[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggemakan semula seruan kami kepada “kerajaan perpaduan” di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Perikatan Nasional untuk mengutamakan negara usai kempen yang gencar di dalam enam pilihan raya negeri yang baru berlalu.
Masanya untuk semua kembali ke meja perundingan bagi membentuk perjanjian damai yang bukan sahaja akan memanfaatkan kedua-dua pihak tetapi lebih utamanya adalah kepada rakyat. Pada 16 Julai kami telah mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan persekutuan dan pembangkang untuk menjalin perjanjian damai selepas enam pilihan raya negeri.
Politiking tidak berkesudahan yang membadai negara dalam beberapa tahun kebelakangan dan semakin rancak setiap kali pilihan raya bukan sahaja mengalihkan tumpuan kerajaan-kerajaan sebelum ini untuk melaksanakan tugas mereka, namun, pada pandangan kami, telah mengecewakan sebahagian besar rakyat Malaysia yang hanya mahu meneruskan cabaran hidup seharian.
Isu “tiga R” – raja, agama dan bangsa – yang sering diputarkan telah menegangkan hubungan antara kaum yang hidup beriringan antara satu sama lain, mengancam keharmonian dan kedamaian yang kita nikmati sebagai sebuah negara.
Intipati demokrasi adalah peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan dan inilah yang dikenali sebagai pilihan raya. Di Malaysia, pilihan raya negeri dan persekutuan dilakukan setiap lima tahun atas sebab-sebab yang baik. Tempoh ini memberikan parti atau gabungan tempoh untuk mentadbir, untuk membuktikan diri mereka dan bertahan sehingga penggal seterusnya, atau dibuang jika mereka tidak dapat membuktikan diri sendiri.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Rakyatlah yang berhak menentukan siapa yang mempunyai mandat setiap lima tahun, bukan ahli politik yang mahu merampas kekuasaan pada setiap peluang yang mereka sendiri cipta.
Menolak keputusan pilihan raya dan sentiasa ingin mengubah kerajaan di pertengahan penggal adalah menghina kehendak rakyat dalam sistem demokrasi berparlimen dan sangat tidak bertaggungjawab kerana perkara ini akan merosakkan kepercayaan kepada sistem kerajaan dan demokrasi dalam negara. Hal ini perlu dihentikan, cukup-cukuplah.
Masanya untuk semua parti memberi fokus kepada pembinaan negara bangsa dan untuk semua memainkan peranan yang bertanggungjawab sebagai kerajaan, pembangkang, masyarakat sivil dan rakyat.
Bersih menggesa PM Anwar memimpin dengan melaksanakan janji beliau melawan korupsi yang sistemik dan melaksanakan reformasi institusi yang akan meletakkan asas kepada tatakelola yang lebih baik untuk akauntabiliti dan kestabilan. Dengan majoriti dua-pertiga di Parlimen, beliau boleh melaksanakan reformasi perundangan yang sangat diperlukan ini tanpa mendapat sokongan daripada pembangkang tetapi dengan semangat kerajaan “Madani”. Kami menggesa beliau untuk menghulur tangan dengan ikhlas kepada pemimpin PN bagi menghormati peranan penting mereka sebagai pembangkang dan wakil kepada rakyat yang memilih mereka.
Perjanjian damai semua parti bersama pembangkang perlu luas dan terperinci, namun perlu meliputi 10 reformasi institusi dan penyusunan politik ini:
- Akta penggal tetap parlimen supaya Parlimen ke-15 dapat berjalan sepenggal penuh sehingga 18 Disember 2027 dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengumumkan tarikh pilihan raya tetap. Permohonan pembubaran awal hanya boleh dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh PM dalam dua keadaan:
(a) kerajaan telah hilang majoriti
(b) usul menyokong hal ini lulus dua-pertiga majoriti di Dewan Rakyat.
Tanpa menjejaskan kuasa Istana untuk memperkenan pembubaran awal, dasar ini akan menambah kestabilan dan kebolehjangkaan politik bagi membina kepercayaan rakyat dan pasaran
2. Pengkanunan peruntukan dan proses bagi mekanisme kepercayaan di Parlimen, termasuklah undi pengesahan kepercayaan (confirmatory vote of confidence) selepas pelantikan PM baharu dan undi tidak percaya berkonstruktif untuk membuang PM. Mekanisme kepercayaan ini akan membangkitkan keyakinan dan memastikan kestabilan untuk kerajaan majoriti ataupun minoriti serta memelihara peranan perlembagaan ketua negeri
3. Pindaan kepada peraturan mesyuarat kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk memperkasakan ahli persendirian dan menjamin ketangkasan penyeliaan parlimen dengan penubuhan lebih banyak jawatankuasa tetap dan pilihan khas parlimen serta memperuntukkan urusan bukan kerajaan apabila Parlimen bersidang
(4) Pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen untuk memastikan Parlimen lebih mandiri. Parlimen perlu mempunyai belanjawan tersendiri untuk membiayai staf, jabatan penyelidikan, jawatankuasa pilihan parlimen, dan malah pusat khidmat kepada anggota sendiri. Perkara ini adalah salah satu daripada reformasi yang belum terlunas di dalam MoU Ismail Sabri Yaakob dengan Pakatan Harapan
(5) Pengiktirafan kabinet bayangan pembangkang melalui peruntukan kepada menteri bayangan dan akses kepada maklumat yang mencukupi agar mereka dapat berfungsi dengan berkesan sebagai pembangkang yang konstruktif dan kerajaan menunggu
(6) Akta peruntukan pembangunan kawasan untuk memastikan semua ahli Parlimen mendapat peruntukan sama rata tanpa mengira parti. Undang-undang yang sama juga perlu diperkenalkan kepada 13 dewan undangan negeri yang lain
(7) Akta pendanaan politik dengan pendanaan awam untuk parti politik bagi mencegah politik wang dan korupsi, serta untuk memenuhi keperluan parti bagi mendanai kos operasi dan aktiviti yang sah
(8) Memperkukuhkan Dewan Negara untuk berfungsi sebagai penjaga hak negeri dan wilayah dengan pemilihan ahli dan satu-pertiga kuasa veto untuk Sarawak, Sabah dan Labuan
(9) Reformasi Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia untuk membuang kawalan politik oleh PM. Satu jawatan pendakwa raya perlu dibentuk berasingan daripada peguam negara yang peranan utamanya untuk memberi nasihat undang-undang kepada kerajaan. Ketua SPRM perlu dilantik melalui jawatankuasa pilihan parlimen untuk memastikan kebebasan dan keadilan.
(10) Reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya agar badan ini menjadi bebas, adil, diperkasakan dan dipertanggungjawabkan ke Parlimen untuk memastikan pilihan raya bebas, adil dan mewakili. Fokus khas perlu diberikan untuk menambahbaik akses pengundian kepada pengundi luar kawasan dan pengundi yang sukar bergerak seperti orang kurang upaya, pesakit hospital, rumah asuhan dan penjara.
Bola kini di kaki perdana menteri dan beliau perlu buktikan kelayakan beliau untuk terima mandat diberikan oleh rakyat dan gabungannya untuk mentadbir baki penggal selama empat tahun empat bulan lagi. Beliau perlu memulakan semua reformasi ini dan menghulur tangan kepada pembangkang untuk mendapatkan sokongan bagi melaksanakan reformasi insitusi ini. Tanpa reformasi politik dan insitusi ini, kerajaan beliau atau selepas ini, akan kekal rapuh menghadapi kudeta pertengahan penggal dan tuduhan salah guna kuasa eksekutif.
Berdasarkan pemerhatian kami bahawa pengundi di kedua-dua belahan politik ingin melihat korupsi dihapuskan dan PM tidak boleh berkrompomi atau dilihat berkrompomi dengan janji beliau untuk melawan korupsi. Reformasi untuk membebaskan SPRM dan pejabat peguam negara, serta reformasi pembiayaan politik adalah maha penting dalam perlawanan ini. Rakyat akan menilai kedua-dua gabungan ini melalui peti undi pada pilihan raya umum akan datang.
English version
Time for an all-party peace deal and implementation of reforms
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) reiterates our call to the “unity government” of Prime Minister Anwar Ibrahim and the leadership of Perikatan Nasional to prioritise the interest of the nation after the conclusion of the highly contentious campaigning during the six state elections.
It is time for both sides to sit down and negotiate a peace deal that not only benefits both parties but more importantly, the people. On 16 July we had issued a statement calling on the federal government and the opposition to ink an inter-party peace deal after the six state elections.
The endless politicking that has engulfed the nation these past few years that intensified with each upcoming election has not only distracted multiple governments from the task of governing but has, in our humble opinion, also dismayed the vast majority of the people, who just want to get on with the daily challenges of life. The constant raising of the “three Rs” issues – race, religion and royalty – stirs ethnic tensions among the communities that live side by side with each other, threatening the fragile harmony and peace we have enjoyed as a nation.
