Home Coalitions Clean and Fair Elections Perkenalkan pendanaan awam kepada parti politik (Malay/English)

Perkenalkan pendanaan awam kepada parti politik (Malay/English)

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyeru perdana menteri, parti-parti politik dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan polisi pendanaan awam untuk parti politik di Malaysia demi meningkatkan ketelusan pendanaan parti politik dan padang permainan yang sama rata di antara parti pemerintah dan parti pembangkang.

Usaha ini perlu dibuat dengan melibatkan semua parti politik supaya politik kepartian di Malaysia lebih stabil, berinstitusi dan profesional.

Seruan ini dibuat berdasar kepada satu laporan kajian yang telah dilancarkan oleh Bersih 2.0 hari kelmarin yang bertajuk “Pendanaan Awam untuk Parti Politik: Perbahasan, Kajian Kes dan Cadangan-Cadangan”. Kajian tersebut telah dijalankan oleh Ooi Kok Hin di bawah naungan Bersih 2.0.

Malaysia adalah negara yang bertentangan dengan arus perdana dunia di mana lebih daripada dua-pertiga negara-negara di dunia mempunyai undang-undang yang memperuntukan pendanaan awam untuk parti politik.

Berdasarkan kajian tersebut, Bersih 2.0 mencadangkan satu polisi pendanaan awam tahunan sebanyak RM133 juta untuk parti-parti politik di peringkat parlimen, dan Suruhanjaya Pilihan Raya dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan dana ini kepada parti-parti politik menurut tiga cadangan-cadangan dibawah:

Pendanaan awam secara langsung yang berdasarkan jumlah undi kepada parti politik untuk perbelanjaan operasi parti politik dan kempen pilihan raya – Jumlah pendanaan awam ini akan diberikan secara berkadaran mengikut jumlah undi yang parti tersebut terima dalam pilihan raya umum yang terakhir. Nilai ambang bagi kelayakan parti politik untuk menerima dana ini adalah sebanyak 2% undi popular di mana-mana wilayah semenanjung, Sabah atau Sarawak. Nilai ambang yang berdasarkan tiga wilayah ini bertujuan agar parti yang hanya beroperasi di Sabah dan Sarawak tidak didiskriminasikan serta lebih mengangkat semangat Perjanjian Malaysia 1963. Daripada jumlah dana yang diterima, parti politik perlu menyalurkan 25% dana kepada kajian pembangunan dasar.

Pendanaan awam secara langsung berdasarkan jumlah kerusi parlimen yang dipegang oleh wanita untuk menggalakkan perwakilan wanita dalam politik Malaysia – Kami mencadangkan peruntukan RM10 juta diasingkan bagi cadangan ini. Tujuan utamanya adalah bagi menggalakkan perwakilan wanita di Dewan Rakyat. Untuk kelayakan menerima peruntukan ini, parti politik hanya perlu ada sekurang-kurangnya seorang wanita dipilih sebagai ahli parlimen. Peruntukan ini akan disalurkan secara berkadaran berdasarkan jumlah ahli parlimen wanita yang mewakili parti tersebut. Sebagai tambahan, jumlah penggunaan perlu disalurkan kepada program parti dan pengambilan staf bagi menggalakkan penyertaan wanita dalam politik. Semakin banyak ahli parlimen wanita yang ada, semakin tinggi pendanaan awam yang akan diterima secara tahunan. Parti-parti kecil juga dapat mendapat manfaat dengan menamakan calon wanita dalam kerusi yang berpotensi. Sebagai contoh, sekiranya sesebuah parti kecil hanya mempunyai seorang ahli parlimen, mereka berkemungkinan mendapat jumlah yang kecil di bawah cadangan yang pertama tetapi sekiranya ahli parlimen tersebut adalah wanita maka parti tersebut boleh mendapat dana tambahan. Ini akan memberi lebih insentif untuk parti politik untuk bukan sahaja menamakan wanita sebagai calon malah akan membuatkan mereka melayan calon wanita secara serius dengan menempatkan di kerusi yang boleh menang.

READ MORE:  Parti politik perlu diselia oleh SPR yang bebas (Malay/English)

Kami juga menggesa wakil rakyat dan sayap wanita dalam semua parti politik serta kumpulan advokasi wanita, untuk menyokong cadangan ini bagi mempunyai pendanaan secara langsung berdasarkan jumlah kerusi bagi menggalakkan wanita dalam politik. Cadangan ini sangat penting melihatkan jumlah wanita yang sangat rendah serta tidak menggalakkan di dalam politik Malaysia. Malaysia berada pada kedudukan 142 daripada 190 negara oleh Inter-Parliamentary Union (IPU) untuk perwakilan wanita dalam Parlimen pada Januari 2021. Selain itu, hanya 14.4% bilangan wanita yang dicalonkan dalam pilihan raya umum 2018 berjaya menang dan menjadi wakil rakyat di Parlimen.

