[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menganggap tawaran Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yasin untuk beberapa pembaharuan institusi sebagai balasan sokongan daripada pembangkang dalam usul undi percaya di Dewan Rakyat adalah langkah yang baik untuk kestabilan politik dan demokrasi berparlimen negara kita.
Namun perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) supaya sebuah kerajaan minoriti ini kekal berfungsi tidak boleh hanya datang daripada Mahiaddin, tetapi juga mereka yang beraspirasi untuk menjadi perdana menteri dan memegang kerajaan selepas ini. Kami menggesa mereka untuk bersaing di atas dasar pembaharuan bagi membentuk kerajaan yang stabil dengan pada masa yang sama menyelesaikan kelompangan sistem politik negara.
Sementara itu, Mahiaddin yang mengakui kehilangan majoriti di Dewan mewajibkan beliau untuk membuktikan semula sokongan di Parlimen dengan usul undi percaya, sekiranya beliau tidak mahu meletakkan jawatan atau membubarkan Parlimen segera berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.
Pendirian penuh kami seperti berikut:
Mahiaddin tidak boleh memegang kuasa sehingga selepas titah diraja pada September. Titah diraja tidak mewakili pandangan peribadi Yang di-Pertuan Agong tetapi pelan tatatadbir kerajaan. Walaupun Mahiaddin berhak membuktikan majoriti beliau di Parlimen, ini tidak membenarkan beliau untuk menangguhkannya sesuka hati. Sekiranya tewas, kerajaan baharu perlu diberikan masa untuk menyediakan titah diraja. Agong tidak wajar untuk memberikan dua titah diraja dalam sela masa yang dekat, yang akan menghakis peripentingnya prosedur ini dalam demokrasi berparlimen.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami sangat menggalakkan kem pembangkang yang kini mempunyai 120 Ahli Parlimen anti-Mahiaddin untuk bersaing dengan cadangan kerajaan Perikatan Nasional dengan segera membentangkan majoriti 111 atau lebih dan memberikan pakej pembaharuan yang mengukuhkan pentadbiran merentas parti. Mekanisme pembuktian ini agar pembangkang mempunyai majoriti sebelum mereka dapat membuang PM sedia ada diistilahkan sebagai undi tidak percaya konstruktif (constructive vote of no confidence). Ia perlu dipertimbangkan untuk mengelakkan kekhuatiran orang ramai kepada kekosongan kementerian – sebagaimana yang berlaku apabila Pakatan Harapan tumbang pada 24 Februari 2020 dan pembentukan kabinet PN pada 8 Mac 2020.
Pakej pembaharuan yang ditawarkan oleh Mahiaddin adalah tidak lengkap. Kami menggesa kedua-dua kerajaan PN serta pembangkang yang diketuai oleh PH dan Umno untuk menawarkan pakej berikut untuk pembaharuan dan kestabilan:
- Pembuatan dasar berkaitan pandemik yang lebih inklusif melalui majlis persekutuan-negeri bagi kesihatan dan ekonomi, yang dipengerusikan oleh perdana menteri dan ahli parlimen, dengan keanggotaan oleh menteri kanan, ahli parlimen pembangkang kanan, kesemua 13 menteri besar dan ketua menteri serta pakar atau teknokrat
- Manual kabinet yang menjelaskan konvesyen perlembagaan dan peraturan pentadbiran untuk isu utama seperti pembentukan kerajaan, kerajaan sementara, prerogatif ketua pembangkang parlimen dan menteri bayangan
- Pembaharuan Parlimen yang lebih luas berbanding pembentukan jawatankuasa pilihan khas parlimen dan peruntukan saksama pengerusi jawatankuasa, yang meliputi kuasa menetapkan agenda oleh perdana menteri dan Speaker, keutamaan usul percaya dan tidak percaya, akta perkhidmatan parlimen dan rang undang-undang persendirian
- Pembaharuan Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menghapuskan pendakwaan terpilih dan kekebalan
- Buka peluang undi tidak hadir dan siaran kempen untuk meminimumkan risiko kesihatan semasa pilihan raya dalam pandemik
- Pembaharuan sistem pilihan raya dan institusi menguruskan pilihan raya serta parti politik, meliputi Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan pengenalan kerusi perwakilan berkadaran disenarai parti dengan kuota jantina serta pilihan raya pecat
Untuk menggariskan komitmen pembaharuan dan mengembalikan kepercayaan rakyat, kerajaan Perikatan Nasional perlu segera:
- meminda peraturan mesyuarat Dewan Rakyat untuk mengutamakan usul percaya/tidak percaya pada masa akan datang
- melaksanakan Undi 18 dengan segera mewartakan hari bekerja seterusnya sebagai tarikh pindaan perlembagaan berkuatkuasa
- menghentikan semua tahanan, pendakwaan dan gangguan kerajaan kepada mereka yang mengkritik kerajaan serta membantu perhimpunan aman #Lawan pada 21 Ogos.
