
[ENGLISH VERSION BELOW) Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memberi amaran kepada semua pihak agar berkempen dengan tertib dan tidak mengugut pengundi untuk mengundi mereka.
Bersih 2.0 memberi amaran kepada Pakatan Harapan terutamanya agar tidak menyalahgunakan kuasa mereka sebagai kerajaan persekutuan dengan mengugut pengundi memberi undi kepada calon mereka di pilihan raya kecil Cameron Highland yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Ini adalah strategi jahat kempen Barisan Nasional semasa mereka masih memegang tampuk kekuasaan dan adalah tidak wajar diulangi oleh Pakatan Harapan yang sentiasa melaungkan slogan ketelusan dan pilihan raya yang bersih sebelum 9 Mei 2018.
Berkempen dengan mengugut pengundi adalah suatu kesalahan di Sekyen 9 Pengaruh Tidak Wajar di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya. Seksyen 9 menyebut dengan jelas bahawa adalah menjadi kesalahan sekiranya seseorang mengancam untuk mengenakan tindakan kepada orang lain kerugian dengan memaksa seseorang untuk mengundi atau tidak mengundi sesuatu pihak.
Perkara ini jelas dilakukan oleh Senator Bob Manolan Mohd semasa sesi dialog yang dianjurkan oleh pusat khidmat Parlimen Raub bersama tok batin di Pos Betau, Jelai. Sesi dialog itu juga turut disertai oleh Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Bersih 2.0 mengharapkan tok batin atau wakil-wakil yang hadir di sesi dialog tersebut untuk tampil dan membuat laporan kepada polis ucapan berbaur ugutan oleh senator tersebut kerana jelas melanggar Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya agar pasukan penguasa dapat mengambil tindakan selanjutnya.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih 2.0 juga menggesa agar kerajaan Pakatan Harapan untuk menafikan perkara ini akan dilakukan serta mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap senator tersebut yang jelas tidak mempunyai agenda untuk berkempen secara bersih dan adil dalam pilihan raya kali ini dengan mengugut dan mengancam para pengundi di Cameron Highland.
Kesalahan memberikan pengaruh tidak wajar seperti mengugut dan mengancam pengundi untuk mengundi atau tidak mengundi sesuatu parti atau calon boleh menyebabkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun, denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Bersih 2.0 sekali lagi menggesa agar semua calon dan jentera pilihan raya agar berkempen dengan berhemah serta mematuhi Akta Kesalahan Piliha Raya. Era Malaysia baru sepatutnya menampilkan calon dan jentera pilihan raya berkempen secara profesional dan beretika.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
English version
Cameron Highlands by-election: Stop threatening voters
The Coalition for Free and Fair Election (Bersih 2.0) warns all parties to campaign fairly and not to threaten voters to vote for them.
Bersih 2.0 also warns Pakatan Harapan especially not to abuse their power as the federal government by threatening voters to vote for their candidate in the Cameron Highlands by-election that will take place soon. This is the Barisan Nasional campaign’s evil strategy when they were still in power, and it is not reasonable to repeat the strategy as Pakatan Harapan has always harped on transparency and clean elections before 9 May 2018.
Campaigning by intimidating voters is an offence under Section 9 on Undue Influence of the Election Offences Act. Section 9 clearly states that it would be an offence in the event a person threatens to impose an injury to others by forcing a person to vote or not to vote for a party. This was clearly done by Senator Bob Manolan Mohd during a dialogue session with tok batin organised by the Raub parliamentary service centre at Pos Betau, Jelai. The dialogue session was also participated by Deputy Water, Land and Natural Resources Minister Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Bersih 2.0 hopes that the tok batin or representatives present at the dialogue session will come forward and report to the police that the senator’s remarks violated Section 9 of the Election Offences Act so that the relevant authorities can take further action.
Bersih 2.0 also urges the Pakatan Harapan government to deny this and take firm disciplinary action against the senator, who clearly did not have the agenda to campaign freely and fairly in the upcoming by-election by threatening voters in Cameron Highland.
Exerting undue influence such as threatening voters to vote or not to vote for a party or candidate may result in imprisonment of not more than two years, a fine of not more than RM5,000 and imprisonment of not more than one year.
Bersih 2.0 once again urges all candidates and their election machinery to campaign prudently and comply with the Election Offences Act. Professional and ethical campaigning should be the way to go in the new Malaysia.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme