Home Coalitions Clean and Fair Elections Pilihan raya 2022: Reformasi institusi – Janji manifesto PH, BN, PN, GTA...

Pilihan raya 2022: Reformasi institusi – Janji manifesto PH, BN, PN, GTA (Malay/English)

ANIL NETTO/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memuji manifesto pilihan raya umum 2022 yang pro-demokrasi oleh empat gabungan terbesar politik: Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan Gerakan Tanah Air.

Walaupun tidak sepenuhnya komprehensif sebagaimana tuntutan Bersih, namun janji untuk memperkasakan, mengembalikan keyakinan dan menyediakan ketelusan terhadap institusi awam adalah satu kemajuan yang dialu-alukan.

Secara khususnya, pemisahan fungsi pendakwa raya daripada peguam negara telah menjadi tuntutan utama oleh Bersih dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) yang lain sejak sekian lama, bagi menghapuskan keraguan terhadap pendakwaan terpilih serta kekebalan daripada pendakwaan. Kami senang melihat kedua-dua PH dan BN secara khusus menjanjikan pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya, sementara janji GTA agak kabur dan PN tidak memberikan iltizam mereka terhadap isu ini.

Satu lagi game-changer adalah janji memperkasakan Parlimen untuk meneliti pelantikan jawatan utama kerajaan seperti peguam negara, ketua polis negara, ketua hakim, pengerusi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan gabenor Bank Negara. Ini adalah langkah baik daripada BN, PH dan GTA untuk memperkasakan peranan Parlimen dan mengurangkan kuasa di tangan eksekutif, terutamanya perdana menteri. Sekali lagi, PN membisu terhadap reformasi ini.

Idea yang telah lama diperjuangkan oleh Bersih dan CSO yang lain, khususnya Kumpulan Parlimen Rentas Parti untuk pembiayaan politik – di mana Bersih menjadi ahli – juga muncul dalam manifesto. Kesemua gabungan berjanji untuk memperkenalkan undang-undang pembiayaan politik, dengan tiga daripadanya (BN, PH dan GTA) mengkhususkan iltizam untuk menggubal akta pembiayaan politik, sementara PN hanya berjanji untuk melarang sumbangan asing kepada parti politik.

Manifesto BN secara khusus menyatakan kesanggupan untuk mengkaji penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri bagi meningkatkan keefisienan dan memperkasakan semangat federalisme. Walaupun butirannya tidak terperinci, kami mengalukan niat yang berjangka panjang untuk memencarkan kuasa daripada Putrajaya kepada negeri, dan kami berharap pilihan raya kerajaan tempatan dapat dikembalikan secara beransur-ansur.

Manifesto PH layak untuk dipuji di atas kesanggupan mereka mengangkat reformasi yang lebih luas seperti menggubal akta penggal tetap parlimen, akta perkhidmatan parlimen, jabatan khusus untuk belanjawan parlimen, dan menggubal had penggal perdana menteri dan ketua menteri.

Manifesto PH juga satu langkah kedepan dengan janji untuk melindungi kebebasan berekspresi dengan komitmen untuk menyemak dan menghapuskan Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Janji untuk mengembalikan akta kebebasan maklumat dan untuk meminda Akta Rahsia Rasmi juga akan membantu ketelusan pentadbiran yang lebih baik serta membolehkan media untuk membuat laporan dengan lebih berkesan.

Bersih yakin bahawa manifesto adalah dokumen polisi yang utama bagi menunjukkan visi parti atau gabungan untuk mentadbir negara. Pengundi perlu membuat keputusan berasaskan maklumat tentang setiap manifesto oleh gabungan politik.

READ MORE:  Indian general election: Setback for 'cult of Modi'?

