Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih 2.0: Pertanyaan-pertanyaan baru mengenai skandal RM2.6bn

Bersih 2.0: Pertanyaan-pertanyaan baru mengenai skandal RM2.6bn

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) amat terperanjat dengan pengumuman Peguam Negara Mohamed Apandi Ali yang memutuskan bahawa Perdana Menteri Najib Razak bebas dari sebarang salah laku rasuah dalam skandal pengubahan wang terbesar di Malaysia.

Umum sedia maklum tentang drama ‘derma’ RM2.6bn ini yang telah berlanjutan sekian lama. Bermula daripada pendedahan akhbar Wall Street Journal, pelbagai soalan telah diajukan, dan tidak dijawab. Dengan pendedahan hari ini, timbul lebih banyak persoalan yang harus dijawab oleh Najib Razak:

  • Jika RM2.03bn telah dipulangkan kepada penderma Arab, ke mana pergi baki berjuta-juta ringgit? Di manakah duit ini telah dibelanjakan dan untuk kegunaan apa? Mungkinlah, wang ini digunakan untuk membeli PRU-13, seperti yang didakwa oleh Wall Street Journal?
  • Kenapa Gani Patail perlu dipecat daripada jawatan peguam negara jikalau RM2.03bn telah dipulangkan dan tiada salah laku?
  • Kenapa Najib Razak tidak bertindak menyaman Wall Street Journal jikalau beliau tidak menyalahgunakan dana RM2.6bn yang masuk ke akaunnya seperti yang dilaporkan WSJ?
  • Kenapa bekas timbalan perdana menteri dipecat apabila beliau menyoal isu RM2.6bn? Kenapa rombakan kabinet dilakukan dan menggugurkan mereka yang lantang bersuara mengenai aliran tunai ini? Apakah terlalu susah untuk menerangkan transaksi ini?
  • Kenapa Najib Razak mengambil masa yang terlalu lama untuk menerangkan isu ini dan pelbagai cerita direka sebelum ini? Dari satu penderma, kepada lebih dari satu penderma. Dan kini, peguam negara mengatakan bahawa RM2.03bn telah dipulangkan. Siapa yang bercakap benar?
  •  Kenapa akaun peribadi Najib Razak di Ambank dilupuskan jikalau tidak ada apa-apa transaksi yang meragukan?
  • Di manakah bukti-bukti pembayaran semula RM2.03bn? Apakah perlu lagi setahun untuk menunjukkan bukti tersebut?
  • Najib Razak dilaporkan telah memulangkan semula RM2.03bn kepada penderma Arab pada tahun 2013. Namun, beliau menerima RM42 juta pada 2014/2015. Kemudiannya Najib Razak berkata beliau tidak pasti atau sedar bahawa RM42 juta itu datang dari RM2.6bn atau tidak. Apakah Bank Negara Malaysia gagal mengesan transaksi sebesar ini?
  • Adakah sebarang permohonan dibuat kepada Bank Negara untuk menghantar, menghantar semula atau menerima wang dalam jumlah yang amat besar ini? Adakah aliran wang dalam jumlah yang amat besar dari sumber asing ini tidak melanggar apa-apa undang-undang pengubahan wang?
READ MORE:  Najib's apology: Who was it meant for?

Persoalan-persoalan ini harus dijawab segera oleh Najib Razak. Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Bank Negara juga harus tampil kehadapan dan mendedahkan apa sebenarnya hasil siasatan mereka yang tempoh hari dikembalikan oleh peguam negara; adakah dapatan siasatan tersebut berbeza atau tidak lengkap?

Bersih 2.0 juga ingin mengetahui siapa sebenarnya yang terlibat dalam rentetan peristiwa ini? Apakah nama penderma yang baik budi itu tidak dapat didedahkan? Mungkin si penderma boleh membantu Tabung Haji yang didakwa sedang mengalami masalah kewangan.

Sepertimana kebebasan pejabat peguam negara dikompromi pada bulan Julai tahun lalu, Bersih 2.0 bimbang bahawa siasatan jawatankuasa kira-kira wang awam akan turut menghasilkan natijah yang sama, selepas Najib Razak menyusun semula komposisi ahli parlimen di dalam jawatankuasa tersebut.

Bersih 2.0 menggesa PAC menjalankan siasatan secara terperinci dan bebas ke atas 1MDB supaya orang ramai diberikan jawapan yang sepatutnya.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Shahrul Aman Mohd Saari; Bendahari: Thomas Fann; wakil kebangsaan: Ng Geok Chee, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan Rama Ramanathan; naib pengerusi: Ann Teo (Sarawak), Benjamin Mansul (Sabah), Ong Lai Mun (Semenanjung Selatan), Jay Jay Denis (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x