Act 694 against the then pm, home minister and igp for obvious obstructions? Btw, the matter involving SRC International has been thoroughly decided. Hence.

https://www.malaysianbar.org.my/article/news/press-statements/press-statements/press-release-let-the-macc-investigate-without-impediment-and-allow-the-truth-to-emerge

Last edited 1 month ago by Hakimi Abdul Jabar
Hakimi Abdul Jabar
19 Dec 2024 6.27pm

Transparency International & the World are well aware of S.48 Act 694 obstructions!

In the latest raid on August 6th 2015, MACC Deputy Chief Commissioner (Prevention) Datuk Hj. Mustafar Ali has revealed that documents and laptops have been confiscated by the police during raids on their office and residences of their staff. These raids have possible legal ramifications in that it would constitute an offence under Section 48 of the MACC Act (2009).

https://www.transparency.org.my/pages/what-we-do/giat-coalition/giat-coalition-calls-for-a-stop-to-obstruction-and-interference-of-macc-investigations-1

Hakimi Abdul Jabar
19 Dec 2024 5.17pm

It is not too late to include another charge under Section 48(b) of Act 694 for obstruction of investigations & search etc. Has the MACC done that?

… attempts to stop probe against 1MDB – Investigating officer https://www.sinardaily.my/article/218432

Hakimi Abdul Jabar
8 Dec 2024 4.01pm

PUBLIC KNOWLEDGE THAT THE RELEVANT MINISTERS FROM OCTOBER 2018 – DATE ACCUSED PERSONS PLEADED NOT GUILTY – NO RELEVANT MINISTER THEREAFTER TOOK THE INITIATIVE TO DECLASSIFY THE DOCUMENTS!

ASK YOURSELVES!

Deputy public prosecutor (DPP) Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi during Monday’s proceedings informed the court that there were about 40 documents which have yet to be declassified and that the prosecution had no control over the declassification of documents under the Official Secrets Act.

https://theedgemalaysia.com/node/735604

Hakimi Abdul Jabar
8 Dec 2024 3.04pm

Charles Hector based on reported caselaw cited in [1999] 2 CLJ 215 has written excellent thought provoking articles. The reported facts speak for themselves. Why the relevant Minister from October 2018 thereafter refused/failed/neglected to declassify the OSA documents? Ask yourselves.

https://charleshector.blogspot.com/2023/12/anwars-corruption-trial-judgment-when.html

https://www.nst.com.my/news/2015/09/grounds-judgment-datuk-seri-anwar-ibrahim-vs-pp-full-report

https://charleshector.blogspot.com/2023/12/anwars-corruption-trial-judgment-when.html

https://charleshector.blogspot.com/2024/11/pm-anwar-ibrahim-by-choosing-not-to-de.html

Most Read

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x