Bersih juga yakin bahawa manifesto adalah ruang penting untuk orang ramai menyertai dan menyumbangkan idea mereka terhadap wacana politik dan polisi. Dengan kemasukan beberapa reformasi yang pro-demokrasi oleh gabungan yang berbeza, Bersih percaya ini adalah pengesahan terhadap usaha CSO yang berunding dengan penggubal undang-undang dan pemimpin utama dalam pelbagai gabungan untuk melobi pembaikan demokrasi pelbagai parti di negara kita.

Bersih memuji pembuat manifesto yang mengutamakan kemasukan reformasi institusi dalam manifesto mereka. Ini adalah satu langkah ke arah yang betul terhadap ‘persaingan parti yang diprogramkan’, di mana gabungan-gabungan bersaing berdasarkan polisi dan program, bukan retorik kaum dan agama yang berbahaya. Reformasi institusi diperlukan untuk mencapai reformasi jangka panjang yang mapan serta menyediakan semak dan imbang yang berkesan terhadap demokrasi negara.

Akhirnya, Bersih akan terus memainkan peranan kami untuk memastikan kebertanggunjawaban gabungan ini terhadap janji-janji reformasi mereka. Butiran lanjut manifesto pro-demokrasi mereka disertakan di ruangan lampiran. – Bersih

Reformasi institusiPakatan Harapan (PH)Barisan Nasional (BN)Perikatan Nasional (PN)Gerakan Tanah Air (GTA)
Had penggal perdana menteri, ketua menteri dan menteri besar selama 10 tahunYaTidakTidakTidak
Pemisahan kuasa dan fungsi peranan pendakwa raya dan peguam negaraYaYaTidakSebahagian
Reformasi proses pelantikan pegawai awam yang diteliti oleh kawatankuasa pilihan khas parlimenYaYaTidakYa
Akta penggal tetap parlimenYaTidakTidakTidak
Penubuhan jabatan belanjawan parlimenYaTidakTidakTidak
Akta perkhidmatan parlimenYaTidakTidakTidak
Pengenalan akta pembiayaan politikYaYaSebahagian (larangan sumbangan asing)Ya
Peruntukan pembangunan kawasan yang saksamaYaTidakTidakTidak
Semakan sempadan pilihan raya dan persempadanan, contohnya menyelesaikan gerimander dan pembahagian kawasan yang salah (malapportionment)YaTidakTidakSebahagian
Undi tidak hadir untuk pengundi di luar kawasan terutamanya di orang Sabah dan Sarawak yang tinggal di semenanjung dan sebaliknyaYaTidakTidakTidak
Menyemak dan menghapuskan Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984YaTidakTidakTidak
Meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, Akta Rahsia Rasmi, dan memperkenalkan akta kebebasan maklumatYaTidakTidakTidak
Menggubal akta perolehan kerajaan dan merombak proses perolehan pertahanan untuk melindungi daripada kebocoran dan korupsiYaTidakSebahagianTidak
Memperkasakan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC)YaTidakTidakTidak
Penuruan kuasa daripada persekutuan ke negeriSebahagian (terhad kepada Sabah dan Sarawak)YaSebahagian (pembayaran royalti)Tidak

English version

Election 2022: Manifestos reveal promising institutional reforms

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) applauds the inclusion of pro-democracy reforms in the 2022 general election manifestos by the four major coalitions: Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional and Gerakan Tanah Air.

READ MORE:  UK general election: Labour wins massive majority on low vote share, Gaza costs Starmer

Although not as comprehensive as we would have liked, the pledges pertain to strengthening our public institutions, restoring trust and providing greater transparency are a welcome development.

In particular, the separation of the public prosecution function from the attorney general has long been a key demand by Bersih and other civil society organisations to remove doubts of selective prosecution and immunity from prosecution. We are pleased to see that both PH and BN have explicitly promised to separate the roles of the attorney general and public prosecutor, while GTA was vague and PN did not commit to this.

Another game-changer is the promise to empower Parliament to vet major public office appointments such as the attorney general, the inspector general of police, the chief justice, the chief of the Malaysian Anti-Corruption Commission and the governor of Bank Negara. This is an excellent move by BN, PH, and GTA to strengthen Parliament’s roles and lessen the concentration of power in the hands of the executive (specifically, the prime minister). Again, PN is mute on this reform.

