Home Coalitions Clean and Fair Elections ‘Perjanjian Persefahaman Kerjasama’ baik, namun Parlimen perlu diperkasakan (Malay/English)

‘Perjanjian Persefahaman Kerjasama’ baik, namun Parlimen perlu diperkasakan (Malay/English)

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) meraikan Perjanjian Persefahaman Kerjasama sebagai duluan (precedent) yang segar untuk menstabilkan politik dalam keadaan parlimen tergantung tetapi sedar bahawa beberapa niat perjanjian tersebut berpotensi melemahkan Parlimen.

Kerajaan oleh parti

Bersih menekankan bahawa dua kerajaan sebelum ini di bawah Mahiaddin Yasin dan Ismail Sabri Yaakob adalah ‘kerajaan dibentuk oleh ahli parlimen (MP) secara individu’ dan bukannya ‘kerajaan gabungan dibentuk antara parti’, justeru tidak dapat bertahan daripada tekanan oleh rakan dalam gabungan kerajaan.

“Kerajaan perpaduan Malaysia” yang dipimpin Anwar Ibrahim kini mungin boleh melepasi perangkap ini dan berkhidmat sepenggal penuh selama lima tahun.

Tiga puluh-tiga bulan kemelut politik sejak Langkah Sheraton adalah disebabkan oleh kelemahan amalan menganggap kerajaan sebagai pengumpulan ahli parlimen secara ad-hoc, yang tidak tertakluk oleh program kerajaan yang kohesif yang ditetapkan oleh parti-parti tetapi oleh sokongan ahli parlimen secara peribadi kepada calon perdana menteri. Bahkan perundingan dalam kabinet, jawatan syarikat berkaitan kerajaan atau pelepasan daripada kes mahkamah – semuanya dibolehkan oleh kelemahan melalui amalan ‘membentuk kerajaan melalui akuan bersumpah’ yang diperkenalkan sejak 2009.

Pembentukan kerajaan melalui rundingan parti dan menjadikan perjanjian kerjasama secara umum adalah dua daripada 10 cadangan yang diusulkan oleh Bersih pada 19 November bagi menstabilkan politik pasca-pilihan raya umum kali ini. Bersih senang bahawa kerajaan baharu ini mengambil langkah ke arah yang betul.

Walaubagaimanapun kami khuatir perjanjian persefahaman kerjasama ini membungkam kebebasan nurani MP untuk mengundi dan berpendirian bahawa sebarang kompromi yang dibuat perlu dihadkan kepada keperluan untuk tidak menatijahkan penguasaan eksekutif secara berbahaya dalam usaha kita untuk keluar daripada ketidakstabilan politik dan ketidakbertanggungjawaban.

Sokongan parti 

Bagi mencegah undi sokongan dan perbekalan dijadikan alternatif untuk ‘lelongan SD’, Bersih boleh menerima di peringkat demokratisasi Malaysia sekarang bahawa keputusan pengundian dibuat secara parti.

Bersih walaubagaimanapun menolak tafsiran bahawa perjanjian tersebut secara sendiri boleh menyebabkan semua 144 MP daripada blok kerajaan (Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Warisan) boleh menghadap pilihan raya kecil.

Perkara 4(a) Perjanjian Persefahaman Kerjasama hanya menyatakan niatnya bahawa semua lima parti tersebut perlu menyokong perdana menteri untuk hal-hal keyakinan, perbekalan atau prosedur lain yang secara perlembagaan memberi kesan kepada keabsahan kerajaan.

Perkara 4(b) menyatakan niat bahawa parti-parti perlu memastikan semua MP mereka yang gagal, enggan atau cuai untuk mengundi sedemikian akan diambil kira sebagai meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli parti yang akan menyebabkan kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Niat tersebut hanya menjadi realiti sekiranya perlembagaan parti memperuntukkan untuk kegagalan, keengganan dan kecuaian dalam undian keyakinan dan perbekalan sebagai asas ahli parlimen terhenti menjadi ahli parti, sebagaimana dalam kes Amanah dan DAP. Alternatifnya, parti-parti perlu mempunyai instrumen lain yang mengikat secara undang-undang untuk menyebabkan kesan yang sama.

Bersih sangat khuatir dengan Perkara 4(d) yang menyatakan “Parti-Parti dan pihak-pihak kepada Perjanjian Persefahaman Kerjasama ini mempunyai prerogatif tunggal dalam memastikan ahli Dewan Rakyat masing-masing mengundi segala usul, terutamanya berkenaan kepercayaan dan bekalan Kerajaan Perpaduan Malaysia ini berdasarkan arahan Parti masing-masing”. – menekankan “semua usul” dan bukan sekadar perkara keyakinan dan perbekalan mengancam untuk menyingkirkan semua autonomi ahli parlimen dalam pengundian. Dengan kerajaan majoriti dua-pertiga, ini akan menjadi cek kosong kepada pindaan perlembagaan

READ MORE:  Agenda reformasi parlimen perlu lebih jelas era Malaysia Madani

Bersih menggesa semua parti yang berniat meminda perlembagaan parti mereka untuk menghadkan kebebasan pengundian ahli parlimen kepada perkara keyakinan dan perbekalan sahaja.