Ketuanan pengundi! Hidup demokrasi! – Bersih 2.0
English version
Competition in institutional reform is good but confidence vote must happen in August
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) considers Prime Minister Mahiaddin Yasin’s offer of a range of important institutional reforms in exchange for support from the opposition in an upcoming vote of confidence in the Dewan Rakyat a step in the right direction for political stability and parliamentary democracy in our country.
But such confidence and supply agreements for a minority government to remain as a functioning government should not only come from Mahiaddin but also from other aspirants to the office of the prime minister and the next government, and we call on them to compete on these reforms in order to form a stable government that addresses the many flaws in our political system at the same time.
Meanwhile, Mahiaddin’s admitted loss of majority in the House necessitates him to prove his resurrected majority in Parliament on a motion of confidence, if he does not resign or seek dissolution immediately in accordance with Article 43(4) of the Federal Constitution (FC).
Our full position is as below:
Mahiaddin cannot hold on to power till after the royal address in September. A royal address represents not the personal opinion of the Agong but the government’s governance plan. While Mahiaddin Yasin has the right to prove his majority in Parliament, this does not allow him to delay it as long as it suits him. If he is defeated, the new government must be given time to prepare its own royal address. The Agong must not be asked to read two royal addresses within weeks, tarnishing this important procedure in parliamentary democracy. His insistence on having the motion tabled on 7 September after the royal address is irresponsible.
We strongly encourage the opposition camp now consisting of potentially up to 120 anti-Mahiaddin parliamentarians to match the competition put up by the PN government by quickly presenting a positive majority of 111 or more with a stronger package of reforms that affirm multi-partisan governance. Such a mechanism to prove that the opposition has the majority before they can remove an incumbent is termed a constructive vote of no confidence. It deserves to be considered to avoid public apprehension of a ministerial vacuum – as what happened between the collapse of the Pakatan Harapan government on 24 February 2020 and the formation of the PN cabinet on 8 March 2020.
The reform package offers by Muhyiddin is far from comprehensive or flawless. We strongly urge both the PN government and the opposition camp led by PH and Umno to offer these in their package of reforms and stability:
- Inclusive policymaking on pandemic-related issues through a federal-state council on health and the economy, co-chaired by Prime Minister and members of Parliament, consisting of senior ministers, senior opposition MPs, all 13 menteris besar and chief ministers and technocrats and experts
- A cabinet manual that defines clearly constitutional conventions and other administrative rules on important matters, including government formation, caretaker governments, the prerogatives of the parliamentary opposition leader and his or her shadow ministers
- Wider parliamentary reform beyond the setting up of more parliamentary special select committees and equal allocation of committee chairpersonships, which must cover the prime minister’s and Speaker’s agenda-setting power, the priority for motions of confidence and no-confidence, a parliamentary services act, and private members’ bills
- Reform of the Attorney General’s Chambers, the Malaysian Anti-Corruption Commission and the Inland Revenue Board to eliminate selective prosecution and impunity
- Widely available opportunities for absentee voting and broadcast campaigning to minimise the health hazard of elections during the pandemic
- Reform of the electoral system and institutions governing elections and political parties, covering the Election Commission, the Registrar of Societies, the introduction of party-list proportional representation seats with a gender quota, and recall elections
To underline its commitment to reform and reverse the public’s trust deficit, the PN government must immediately:
- have the Dewan Rakyat’s standing orders amended to prioritise future motions of confidence and no-confidence, before the confidence vote on the special sitting
- implement Undi18 by simply gazetting the next working day as the date the constitutional amendment comes in force
- end all arrests, prosecution and harassment of government critics and facilitate the #Lawan peaceful assembly on August 21.
Voter supremacy! Long live democracy! – Bersih 2.0, 14 August 2021
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme