Home Coalitions Clean and Fair Elections Penubuhan jawatankuasa gerak kerja Pakatan Harapan satu langkah yang baik (Malay/English)

Penubuhan jawatankuasa gerak kerja Pakatan Harapan satu langkah yang baik (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan penubuhan sembilan jawatankuasa gerak kerja oleh Pakatan Harapan pada 9 Mei 2021.

Bersih 2.0 berpandangan bahawa penubuhan jawatankuasa ini adalah langkah yang baik agar PH dapat mengatur diri mereka menjadi pembangkang yang lebih konstruktif dan berkesan untuk menyaingi polisi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Penubuhan jawatankuasa gerak kerja ala kementerian bayangan di peringkat pembangkang sebagaimana yang dilakukan oleh PH adalah sangat penting sebagai langkah konsolidasi dan koordinasi pembangkang membayangi kabinet kerajaan.

Dalam situasi ketidakstabilan politik kini, jawatankuasa gerak kerja ini dapat mengembalikan fokus pembangkang untuk memberikan kritikan membina serta mencadangkan polisi alternatif berdasarkan idea, fakta dan data yang relevan. Ini juga boleh menunjukkan kemampuan pembangkang sebagai kerajaan menunggu untuk mendatangkan polisi alternatif yang baik.

Demi kepentingan demokrasi berparlimen dan supaya PH bergerak ke hadapan sebagai kerajaan menunggu yang berdaya saing, Bersih 2.0 memberikan cadangan berikut:

  • Pengerusi sembilan jawatankuasa tersebut perlu membentuk satu kabinet bayangan teras yang akan diketuai oleh perdana menteri bayangan dari PH
  • Kabinet bayangan teras ini perlu bermesyuarat secara berkala sekurang-kurangnya seminggu sekali, antara lain, untuk membincangkan dan mengkoordinasi halatuju polisi pembangkang sebagaimana kabinet bayangan Westminster agar polisi setiap jawatankuasa tidak bertindan-tindih antara satu sama lain
  • Setiap jawatankuasa gerak kerja dan staf sokongan juga perlu bermesyuarat secara berkala seminggu sekali sebelum mesyuarat mingguan kabinet bayangan teras, sama seperti mesyuarat kementerian sebelum mesyuarat kabinet.
  • Setiap mesyuarat kabinet bayangan teras harus diikuti dengan sidang media ataupun kenyataan media di mana keputusan-keputusan utama daripada perbincangan kabinet bayangan teras dikemukakan kepada orang awam
  • Komposisi jawatankuasa gerak kerja serta pengerusi-pengerusinya harus mencerminkan keterangkuman dan keseimbangan dari sudut gender, usia dan geografi.
READ MORE:  LIVE - State polls: Battle for Malaysia

Bersih 2.0 menyeru kerajaan PN mengamalkan politik matang dengan menyambut baik langkah PH untuk bersaing dengan kerajaan dalam arena dasar sebagai pembangkang membina. Bersih 2.0 menegaskan bahawa semua kerajaan harus memberi akses maklumat yang setimpal kepada pembangkang supaya pembangkang tidak mengajukan dasar yang tidak realistik sehingga menimbulkan jangkaan tidak realistik kepada kerajaan.

Pada masa yang sama, sekatan akses maklumat awam tidak boleh menjadi alasan pembangkang untuk tidak mempertingkatkan persaingan secara dasar. PH telah memerintah selama 22 bulan dan harus memanfaatkan pengalamannya dalam pentadbiran dahulu dan juga sebarang data yang ada dalam domain awam.

Negara kita memerlukan kerajaan yang berfungsi serta pembangkang yang berkesan agar politik negara kita berkisar seputar persaingan polisi yang sihat dan lebih baik, bukannya siapa terjahat. Politik yang matang dan profesional akhirnya akan memberi keuntungan kepada rakyat serta membawa negara menjadi lebih makmur, maju dan demokratik. – Bersih

English version

Establishment of Pakatan Harapan working committees is a step forward for healthy policy competition

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) welcomes the establishment of the nine working committees by Pakatan Harapan (PH) on 9 May 2021.

We are of the view that the establishment of these committees is a step forward for PH to organise themselves into a more constructive and effective opposition to compete with Perikatan Nasional (PN) government on policy issues.

The establishment of these shadow ministry-style working committees by PH is important as a measure to consolidate and coordinate the opposition to shadow the cabinet.

In the current political instability, these working committees will enable the opposition to focus on providing constructive criticism as well as alternative policies based on ideas, facts and data. It will also demonstrate its ability to be a government-in-waiting with good and viable alternative policies.

READ MORE:  Johor by-elections - Not quite status quo?

In the interests of parliamentary democracy and for PH to move forward as a viable government-in-waiting, Bersih 2.0 further suggests the following:

  • The chairpersons of the nine working committees should form a core shadow cabinet, which should be chaired by PH’s shadow prime minister
  • The core shadow cabinet should meet regularly at least once a week, among others, to discuss and coordinate the direction of the opposition’s policies like a Westminster shadow cabinet so that the policies proposed by each working committee do not contradict and overlap with others
  • Each committee and its support staff should also meet regularly, at least once a week, before the core shadow cabinet’s weekly meeting, just like ministries’ meetings before cabinet meetings
  • The core shadow cabinet meeting should be followed by a press conference or press statement where key decisions from the shadow cabinet meeting are presented to the public
  • The composition of the working committee as well as its chairperson should reflect inclusiveness and balance in terms of gender, age and geography

Bersih 2.0 calls on the PN government to practise mature politics by welcoming PH’s move to compete with the government in the policy arena as a constructive opposition. Bersih 2.0 emphasises that all governments should provide adequate access to information to the opposition so that the opposition does not propose unrealistic policies that create unrealistic expectations of the government.

At the same time, restrictions on access to public information should never be used as an excuse by the opposition to not to embark on policy contestation. PH has governed for 22 months and should leverage on its experiences during the previous administration as well as any data available in the public domain.

READ MORE:  'Musim pembodohan' atau lebih dari itu?

Our country needs a functioning government and an effective opposition for the country’s politics to develop based on healthier and better policy competition, not who is more evil. Professional and mature politics will ultimately benefit the people and push the nation to be more prosperous, developed and democratic. – Bersih 2.0

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x