Perlu dinyatakan bahawa pemeliharaan kebebasan pengundian oleh ahli parlimen, sekiranya kerajaan tewas dalam rang undang-undang dan bahkan rang undang-undang perlembagaan tidak boleh dilihat sebagai penyataan ketidakpercayaan kepada kerajaan.

Jawatankuasa parlimen

Bersih senang untuk mengetahui bahawa perkara 3(b), setiap portfolio kementerian akan diteliti dan disemak oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen.

Kerajaan mesti membuat komitmen yang jelas untuk mempunyai satu jawatankuasa pilihan khas bagi setiap portfolio kementerian. Kelemahan amalan satu jawatankuasa pilihan khas untuk pelbagai kementerian tidak boleh diulangi kembali. Contoh paling teruk, empat kementerian (kerja awam, pengangkutan, perumahan dan kerajaan tempatan) ditugaskan kepada satu jawatankuasa pilihan khas (infrastruktur dan pembangunan) menjadikan pantauan jawatankuasa sia-sia.

Bersih juga khuatir dengan niat yang dinyatakan dalam perkara 3(d) dan 3(e) bahawa pengerusi jawatankuasa pilihan khas, disekalikan dengan keahlian kabinet, akan dibahagikan “berkadar dengan jumlah ahli parlimen setiap parti yang membentuk kerajaan perpaduan Malaysia” dan sebarang perubahan dalam pembahagian akan dibincangkan bersama perdana menteri dan ketua-ketua parti.

Perkara ini menunjukkan kerajaan akan menggunakan majoriti dua-pertiga mereka untuk memonopoli semua jawatan pengerusi jawatankuasa pilihan khas dan jawatankuasa pilihan, dan dewan dengan perwakilan dalam pembahagian keahlian dan kepimpinan jawatankuasa akan dipintas sepenuhnya. Perkara ini adalah tindakan kebelakang daripada amalan semasa Dr Mahathir Mohamad, Mahiaddin dan Ismail Sabri apabila ada beberapa jawatan pengerusi diberikan kepada ahli pembangkang.

Bersih menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said untuk memastikan amalan terbaik dilaksanakan seperti berikut:

  1. Keahlian jawatankuasa dibahagikan merentasi gabungan parti berdasarkan bilangan MP persendirian (yang bukan menteri, Speaker atau Timbalan Speaker), dan bukan semua MP. Pembahagian berdasarkan bilangan semua MP secara tidak adil lebih mewakili parti yang mempunyai ramai menteri
  2. Keahlian jawatankuasa perlu dibahagikan dengan mengambil kira minat dan kepakaran MP, bukan secara semberono ditugaskan oleh ketua parti
  3. Pengerusi jawatankuasa perlu diberikan kepada parti berdasarkan kadar MP persendirian
  4. Pengerusi dan timbalan pengerusi perlu daripada pihak politik yang berseberangan, satu daripada kerajaan dan satu daripada pembangkang untuk memastikan semak dan imbang di dalam jawatankuasa
  5. Semua pengerusi dan timbalan pengerusi jawatankuasa perlu dibayar dengan elaun tambahan kerana jawatankuasa perlu bergerak sepanjang tahun, walaupun apabila Parlimen ditangguhkan

Bersih berharap untuk bertemu dengan Perdana Menteri Anwar dan Menteri Azalina serta Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin untuk membincangkan lebih lanjut pengukuhan demokrasi pelbagai parti dan parlimen.

English version

Coalition government agreement is a good precedent but Parliament must be empowered

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) hails the coalition government agreement (Perjanjian Persefahaman Kerjasama) as a refreshing precedent necessary to stabilise politics in a hung parliament but also expresses concerns that some of its intentions may weaken Parliament.

Government of parties

Bersih stresses that the two previous governments, under Mahiaddin Yasin and Ismail Sabri Yaakob were ‘governments formed by individual MPs’ and not ‘coalition governments formed by parties’; hence they could not be sustained under pressure from partners in the coalition government. The Malaysian ‘unity government’ led by Anwar Ibrahim may now escape this trap and serve a full five-year term.

READ MORE:  Bersih sambut baik hasrat kerajaan untuk memperkasa demokrasi melalui reformasi institusi (Malay/English)

Thirty-three months of political chaos since the Sheraton move was caused by the flawed practice of treating the government as an ad hoc collection of parliamentarians, bound not by a cohesive government programme set by parties, but by the parliamentarians’ personal allegiance to a prime ministerial candidate and even deals in cabinet and government-linked company jobs or impunity from court cases – all made possible by the flawed practice of ‘government formation by statutory declarations’ poisonously introduced since 2009.

