Home Coalitions Clean and Fair Elections Peratusan mengundi tetap menjadi kerisauan walaupun 9 Mei cuti umum

Peratusan mengundi tetap menjadi kerisauan walaupun 9 Mei cuti umum

Photo credit: hazuism.blogspot.com
HAZUISM.BLOGSPOT.COM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang bersuara memprotes keputusan berkenaan hari mengundi yang ditetapkan pada hari Rabu, 9 Mei yang pada awalnya tidak diumumkan oleh kerajaan sementara sebagai cuti umum.

Kerajaan sementara di peringkat persekutuan akhirnya mengalah apabila keputusan petisyen atas talian kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia melalui laman change.org yang berjaya mengumpulkan lebih 120,000 tandatangan sebelum pengumuman dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

Di samping menyambut baik pengumuman Pejabat Perdana Menteri, kami tetap dengan pendirian bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya sejak dari awal memutuskan hari mengundi pada hujung minggu dan pengumuman cuti umum pada tarikh 9 Mei langsung tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pengundi memandangkan hari Rabu merupakan pertengahan minggu; dan agak sukar bagi pengundi yang terpaksa menempuhi perjalanan yang jauh untuk mengundi, terutama bagi pengundi Sabah dan Sarawak yang menetap di Semenanjung dan juga sebaliknya.

Tambahan pula, pengundi yang bekerja di Singapura, Brunei, Kalimantan dan Selatan Thailand (iaitu kumpulan yang tidak layak untuk undi pos) akan menghadapi halangan besar kerana tarikh 9 Mei bukan tarikh cuti umum di negara tempat mereka bekerja dan kemungkinan mengalami kesukaran untuk balik mengundi. Mereka mungkin perlu mengambil cuti dua hari daripada majikan mereka.

Oleh itu, Bersih 2.0 tetap dengan kerisauan bahawa peratusan turun mengundi berkemungkinan rendah pada 9 Mei nanti walaupun telah diumumkan sebagai cuti umum.

Kami menyeru agar seluruh majikan di Malaysia untuk mempertimbangkan kelulusan cuti untuk pekerja mereka yang perlu menempuh perjalanan jauh untuk mengundi, terutamanya yang terpaksa bergerak antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

Kami juga memohon para majikan yang mempunyai pekerja warganegara Malaysia di Singapura, Brunei, Selatan Thailand, dan Kalimantan untuk memberikan sokongan kepada warga Malaysia yang berhasrat untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai pengundi.

Peratusan mengundi sebanyak 90% diperlukan untuk membentuk representasi suara rakyat demi menentukan masa depan Malaysia dan mengurangkan kesan persempadanan semula yang tidak adil.

Bersih 2.0 akan terus menerus menyeru para pengundi untuk keluar mengundi beramai-ramai memandangkan hanya inilah satu-satunya cara untuk meminimakan impak penipuan pilihan raya dan untuk memastikan keputusan akhir pilihan raya benar-benar mencerminkan pilihan yang dibuat oleh rakyat.

Keluar mengundi, kalahkan pencuri.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
12 April 2018

English version

Voter turnout remains a concern despite 9 May being declared a public holiday

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) congratulates fellow Malaysians for voicing out their protest against the Electoral Commission’s decision to fix polling day on a Wednesday, 9 May, and the initial refusal of the federal caretaker government to declare it a public holiday.

The caretaker federal government finally conceded as a result of an online petition to the Yang Di-Pertuan Agong of Malaysia on change.org which had received more than 120,000 signatures online before the announcement was made by the Prime Minister’s Office (PMO).

While we welcome the announcement of the Prime Minister’s Office, we maintain that the Electoral Commission should have decided the polling day ona  weekend in the first place; the declaration of a public holiday for 9 May does not address all the problems faced by voters as Wednesday falls smack in the middle of the week – a challenge for voters who will have to travel far to vote, particularly voters from Sabah and Sarawak who reside in peninsular Malaysia and vice versa.

Furthermore, voters working in Singapore, Brunei, Kalimantan and southern Thailand (who are not eligible for postal voting) will face huge challenges as it is not a public holiday for them in their countries of residence and they may encounter difficulties coming back to vote. They may have to take two days leave from their employers.

Bersih 2.0 is concerned with a possible low turnout of voters on 9 May despite it being declared a public holiday now. We call on employers in Malaysia to be considerate in approving leaves for their employees who need to travel far to vote, especially those who need to travel between Sarawak and Sabah and peninsular Malaysia.

We also appeal to employers of Malaysian citizens in Singapore, Brunei, southern Thailand and Kalimantan to be supportive of Malaysian citizens who intend to return to exercise their duty as voters.

A voter turnout of 90% is needed for a strong representation of the ‘voice’ of the people in determining the future Malaysia and offsetting the skewed boundary changes.

Bersih 2.0 continues to urge voters to come out and vote in big numbers as this is the only way to minimise the many impacts of electoral fraud and to ensure the subsequent election results truly reflect the choice made by the people.

Keluar mengundi, kalahkan pencuri.

Bersih 2.0 steering committee
12 April 2018

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x