Home Coalitions Clean and Fair Elections Pengundi luar negara tidak harus bergantung kepada penghantar kertas undi / Overseas...

Pengundi luar negara tidak harus bergantung kepada penghantar kertas undi / Overseas voters should not have to rely on ballot runners

The Sarawak Legislative Assembly building - ANIL NETTO/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Global Bersih menggesa tempoh kempen sekurang-kurangnya 21-25 hari serta sistem pengundian pos luar negara yang selamat dan boleh dipercayai.

Global Bersih menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan rakyat Sarawak yang menetap di luar negara dapat melaksanakan hak mengundi mereka dalam pilihan raya Sarawak yang akan datang tanpa perlu bergantung kepada operasi penghantaran kertas undi secara sukarela yang memerlukan usaha luar biasa.

Dengan pembubaran Dewan Undangan Sarawak dan tarikh pilihan raya yang masih belum diumumkan, SPR mesti memastikan pengundi pos luar negara mempunyai masa yang mencukupi untuk menerima, melengkapkan dan mengembalikan kertas undi mereka.

Pengajaran daripada pilihan raya terdahulu

Dalam pilihan raya Sarawak 2021, tempoh kempen hanya berlangsung selama 12 hari. Sebahagian pengundi luar negara menerima kertas undi terlalu lewat untuk dikembalikan, manakala ada yang hanya menerimanya selepas hari pengundian.

Masalah ini menjadi lebih ketara semasa pilihan raya umum tahun 2022, apabila jumlah kertas undi pos luar negara yang dikeluarkan di seluruh negara meningkat daripada 7,979 dalam pilihan raya umum 2018 kepada 48,109 dalam tahun 2022.

Dengan tempoh kempen hanya 14 hari, rakyat Malaysia di luar negara terpaksa menggerakkan operasi penghantaran kertas undi secara besar-besaran, melibatkan sukarelawan.

Global Bersih, bersama pertubuhan masyarakat sivil dan komuniti rakyat Malaysia di luar negara, turut membantu usaha membawa pulang kertas undi semasa pilihan raya umum 2022 dan beberapa pilihan raya negeri selepas itu.

Walaupun inisiatif ini membuktikan semangat tanggungjawab sivik yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, usaha tersebut merupakan langkah kecemasan akibat kelemahan dalam proses pilihan raya, bukannya penyelesaian yang mampan bagi pengundian luar negara.

Risiko terhadap integriti pilihan raya

Peningkatan ketara jumlah pengundi pos luar negara sejak pilihan raya umum 2018 menjadikan operasi penghantaran kertas undi secara sukarela semakin rumit dan sukar untuk diuruskan melalui rangkaian sukarelawan.

Lebih penting lagi, pengendalian dan pengangkutan kertas undi melalui rangkaian tidak rasmi boleh menimbulkan risiko terhadap prinsip asas pilihan raya, termasuk keselamatan, ketelusan, akauntabiliti dan integriti proses penghantaran kertas undi.

Walaupun operasi terdahulu dijalankan dengan niat yang baik, Global Bersih tidak dapat menjamin bahawa piawaian keselamatan, kebolehkesanan serta rekod rantaian jagaan kertas undi (chain of custody) dapat dipatuhi sepenuhnya melalui rangkaian sukarelawan tidak rasmi yang beroperasi di pelbagai negara.

Global Bersih berpendirian bahawa tanggungjawab ini mesti dipikul oleh institusi awam yang mempunyai sumber mencukupi serta beroperasi berdasarkan prosedur yang jelas dan boleh dikuatkuasakan.

Sehubungan itu, Global Bersih tidak akan menganjurkan atau menyelaraskan operasi penghantaran kertas undi secara sukarela bagi pilihan raya Sarawak yang akan datang.

Keputusan ini sama sekali tidak bermakna Global Bersih mengurangkan komitmennya terhadap hak mengundi rakyat Malaysia di luar negara. Kami akan terus menjalankan usaha pendidikan pengundi, memperjuangkan pembaharuan pilihan raya serta mengadakan libat urus dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menambah baik sistem pengundian luar negara.

Jadual yang realistik

Global Bersih sekali lagi menegaskan cadangan yang telah lama diperjuangkan, iaitu tempoh kempen sekurang-kurangnya 25 hari.