Party-based negotiations in government formation and the making of the coalition agreement public are two of the 10 proposals to stabilise post-general election politics made by Bersih on 19 November, and Bersih is very pleased that the new government is taking the right steps.

Bersih is concerned about how the coalition government agreement curtails the free will of parliamentarians in voting and holds that any compromise made must be limited to what is necessary to not result in dangerous executive dominance in our attempt to escape political instability and unaccountability.

Party-based decisions

To prevent confidence and supply votes being turned into an alternative form of ‘statutory declaration auctioning’, Bersih finds it acceptable at this stage of Malaysia’s democratisation that voting decisions are made party-based.

Bersih nevertheless refutes the misinterpretation that the Memorandum of Understanding itself can in itself cause all of the 144 MPs from the five government blocs (Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah and Warisan) to face by-elections.

Point 4(a) of the coalition government agreement only expresses its intention that all the five parties must support the prime minister on matters of confidence, supply or any procedure that may constitutionally affect the government’s legitimacy.

Point 4(b) goes on to express another intention that the parties must make sure that their MPs who refuse, are reluctant or err to vote accordingly will be treated as having resigned or ceased to be party members, which will cause their seats to fall vacant under Article 49A of the Federal  Constitution.

That intention can only become a reality if the parties’ constitutions have provided for such failure, reluctance and error in confidence-and-supply voting to be the grounds for a lawmaker to cease from being a party member, as in the cases of the DAP and Amanah. Alternatively, the parties have to have other legally binding instruments that can cause the same effect.

Bersih is deeply alarmed by point 4(d) which states that “[the parties to the agreement have] the sole prerogative in making sure the Members of Dewan Rakyat to vote on all motions, especially confidence in and supply by the Malaysia Unity Government, based on the parties’ respective instruction”. Going on “all motions” and not just confidence-and-supply matters, threatens to remove all autonomy of parliamentarians in voting. With a two-thirds’ majority government, that would be a blank cheque to constitutional amendments.

READ MORE:  PM perlu libatkan jawatankuasa pilihan khas dalam pelantikan ahli SPR daripada Sabah (Malay/English)

Bersih urges any party intending to amend their party constitution to confine parliamentarians’ voting freedom to only confidence-and-supply matters.

To this end of preserving parliamentarians’ voting freedom, defeats in legal and even constitutional bills must not be seen as an expression of no confidence in the government.

Parliamentary committees

Bersih is pleased to learn, as implied by point 3(b), that every ministerial portfolio will be scrutinised and checked by a parliamentary special select committee.

The government must make clear its commitment to have one special select committee for one ministerial portfolio. It must not repeat the flawed practice of having one special select committee for multiple ministries. In the worst example, four ministries (public works, transportation, housing and local government, and rural development) were tasked to one special select committee (infrastructure and development), making committee oversight a farce.

Bersih is however disturbed by intentions stated in points 3(d) and 3(e) that the chairpersonship of the special select committee, lumped together with membership in the cabinet, are to be allocated “proportionally with the number of parliamentarians by parties forming the Malaysian Unity Government” and any changes in such allocation will be discussed by the prime minister and head of the parties.

This implies that the government may use its two-thirds’ majority to monopolise all special select committee chairperson positions, and the select and house committees with multi-party representation in the allocation of committee membership and leadership would be completely bypassed. This would be a terrible regression from the practice under Dr Mahathir Mohamad, Mahiaddin and Ismail Sabri, when some committee chair positions went to opposition members.

Bersih urges Prime Minister Anwar Ibrahim and Law and Institutional Reforms Minister Azalina Othman Said to ensure the following best practices are implemented:

  1. Committee membership is allocated across coalitions and parties based on the number of private MPs (who are not ministers, Speaker or Deputy Speakers), not all MPs. Allocations based on the number of all MPs unfairly over-represents parties with many ministers
  2. Committee membership should be allocated taking into account the MPs’ interest and expertise, not arbitrarily assigned by their party leaders
  3. Committee chairpersonship should be allocated to parties based on their proportion of private MPs
  4. The chair and vice-chair must come from different sides of the political divide, one from the government bench and one from the opposition bench, to ensure checks and balances within the committees
  5. Both the committee chairs and vice-chairs should be reasonably paid with additional allowances as committees are expected to operate all years long, even when Parliament is in recess

Bersih looks forward to meeting with Prime Minister Anwar and Minister Azalina as well as Parliamentary Opposition Leader-designate Hamzah Zainudin to further discuss the strengthening of multi-party democracy and Parliament. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x