Cadangan ketiga adalah pendanaan awam secara tidak langsung melalui pemberian subsidi seperti siaran langsung, percetakan, pos serta penggunaan bangunan kerajaan dan awam secara percuma pada waktu tertentu. Cadangan ini akan memakan kos yang lebh kecil berbanding dua cadangan sebelumnya dan dapat menyediakan bantuan serta sumber yang bernilai kepada parti politik.

Cadangan yang dikemukakan di dalam kertas kajian ini kebanyakannya hanya menumpukan kepada pendanaan awam di peringkat persekutuan namun kami turut menyarankan agar mekanisme yang dicadangkan turut diangkat di peringkat negeri-negeri. Negeri yang lebih kaya seperti Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang boleh membuka jalan bagi pelaksanaan pendanaan awam di peringkat negeri.

Reformasi institusi dan reformasi politik dapat menambahbaik kualiti persaingan politik antara parti-parti politik di Malaysia bagi memacu negara kita untuk mempunyai demokrasi yang lebih sihat dan bermakna. Persaingan politik yang sihat boleh menatijahkan politik yang berdasarkan perlawanan idea dan dasar yang lebih baik serta berpaksikan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat.

Jawatan pemandu Bersih 2.0

English version

Introduce public funding of political parties, enhance transparency and level playing field

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) calls on the prime minister, political parties and the Election Commission to implement a public funding policy for political parties in Malaysia to increase the transparency of political party funding and level playing ground between ruling parties and opposition parties.

READ MORE:  Parti politik perlu diselia oleh SPR yang bebas (Malay/English)

All political parties need to be involved in this effort so that partisan politics in Malaysia is more stable, institutionalised and professional.

This call is made based on a research report launched by Bersih 2.0 yesterday entitled “Public Funding for Political Parties: Debates, Case Studies and Recommendations”. The study was conducted by Ooi Kok Hin under the auspices of Bersih 2.0.

Malaysia runs counter to the mainstream of the world where more than two-thirds of the world’s countries have laws that provide for public funding for political parties. 

Based on the research, Bersih 2.0 proposes an annual public funding policy of RM133m for political parties at the parliamentary level, and the Election Commission is responsible for channelling these funds to political parties in accordance with the three recommendations below:

Vote-based direct public funding to political parties for regular party and campaign expenses – The amount of public funding will be given proportionately to the number of votes the party received in the most recent election. The threshold for the political party’s eligibility to receive this fund is 2% in any of the regions of the peninsula, Sabah or Sarawak. The threshold based on these three regions aims to ensure that regional parties in Sabah and Sarawak are not discriminated against and to respect the spirit of the 1963 Malaysia Agreement.

Seat-based direct public funding to promote women’s representation in Malaysian politics – We propose an allocation of RM10m to be set aside for this proposal. The main purpose is to promote women’s representation in Parliament. To be eligible, parties only need to elect at least one woman as an MP. This allocation will be distributed proportionately based on the number of women MPs in the party. In addition, the usage of the amount is earmarked for the parties’ programmes and staffing in promoting women’s participation in politics.

READ MORE:  Parti politik perlu diselia oleh SPR yang bebas (Malay/English)

The more women MPs there are, the more the party would receive from public funding annually. Small parties can also benefit by nominating female candidates in competitive seats. For example, if a small party has only a single member of Parliament, they will probably receive only a small amount of public funding under the first recommendation. But if their sole MP is a woman, the party stands to gain additional public funding. This provides an incentive to political parties to not only nominate more women candidates, but also treat them as serious candidates by putting them in winnable seats.

We call on female elected representatives and women’s wings in all political parties, as well as women advocacy groups, to support this proposal for seat-based direct public funding to promote women’s representation in politics. The imperative for this recommendation is the low number and discouraging state of women’s representation in Malaysian politics. According to a ranking by the Inter-Parliamentary Union (IPU), as of January 2021, Malaysia ranked 142 out of 190 countries in women’s representation in national parliaments. While a record number of women candidates were nominated in the 2018 general election, only a minute 14.4% ended up as members of Parliament.

The third proposal is indirect public funding through subsidies such as broadcast, printing, postal and free use of government and public buildings at certain times. This proposal will cost less than the previous two proposals and can provide valuable assistance and resources to political parties.

The proposals put forward in this study paper mostly focus only on public funding at the federal level but we also recommend that the proposed mechanism also be adopted at the state level. Progressive states such as Sarawak, Selangor and Penang can pave the way for the implementation of public funding at the state level.

Institutional and political reform can improve the quality of political competition between political parties in Malaysia to drive our country to have a healthier and meaningful democracy. Healthy political competition can lead to politics based on who has better ideas as well welfare and people-centered policies.

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
loyal malaysian
loyal malaysian
26 Jan 2021 7.39am

Bersih 2.0 has good intentions – if its proposals are adopted , parliamentary democracy in Malaysia will be enhanced.
For fear of sounding like a broken record player, this illegitimate govt. will do no such thing – it entered Putrajaya through the back door and these proposals mean it should have no place in Putrajaya.

Most Read

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x