Ideas that were long championed by Bersih and other CSOs, and in particular the All-Party Parliamentary Group for political financing – of which Bersih is a member – also made their appearances. All four coalitions pledge to introduce political financing regulations, with three of them (BN, PH, and GTA) specifying the will to create a political funding act, while PN only promised to ban foreign donations to parties.

The BN manifesto is the only one that stated its willingness to explore the devolution of power from the federal government to the state governments to increase efficiency and strengthen the spirit of federalism. While they are little details what this entails, we welcome this long-sighted intention to decentralise power from Putrajaya to the states, and we hope, eventually restore local government elections.

The PH manifesto deserves to be commended for its willingness to adopt a wider range of reforms such as enacting a fixed parliament act, a parliamentary services act, a dedicated parliamentary budget office, and term limits for prime ministers and chief ministers.

PH manifesto also goes a step further to protect freedom of expression by committing to review and repeal the Sedition Act 1948, the Communications and Multimedia Act 1998, and the Printing Press and Publications Act 1984. Their pledge to introduce a freedom of information act and to amend the Official Secrets Act (OSA) will help bring about greater transparency in governance and enable the media to do their reporting more effectively.

Bersih believes manifestos are key policy documents that demonstrate a party’s or coalition’s vision for governing the country. Voters should make an informed decision based on the respective coalitions’ manifestos.

READ MORE:  UK election: George Monbiot exposes Keir Starmer's hollow victory

Bersih also believes that manifestos are an important avenue for public participation in contributing ideas to political and policy discourse. With the inclusion of several pro-democracy reforms by the different coalitions, Bersih believes this is a vindication of civil society’s efforts to engage lawmakers and key leaders in various coalitions to lobby for the good of our multi-party democracy.

Bersih wishes to commend those manifesto crafters who prioritised the inclusion of institutional reforms. This is a step in the right direction towards ‘programmatic party competition’, where coalitions compete based on programmes and policies, not dangerous rhetoric over race and religion. Institutional reforms are needed to achieve sustainable long-term systemic reform and to provide effective checks and balance in our democracy.

Finally, Bersih will continue to play our role in holding the coalitions accountable for the reforms pledged. Details of the pro-democracy reforms in the four manifestos are attached in the appendix below. – Bersih

Appendix: List of institutional reforms proposed by four major coalitions in GE15

Institutional reformsPakatan Harapan Barisan Nasional Perikatan Nasional Gerakan Tanah Air 
10 years term limit for prime ministers, chief ministers, and menteris besarYesNoNoNo
Separation of power and functions for public prosecutor and the attorney generalYesYesNoPartial
Reform public appointment process vetted by a special parliamentary committeeYesYesNoYes
Fixed-term parliament actYesNoNoNo
Establishing a parliamentary budget officeYesNoNoNo
Parliament services actYesNoNoNo
Introducing the political funding actYesYesPartial (ban foreign political donations)Yes
Equitable constituency development fundsYesNoNoNo
Review electoral boundaries and delineation, eg address malapportionment and gerrymandering.YesNoNoPartial
Absentee ballots for voters outside of constituencies especially Sabah and Sarawak diaspora that are living in peninsular Malaysia and vice versa.YesNoNoNo
Review and repeal Sedition Act 1948, Communications and Multimedia Act 1998 and Printing Press and Publications Act 1984YesNoNoNo
Amending the Whistleblower Protection Act, Official Secrets Act and introduce a Freedom of Information ActYesNoNoNo
Enact a government procurement act and overhaul the defence procurement process to protect against leakages and corruptionYesNoPartialNo
Empowering the Independent Police Conduct Commission (IPCC)YesNoNoNo
Devolution of power from federal to statePartial (limited to Sabah and Sarawak)YesPartial (royalty payments)No
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x