Built into every democracy are opportunities for the people to express their choice of government, and these are called elections. In Malaysia, our federal and state elections are held every five years for good reason. It gives time for the coalition or party given the mandate to govern to prove itself and win another term, or be removed if it fails to prove itself. It is the people who have the right to determine who has the mandate every five years – not politicians who wants to seize power at every opportunity they create.
The rejection of election outcomes and the constant talk of a mid-term change of government disrespects the collective will of the people in our parliamentary democracy and is utterly irresponsible as it damages overall confidence in the government and in the democratic system of our country. This has to end; enough is enough.
It is time for all parties to focus on nation-building and for all to play our part responsibly as government, opposition, civil society and the people.
Bersih calls on Prime Minister Anwar to take the lead by fulfilling his promises to combat systemic corruption and to implement institutional reforms that would lay the foundation for better governance, accountability and stability. With a two-thirds majority in Parliament, he could deliver these much-needed legislative reforms without the need for support from the opposition. But in keeping with the spirit of his Madani (civil and caring) government, we urge him to reach out fully and sincerely to the PN leaders out of respect for their important role as opposition and as representatives of those who elected them.
An inter-party peace deal with the opposition should be wide-ranging and detailed but it should cover these 10 political arrangements and institutional reforms:
(1) A fixed term parliament act for the 15th Parliament to go full term until 18 December 2027 and for the Election Commission to pre-announce the default election dates. Request for an early dissolution can only be presented to the King by the prime minister in only two situations:
(a) the government having lost its majority
(b) a resolution supporting this has been passed by a two-thirds majority in the House of Representatives.
Without affecting the royal discretion power to withhold assent to early dissolution, this can bring about greater political stability and predictability to build public and market confidence
(2) Codification of provisions and processes for Parliament’s confidence mechanism which includes the covnfirmatory vote of confidence after the appointment of a new PM and the constructive vote of no-confidence for the removal of a PM. These confidence mechanisms would evoke confidence and yet ensure stability for small majority or minority governments and preserve the constitutional role of the head of state
(3) Amendments to the standing orders of both Houses to empower private members and guarantee effective parliamentary oversight by setting up more special and permanent select committees and providing for non-governmental business time when Parliament sits
(4) Re-introduction of the Parliamentary Services Act to make Parliament more independent. Parliament should have its own budget to fund its own staff, research department, select and special committees, and even the service centres of its members. This is one of the unfulfilled reforms under the Ismail Sabri Yaakob-Pakatan Harapan Memorandum of Understanding (MoU)
(5) Recognition of the opposition’s shadow cabinet with adequate allocation to shadow ministers and commensurate access to information so that they can function effectively as a constructive opposition and government-in-waiting
(6) An equitable constituency development funding act to ensure equal treatment for all members of Parliament, regardless of party affiliations. Similar laws should be introduced at the 13 state legislatures.
(7) A political financing act with public funding for political parties to curb money politics and corruption and to meet the need of parties to fund legitimate operational cost and activities
(8) Strengthening of the Senate to function as the guardian of state rights with elected members and a one-third veto power for Sarawak, Sabah and Labuan
(9) Reform of the Attorney General’s Chambers and the Malaysian Anti-Corruption Commission to remove the political control of the prime minister. An independent office of public prosecutor should be created separately from the attorney general, whose main function should be to serve as the government’s legal counsel. The MACC chief should be appointed through a multi-partisan parliamentary select committee to ensure its independence and impartiality
(10) Reform of the Election Commission so that it will be independent, impartial, empowered and answerable to Parliament to ensure free, fair and representative elections. Special focus should be placed on improving accessibility to voting for all out-of-state and voters facing mobility challenges like people with disabilities, hospital patients, nursing home residents and prisoners
The proverbial ball is truly in the PM’s court and it is for him to earn the mandate the people has given him and his coalition to govern for the remaining four years and four months of his term. He must initiate these reforms and reach out to the opposition to gain its support for the implementation of these institutional reforms. Without these political and institutional reforms, his government or any government after him, will remain vulnerable to mid-term coups and accusations of abuse of executive powers.
It is our observation that voters on both sides of the political divide wants to see an end to corruption, and the PM must not compromise or seen to be compromising on his pledge to fight corruption. The reforms to make the MACC and the Attorney General’s Chambers independent, as well as political financing reforms, are paramount in this fight. The people will judge the PM’s coalition at the ballot box, come the next general election. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme