Home Coalitions Clean and Fair Elections Penyelesaian tuntas masalah alamat di Malaysia (Malay/English)

Penyelesaian tuntas masalah alamat di Malaysia (Malay/English)

Photo credit: hazuism.blogspot.com
HAZUISM.BLOGSPOT.COM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) bersama Jawatankuasa Pembaharuan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan satu bengkel “Mewujudkan Sistem Pendaftaran Alamat Unik di Malaysia: Ke Arah Sistem Pendaftaran dan Pengurusan Alamat Moden” pada 25-26 November di Kuala Lumpur.

Ini adalah satu langkah penting bagi menyelesaikan isu pengurusan alamat yang dihadapi negara kita setelah sekian lama.

Masalah dengan bagaimana kita menentukan alamat kepada hartanah di Malaysia adalah isu dengan piawaian (standardisation) penyusunan nombor, nama tempat, jalan, hartanah, bandar malah bagaimana kita mengejanya.

Walaupun dengan kewujudan Standard Malaysia Untuk Alamat (MS2039:2006), kita masih jauh dalam mencapai tahap standard yang boleh diterimapakai.

Kesannya daripada permasalahan ini adalah lebih jauh daripada sekadar masalah yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan penghantaran atau pos. Isu ini memberi kesan kepada keefisienan tatatadbir sector swasta dan awam serta keberkesanan penganalisa data.

Alamat adalah data sepunya yang paling banyak dipohon oleh hampir keseluruhan penyedia perkhidmatan, daripada pendaftaran sebagai pemilih, rekod kesihatan, insurans, perbankan, pendaftaran telefon mobil, keahlian perpustakaan, perkhidmatan majlis kerajaan tempatan dan sebagainya.

Dengan adanya format yang definitif untuk alamat dan pematuhan yang penuh kepada standard tidak semestinya akan membawa kepada keberkesanan dan keefisienan penghantaran perkhidmatan atau membantu penganalisa data.

Apa yang kita perlukan adalah pengidentifikasi unik untuk setiap alamat dan tanah di Malaysia. Sebagaimana setiap buku mempunyai kod ISBN yang unik, setiap wargan mempunyai nombor kad pengenalan, setiap syarikat ada nombor pendaftaran dan setiap domain internet ada nombor IP, kita perlu kod pengidentifikasi unik untuk setiap alamat hartanah di dalam negara.

Identifikasi unik kepada setiap alamat, walaupun tanah yang belum terbangunkan, kilang, rumah atau flat akan mempunyai nombor unik kepadanya sepanjang kitaran-hayatnya daripada keizinan perancangan kepada pembinaan, penyiapan dan perobohan.

Sebagai contoh, Bersih 2.0 dan badan pemantau pilihan raya yang lain telah menemui banyak kesalahan dan penipuan data dalam senarai daftar pemilih yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Banyak isu-isu berbangkit daripada bagaimana alamat-alamat pemilih yang layak dikutip dan dimasukkan oleh SPR. SPR bergantung kepada Jabatan Pendaftaran Negara yang mengeluarkan MyKad kepada warga. Jabatan tersebut bergantung kepada orang ramai untuk memberikan alamat yang betul tanpa sebarang bukti dokumen kediaman sehinggalah 1 May 2019.

Disebabkan kekaburan dalam banyak alamat, tugas memberikan lokaliti kepada pengundi oleh staf SPR telah menyebabkan kesalahan kemasukan yang mengakibatkan lokaliti yang pelik. Sebagai contoh, suami dan isteri hidup di bawah rumah dan katil yang sama tetapi diberikan kawasan pilihan raya yang berbeza untuk mengundi. Sesetengah alamat adalah nombor plot yang besar, sebahagian lagi hanya ada nama jalan dan nama kampung, bahkan ada yang hanya ada nombor tiang elektrik.

Kebimbangan yang besar juga adalah ketidakmampuan kita mengenalpasti kesahihan alamat, sama ada hartanah itu wujud atau tidak ataupun adakah dikategorikan dengan tepat sebagaimana permohonan yang dibuat, contohnya adakah bangunan tersebut pernah dirobohkan atau pernah dibini sebelum ini.

Penipuan pendaftaran pengundi di alamat yang tidak wujud dan pemadatan bilangan pengundi yang besar ke dalam satu alamat menjadi lazim dan sehingga senarai daftar pemilih diaudit, penipuan-penipuan tersebut akan terus tidak dapat dikesan.

Ketiadaan penidentifikasi unik untuk alamat menjejaskan integriti data di mana lokasi tepat seseorang adalah kritikal untuk menentukan kelayakan mereka mengundi dan perkhidmatan yang akan diberikan kepada mereka.

Bagi menerokai keperluan Malaysia untuk membina sistem pendaftaran yang serupa dengan “Unique Property Reference Number” UK, Bersih 2.0, Pembaharuan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membawakan pakar daripada Australia dan UK, penyedia dan pengguna data sektor awam, pengguna alamat di sektor swasta, pakar ICT dan kumpulan masyarakat sivil yang bergantung kepada pengurusan alamat yang baik untuk melaksanakan tugasan harian mereka di dalam bengkel ini.

Menjadi niat murni kami agar pertukaran pandangan dalam bengkel ini akan menggerakkan kerajaan dan agensi utama untuk menjadikan sistem pendaftaran ini satu realiti sekaligus menyelesaikan masalah alamat dalam negara kita.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

English version

Addressing the address problem in Malaysia, once and for all

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) is co-organising with the Electoral Reform Committee and the Ministry of Housing and Local Government a two-day workshop on “Establishing a Unique Address Registration System in Malaysia” on 25-26 November in Kuala Lumpur.

This is an important first-step to resolve a long-standing issue our country faces with how we handle our addresses.

The problem with the way we assign addresses to our properties in Malaysia is the lack of standardisation in how we order the number, place names, roads, estate, city and even how we spell words. Despite the existence of a Malaysian Standard for Addresses (MS2039:2006), we are still a long way from achieving an acceptable level of standardisation.

The consequences of this problem are far-reaching and go beyond difficulties encountered by the postal or delivery service providers. It affects the efficiency of public and private sector administrations and the effectiveness of data analyses.

The address is the most common data required by almost all manner of service providers, from registration of voters, medical records, insurance, banking, mobile phone subscriptions, library memberships to local council services.

But having a definitive format for address and full compliance to the standard does not necessarily lead to the efficient and effective delivery of services nor does it help in data analyses.

What we need is a unique identifier for each spatial address and each piece of land in Malaysia. Just as every published book has a unique ISBN code, every citizen has an identity card number, every company a registration number and every internet domain an IP number, we need to attach a unique identifier code to every addressable property in the country.

A unique property identifier for every property, be it undeveloped land, factory, a house or a flat, would have a number assigned to it throughout its life cycle from planning permission to construction, to completion and to demolition. This unique identifier links and underpins every dataset that public and private organisations may have and removes errors in data exchange and communication and delivers efficiency gains in operational processes.

For example, Bersih 2.0 and other electoral watchdogs have uncovered substantial data errors and fraud in the electoral roll maintained by the Electoral Commission. Many of the issues originated from how addresses of eligible voters are collected and entered by the commission. The Electoral Commission relies on the National Registration Department, which issues the MyKad (identity cards) to citizens. The department relies on people to furnish the correct addresses – and until 1 May 2019 – without any documentary proof of residence, accuracy or even existence of such addresses.

Due to ambiguities in many addresses, the manual assignment of localities (the smallest unit of electoral boundaries) to voters by Electoral Commission staff has led to entry errors that resulted in strange assignments. For example, a couple living in the same house and bed assigned to different constituencies to vote. Some addresses are large plot numbers, some just road names, some are just names of villages and even some are just electrical pole numbers.

What is also of great concern is the inability to verify the authenticity of addresses, whether such property even exists or is the correct category for the purpose of the application – for example, the property may have been demolished or never built. Fraudulent registration of voters in non-existent addresses and the packing of a large number of voters into a single address were prevalent – and unless audits of the electoral roll are carried out, such abuses would go undetected.

The absence of a unique identifier for addresses undermines the integrity of data where the correct location of the person is critical to determine their eligibility and for the delivery of services to them.

To explore the viability of setting up a registry that is similar to the UK’s Unique Property Reference Number in Malaysia, Bersih 2.0, Electoral Reform Committee and the Ministry of Housing and Local Government are bringing together foreign experts from the UK and Australia, public sector data providers and users, private sectors users of addresses, information and communications technology experts and civil society groups who rely on good addresses to carry out their work for this important workshop.

It is our sincere hope that the exchanges at this workshop would spur the government and key agencies to make this registry a reality, thereby resolve our addressing problem, once and for all.

Bersih 2.0 steering committee

24 November 2019

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x