Amalan menetapkan tempoh kempen yang terlalu singkat tidak mengambil kira masa sebenar yang diperlukan untuk menyediakan kertas undi selepas penamaan calon, menghantarnya ke luar negara, melengkapkan dokumen yang diperlukan serta mengembalikannya ke Malaysia sebelum pengundian ditutup.

Oleh itu, Global Bersih menggesa SPR mengambil langkah-langkah berikut sebelum pilihan raya Sarawak:

  • Menetapkan tempoh kempen minimum 21-25 hari, dengan mengambil kira tempoh sebenar penghantaran pos dan kurier antarabangsa
  • Memastikan proses pendaftaran pengundi pos luar negara dilaksanakan lebih awal dan dimaklumkan dengan jelas, termasuk tarikh tutup permohonan serta panduan yang mudah diakses oleh pengundi
  • Mewujudkan sistem penghantaran kertas undi yang selamat dan boleh dijejaki, merangkumi mekanisme penjejakan, prosedur operasi standard serta penetapan tanggungjawab yang jelas bagi penghantaran dan pemulangan kertas undi.
  • Memperkukuh kerjasama dengan Wisma Putra dan perwakilan Malaysia di luar negara bagi menyediakan maklumat yang tepat, bantuan praktikal serta penyelarasan yang berkesan kepada pengundi luar negara.
  • Menerbitkan statistik lengkap pengundian pos selepas pilihan raya, termasuk jumlah kertas undi yang dikeluarkan, dikembalikan, diterima lewat dan ditolak, bagi membolehkan keberkesanan sistem dinilai secara telus.

Permohonan undi pos dibuka

Global Bersih menyambut baik pengumuman SPR bahawa permohonan undi pos luar negara bagi kategori 1B untuk pilihan raya Sarawak telah dibuka mulai 26 Oktober.

Kami menyeru semua rakyat Sarawak yang layak dan menetap di luar negara supaya mendaftar sebagai pengundi pos secepat mungkin, tanpa menunggu sehingga tarikh tutup permohonan yang masih belum diumumkan.

Permohonan  hendaklah  dibuat  secara  dalam  talian  melalui  portal  rasmi MySPR di https://myspr.spr.gov.my

Pengundi yang layak perlu mempunyai akaun MySPR yang aktif serta memastikan maklumat peribadi dan alamat surat-menyurat di luar negara adalah tepat dan terkini.

Global Bersih turut menggesa SPR dan perwakilan Malaysia di luar negara supaya memperhebat penyebaran maklumat mengenai proses pendaftaran, menyediakan panduan yang jelas serta menghebahkan tarikh tutup permohonan secara meluas agar tiada pengundi yang layak terlepas peluang untuk mengundi.

Buktikan komitmen

Global Bersih telah berulang kali membangkitkan isu-isu ini melalui cadangan pembaharuan pilihan raya serta sesi libat urus bersama SPR dan pihak berkuasa berkaitan.

Masalah yang dihadapi pengundi pos luar negara telah lama dikenal pasti dan didokumentasikan. Ia tidak seharusnya lagi dianggap sebagai masalah logistik yang tidak dapat dijangka.

Pilihan raya Sarawak yang akan datang merupakan peluang penting bagi SPR untuk membuktikan komitmennya terhadap pembaharuan pilihan raya yang bermakna.

Global Bersih bersedia menyumbangkan pengalaman dan kepakaran bagi membantu memperbaiki sistem pengundian luar negara.

Namun, tanggungjawab memastikan kertas undi dapat dikembalikan dengan selamat dan tepat pada masanya mesti terletak pada institusi yang mengendalikan pilihan raya.

Pengorbanan dan usaha luar biasa rakyat Malaysia di luar negara dalam pilihan raya terdahulu wajar dikenang sebagai bukti semangat kewarganegaraan yang tinggi, bukannya dijadikan pengganti kepada sistem pilihan raya yang sepatutnya berfungsi dengan baik.

SPR mesti memastikan rakyat Sarawak di luar negara diberikan peluang yang adil dan munasabah untuk menunaikan hak mengundi serta memastikan undi mereka diterima dan dikira. – Global Bersih

English version

Sarawak polls: Electoral Commission must ensure overseas voters do not have to rely on ballot runners again

Global Bersih calls for a minimum 21-25-day campaign period and a secure, reliable overseas postal voting system.

