Home Coalitions Clean and Fair Elections Perkenalkan pendanaan awam bukannya gunakan syarikat berkaitan kerajaan atau lembaga berkanun untuk...

Perkenalkan pendanaan awam bukannya gunakan syarikat berkaitan kerajaan atau lembaga berkanun untuk membayar ahli politik (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada lantikan terbaru pengerusi lima badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan.

Mereka adalah Faiz Fadzil, pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); Mahfuz Omar (Lembaga Pertubuhan Peladang); Aminuddin Zulkipli (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan – Fama); Dr Azman Ismail (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia – Mardi); dan Sheikh Umar Bagharid Ali (Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia).

Berkenaan lantikan politik di dalam lembaga berkanun, kami mempunyai pendirian yang sedikit berbeza berbanding pelantikan di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Lembaga berkanun ditubuhkan oleh kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan khusus yang tidak berdasarkan keuntungan semata-mata dan untuk memenuhi dasar kerajaan.

Pendirian kami bahawa wakil rakyat tidak boleh dilantik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan kerana mereka dilantik untuk menjadi penggubal undang-undang dan berkhidmat di kawasan mereka.

Memandangkan mustahak untuk memastikan lembaga berkanun menjalankan dasar kerajaan, adalah munasabah setiap kerajaan melantik mereka yang diyakini dan selari dengan hala tuju dasar kerajaan, ini termasuklah ahli politik – namun ahli politik tersebut perlu mempunyai kelayakan dan kompetensi yang bersesuaian dengan badan berkanun itu.

Disebabkan potensi pertembungan kepentingan, pelantikan wakil rakyat perlu diminimumkan.

Selain itu, mereka yang dilantik ke badan berkanun tertakluk kepada pemantauan dan semakan oleh jawatankuasa parlimen sebagaimana menteri dan timbalan menteri dipantau oleh ahli parlimen yang lain. Maka, jawatankuasa parlimen yang memantau kementerian di mana badan berkanun tertakluk di bawahnya perlu diketuai oleh ahli parlimen pembangkang.

Ianya merupakan salah guna perjawatan awam dan amanah, malah hampir kepada korupsi, sekiranya kerajaan hanya melantik mana-mana penggerak parti, seperti bekas pembantu kepada menteri pemimpin tertinggi, ke badan berkanun hanya untuk mendanai kerja politik mereka.

READ MORE:  Time to audit government-linked firms

Kami maklum bahawa parti perlu membiayai penggerak parti sepenuh masa, namun gaji mereka perlu dibiayai oleh parti atau entiti yang berkaitan mereka, dan bukannya dengan wang rakyat. Malah, parti politik sepatutnya layak mendapat subsidi tahunan daripada pembayar cukai berdasarkan jumlah undi mereka dalam pilihan raya di persekutuan dan negeri.

Kerajaan “Madani” justeru perlu tamatkan amalan lapuk membiayai operasi parti kerajaan dan memberi ganjaran kepada pimpinan parti melalui jawatan lumayan di syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun. Kerajaan seharusnya membentuk sistem pendanaan awam parti politik yang demokratik, adil dan berakauntabiliti berdasarkan keperluan parti kerajaan dan juga pembangkang.

Sementara itu, kejayaan dan kegagalan lembaga berkanun adalah tanggungjawab mereka yang dilantik dan kerajaan yang melantik mereka. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan dan juga sebarang salah guna kuasa atau korupsi.

Pemantauan dan semakan terhadap lembaga berkanun ini perlu dijalankan melalui jawatankuasa pilihan khas parlimen yang rentas parti bagi memastikan objektif lembaga tersebut dipenuhi.

Justeru, mereka yang baharu dilantik oleh Kementerian Pertanian ke dalam lembaga berkanun di bawah kementerian perlu melaksanakan tugas-tugas mereka kepada rakyat dan bertanggungjawab kepada jawatankuasa pemantau. – Bersih

English version

Introduce public funding instead of using government-linked companies or statutory boards to pay politicians

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) refers to the recent appointments by the Ministry of Agriculture and Food Security of new chairpersons to five statutory bodies under the ministry.

They are Muhammad Faiz Fadzil as chairman of the Fisheries Development Authority of Malaysia (LKIM); Mahfuz Omar (Farmers’ Organisation Authority); Aminuddin Zulkipli (Federal Agricultural Marketing Authority or Fama); Dr Azman Ismail (Malaysian Agricultural Research and Development Institute or Mardi); and Sheikh Umar Bagharid Ali (Malaysian Pineapple Industry Board).

READ MORE:  Proses lantikan peguam negara baharu tidak cerminkan kesungguhan pelaksanaan reformasi institusi

When it comes to political appointments to a statutory body, we take a slightly different stand from appointments to government-linked companies. Statutory bodies are established by specific federal or state laws to carry out specific services or tasks that are not primarily driven by profit and to fulfil government policies.

Our stand is that elected representatives should not to appointed to government-linked companies or statutory bodies as they are elected to become legislators and to serve their constituents.

As it is important to ensure that statutory bodies are carrying out the policies of the government of the day, it would be reasonable for each government to appoint people whom they trust and are in alignment with their policy direction; this may include politicians but such politicians must have the necessary competence and credentials related to the statutory bodies.

Because of the potential for conflict of interest, the appointment of elected representatives should be minimised.

Further, those appointed to statutory bodies must be subjected to scrutiny by parliamentary committees the way that ministers and deputy ministers are by other MPs.

It is an abuse of public office and trust (amanah), bordering on hidden corruption, if the government simply appoints any party operatives, such as former aides of top leaders, to statutory bodies just to financially sustain their political work.

We recognise that parties have the need to maintain full-time operatives but their salaries should be paid for by the parties or their affiliated entities, not with public money. Meanwhile, parties deserve annual subsidies from taxpayers based on their vote shares in federal and state elections.

READ MORE:  MAHB deal: Merging control through public-private partnerships

The “Madani” (civil) government should therefore end the old practice of financing government parties’ operations and rewarding party leaders through lucrative postings in government-linked companies and statutory bodies.

It should instead design a democratic, fair and accountable system of public funding to political parties, based on the needs of the government parties as well as the opposition.

Meanwhile, as the success or failure of the statutory board is the responsibility of the appointees and the government that appointed them, they must be accountable for failures as well as any abuses or corruption. Scrutiny of these statutory boards should be made by the relevant cross-party parliamentary special select committees to ensure that the objectives of the boards are fulfilled.

As such, those recently appointed by the Ministry of Agriculture to statutory boards under the ministry have to carry out their duties to the people and to be accountable to oversight committees. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x