Home Coalitions Clean and Fair Elections Pengundi baru yang amat mencurigakan di bahagian pilihan raya yang mencatatkan kemenangan...

Pengundi baru yang amat mencurigakan di bahagian pilihan raya yang mencatatkan kemenangan tipis

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Bersih 2.0 telah mengesan satu percubaan untuk menipu dalam pilihan raya akan datang melalui ‘pemindahan’ pengundi dalam daftar pemilih tambahan suku keempat tahun 2016 bagi negeri Melaka di bahagian pilihan raya persekutuan Bukit Katil dan satu bahagian pilihan raya negeri di bawahnya, Bukit Baru.

1. Di Bukit Baru, sejumlah 73 pengundi baru berdaftar di dua alamat:
i. seramai 32 di 1, Jalan SJ 1, Taman Saujana Jaya, Bukit Katil (atas); dan
ii. seramai 41 di Batu 4½, Kampung Bukit Beruang (tiada nombor rumah diberikan).

2. Di Bachang, satu lagi Dun di bawah bahagian pilihan raya persekutuan Bukit Katil, seramai 46 pengundi baru mendaftarkan alamat mereka sebagai Batu 21/2 Solok Musai, tanpa memberi sebarang nombor rumah/bangunan.

Angka-angka ini jauh lebih tinggi daripada purata bilangan pengundi baru di kawasan lain. Ia menimbulkan kemungkinan wujudnya usaha sengaja dan terselaras untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya bagi kedua-dua bahagian terbabit yang dimenangi dengan tipis pada pilihan raya sebelumnya Dun Bukit Baru dimenangi dengan hanya 48 undi (0.2 peratus) manakala bahagian pilihan raya persekutuan Bukit Katil pula dengan 5,733 undi (6.6 peratus).

Ini bukan sahaja berlaku di negeri Melaka tetapi juga di Johor dan Selangor, seperti yang didedahkan masing-masing oleh Adun Tan Hong Pin dan Adun Ng Suee Lin pada bulan Februari 2017.

Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pendaftaran yang mencurigakan sebegini? Alamat rumah yang terperinci dan betul adalah maklumat pengundi yang penting, di samping nombor kad pengenalan, yang dapat memastikan daftar pemilih yang bersih.

Daftar pemilih yang bersih ialah permintaan Bersih 2.0 yang konsisten, yang telah membawa kepada beribu-ribu rakyat Malaysia berarak buat kali pertama pada tahun 2007 dan empat kali lagi sejak itu. Kenapakah SPR tidak dapat menjalankan tugas paling asas ini sampai sekarang?

Lebih teruk lagi, SPR dilaporkan memberitahu Tan bahawa tidak salah sekiranya pengundi mengubah alamat mereka tanpa berpindah rumah dengan izin pemilik rumah tersebut yang membenarkan alamatnya digunakan sedemikian. Adakah SPR sedar ia melanggari Perkara 119(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang mengandaikan bahawa seseorang seharusnya bermastautin di bahagian pilihan raya di mana dia mengundi?

READ MORE:  UK general election: Labour wins massive majority on low vote share, Gaza costs Starmer

Bersih 2.0 menggesa:

  • pengundi-pengundi dan parti politik untuk lebih berhati-hati dalam memeriksa daftar pemilih tambahan yang akan datang yang akan dipaparkan (mungkin pada bulan Mei). Sebagai barisan pertahanan yang pertama dalam menghalang pengundi ragu daripada berdaftar di bahagian pilihan raya mereka, mereka mesti membantah kepada SPR.
  • Rakyat yang layak mengundi untuk mendaftar sebagai pengundi sekiranya mereka belum berbuat demikian kerana dengan mengundi, mereka akan dapat menangani kesan daripada pengundi ragu. Mereka perlu segera membuat aduan kepada SPR sebaik sahaja mendapati nama mereka belum tersenarai dalam daftar pemilih tambahan yang akan datang, dan bersedia untuk menentang bantahan terhadap pendaftaran mereka.
  • SPR untuk menjalankan tugas mereka seperti yang termaktub dalam Peraturan 13(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 untuk menolak pengundi ragu.[2] Sebagai pihak berkuasa yang diamanahkan untuk menjalankan pilihan raya bagi rakyat, adalah menjadi tugas SPR untuk memberhentikan ‘pemindahan’ pengundi sebegini, yang melanggari perlembagaan!