Global Bersih calls on the Electoral Commission to take immediate responsibility for ensuring Sarawak voters living overseas can exercise their right to vote in the upcoming Sarawak election without depending on extraordinary volunteer-led ballot-running operations.

With the Sarawak Legislative Assembly dissolved and the election timetable not yet announced, the commission must ensure overseas postal voters have enough time to receive, complete and return their ballots.

Lessons from previous polls

During the 2021 Sarawak election, the campaign period was only 12 days. Some overseas voters received their ballots too late to return them, while others received theirs only after polling day.

The challenges became even more apparent during the 2022 general election, when the number of overseas postal ballots issued nationwide increased from 7,979 in the 2018 general election to 48,109 in 2022.

With a campaign period of just 14 days, overseas Malaysians organised extensive ballot-running operations involving volunteers, travellers and diaspora organisations.

Global Bersih, together with other civil society organisations and overseas Malaysian communities, supported efforts to facilitate the return of ballots during the 2022 general election and subsequent state elections.

While these initiatives were remarkable examples of civic participation, they were emergency measures made necessary by shortcomings in the electoral process, not a sustainable solution to overseas voting.

Risks for electoral integrity

The significant increase in overseas postal voters since the 2018 general election has made such operations increasingly complex and difficult to manage through volunteer networks.

More importantly, ballot handling and transport risk failing to meet essential electoral principles, including security, transparency, accountability and the integrity of ballot delivery.

Although previous ballot-running initiatives were undertaken in good faith, Global Bersih cannot guarantee the necessary standards of ballot security, traceability and chain of custody across informal volunteer networks operating in multiple countries.

We believe these responsibilities must rest with properly resourced public institutions operating under clear and enforceable procedures.

Global Bersih will therefore not organise or coordinate ballot-running operations for the upcoming Sarawak election.

This decision does not diminish Global Bersih’s commitment to overseas voting rights. We will continue our efforts on voter education, and on advocacy and engagement with the relevant authorities to improve the electoral process for Malaysians overseas.

Realistic election timetable

Global Bersih reiterates its longstanding recommendation for a campaign period of at least 25 days.

The current practice of short campaign periods does not adequately account for the time required to prepare ballots after nomination, despatch them internationally, complete the necessary documentation and return them to Malaysia before polling closes.

Global Bersih therefore calls on the Electoral Commission to take the following steps before the upcoming Sarawak election:

  • Set a minimum campaign period of 21–25 days, taking into consideration actual international postal and courier delivery times
  • Ensure timely overseas postal voter registration and communication, with clear application deadlines and accessible guidance for voters
  • Establish a secure, traceable ballot delivery process, including tracking mechanisms, standardised procedures, and clear accountability for ballot despatch and return
  • Work closely with Wisma Putra and Malaysian foreign missions to provide reliable information, practical assistance and appropriate coordination for overseas voters
  • Publish comprehensive post-election postal voting statistics, including ballots issued, returned, received late and rejected, to enable proper evaluation of the system

Overseas registration now open

Global Bersih welcomes the commission’s announcement that applications for overseas postal voting under category 1B for the upcoming Sarawak election have been open since 26 October.

We strongly urge all eligible Sarawak voters living overseas to register for postal voting as soon as possible rather than wait until the closing date, which has not yet been announced.

Applications   must   be   submitted   online   through   the   official MySPR portal at https://myspr.spr.gov.my

Eligible voters must have an active MySPR account and ensure that their personal details and overseas postal addresses are accurate and up to date.

Global Bersih also urges the Electoral Commission and Malaysian foreign missions to actively publicise the registration process, provide clear guidance, and widely communicate the application deadline to ensure eligible overseas voters do not miss the opportunity to participate.

An opportunity to act

Global Bersih has consistently raised these concerns through its electoral reform proposals and engagements with the commission and other relevant authorities. The problems faced by overseas postal voters are well documented and should no longer be treated as unforeseen logistical difficulties.

The upcoming Sarawak election offers the commission an opportunity to demonstrate its commitment to meaningful electoral reform.

Global Bersih stands ready to contribute its experience and expertise towards improving the overseas voting system.

However, ensuring that ballots can be returned securely and on time must be an institutional responsibility.

The extraordinary efforts of overseas Malaysians during previous elections should be remembered as an example of civic commitment, not accepted as a substitute for a functioning electoral system.

The commission must ensure that Sarawak voters overseas have a fair and realistic opportunity to cast their votes and have them counted. – Global Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x