Bersih 2.0 menjangkakan lebih banyak kes penipuan pilihan raya akan timbul menjelang pilihan raya umum yang akan datang. Maka hari ini, kami melancarkan hotline untuk menangani masalah pengundi seperti ini dan yang selainnya yang berkaitan dengan pilihan raya.

Kita mesti bergabung usaha dan bersama-sama menegakkan undi kita. Bersih 2.0 hotline ialah seruan untuk bertindak menentang pelanggaran terhadap hak kita untuk pilihan raya yang bebas dan adil.

Jawatankuasa induk Bersih 2.0


Highly suspect new voters in Malacca marginal seats

Bersih 2.0 has discovered an attempt to cheat in the upcoming elections through the ‘transfer’ of voters in the 2016 fourth quarter supplementary electoral roll for Melaka in the marginally won federal constituency of Bukit Katil and one of its state constituencies, Bukit Baru.

READ MORE:  UK general election: Did Keir Starmer really win?

1. In Bukit Baru, there were a total of 73 new voters registered to two addresses:
i. 32 at No. 1, Jalan SJ 1, Taman Saujana Jaya, Bukit Katil (above); and
ii. 41 at Batu 4½, Kampung Bukit Beruang (no house number given).

2. In Bachang, another state constituency under the Bukit Katil federal seat, 46 new voters registered their address as Batu 21/2 Solok Musai, without giving any house/building number.

These figures are significantly higher than the average number of new voters in other areas, giving rise to the likelihood of a deliberate and coordinated effort to influence the likely electoral result for the two affected constituencies that were marginally won in the previous election: the Bukit Baru state seat by only 48 votes (0.2 per cent) and the Bukit Katil federal seat by 5,733 votes (6.6 per cent).

This is not only happening in Malacca but also in Johor and Selangor, as exposed by state assembly representatives Tan Hong Pin and Ng Suee Lin respectively in February 2017.

How could the Electoral Commission allow these dubious registrations in the first place? A detailed, correct house address is crucial voter information, alongside the identity card number, that goes towards ensuring a clean electoral roll.

A clean roll has been a consistent demand of Bersih 2.0’s, for which thousands of Malaysians have marched for the first time in 2007 and four times more since then. Why has the commission yet to get its act together on this most fundamental of tasks?

Worse, the Electoral Commission was reported to have told Tan that there is nothing wrong with voters changing their address without physically transferring to it if the owner of the house allows her or his address to be used. Is the commission aware that it is violating Article 119(1)(b) of the Federal Constitution, which implies that one must be a resident in order to vote in that constituency?

READ MORE:  UK election: George Monbiot exposes Keir Starmer's hollow victory

Bersih 2.0 urges:

  • voters and political parties to be more vigilant in checking the next supplementary electoral roll to be displayed (likely in May). As the first line of defence in preventing clearly dubious voters like these from registering in their constituencies, they must submit their objections to the Electoral Commission.
  • genuine, qualified citizens to register as voters, if they have not done so, to counter the effect of these dubious voters. They have to immediately complain to the commission if they find that they have not yet been registered for the next quarter’s roll and be ready to counter frivolous and even malicious objections to their registration, as recently exposed by several new voters.
  • The Electoral Commission to carry out their work as empowered under Regulation 13(2) of the Elections (Registration of Electors) Regulations 2002 to reject such dubious voters.[2] As the authority entrusted to conduct elections for the people, it is the duty of the commission to stop fraudulent ‘transfers’ of voters, rather than allowing and even excusing them, in violation of the constitution!

Bersih 2.0 expects more electoral fraud cases to surface as the upcoming general election draws closer. We are thus launching our hotline to help address this and other election-related problems that voters face.

We must fight back collectively to protect our vote. The Bersih 2.0 hotline is a call to action against transgressions on our right to free and fair elections.

Bersih 2.0 Steering Committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x