Home Coalitions Clean and Fair Elections Pilihan raya negeri: SPR terlepas peluang mereformasi sistem undi pos (Malay/English)

Pilihan raya negeri: SPR terlepas peluang mereformasi sistem undi pos (Malay/English)

BENEDICT LOPEZ

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan pengumuman tarikh pilihan raya bagi enam negeri oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Kami mengalu-alukan pilihan raya ini dijalankan secara serentak pada tarikh yang sama, iaitu hari pengundian pada 12 Ogos (Sabtu), dengan penamaan calon pada 29 Julai dan undi awal pada 8 Ogos.

Kami percaya, jika tarikh pilihan raya tidak serentak, ini akan memanjangkan politiking dan menambah kekeliruan dan kelesuan kepada pengundi.

Walau bagaimanapun, Bersih kecewa tempoh kempen masih lagi 14 hari, daripada 29 Julai sehingga 11 Ogos, dan ini akan menambah tekanan kepada pengundi pos khususnya kategori 1B, pengundi luar negara, untuk menghantar semula sampul undi pos mereka kepada pegawai pengurus sebelum hari pengundian tamat.

Sejak pilihan raya umum 2018, kami menerima banyak aduan daripada pengundi pos bahawa mereka hanya menerima sampul undi pos hampir dengan hari pengundian atau selepas hari pengundian tamat. Tempoh kempen sepatutnya 21 hari minimum.

Sekiranya SPR tidak sanggup untuk memanjangkan tempoh kempen, maka kami menggesa mereka untuk sepenuhnya mereformasi sistem undi pos. Mereka perlu membenarkan pengundi pos untuk memuat turun kertas undi dan dokumen lain yang diperlukan dalam format PDF untuk memansuhkan keperluan SPR untuk mengepos atau courier kertas kepada pengundi pos. Cara ini akan menghapuskan kesilapan pengkeranian yang biasa berlaku dengan proses menulis nombor siri dan memasukkan kertas undi pos secara manual. Ini juga akan menjimatkan kos pengurusan oleh SPR.

Namun untuk enam pilihan raya negeri ini, kami lega ada kumpulan sukarelawan rakyat seperti Global Bersih dan VoteMalaysia akan sekali lagi untuk menggerakkan jaringan global mereka bagi mengumpulkan sampul undi pos luar negara dan menghantarnya kepada pegawai pengurus masing-masing. Usaha yang mulia ini perlu disokong sepenuhnya dan kami menggesa Kementerian Luar Negeri untuk mengarahkan Malaysia halls bagi membenarkan sukarelawan menggunakannya sebagai pusat pengumpulan kertas undi pos.

READ MORE:  We need to speak up against hate speech

Bersih menyeru semua pengundi di enam negeri ini untuk keluar undi kerana pilihan mereka akan memberi impak langsung kepada kualiti pentadbiran di persekitaran mereka kerana kerajaan negeri masih berkuasa melantik ahli majlis tempatan dan datuk bandar yang akan mentadbir majlis kerajaan tempatan. – Bersih

English version

State polls: Another missed opportunity to reform postal voting system

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) welcomes the announcement of the dates for the six state elections by the Election Commission.

We are glad that the elections will be held simultaneously on the same dates, culminating on polling day on 12 August, a Saturday, with nomination day on 29 July and early voting on 8 August. We believe six different election dates for six state elections would have prolonged the politicking and added to the confusion and lethargy among voters.

However, Bersih is dismayed that the campaign period is still only 14 days – from 29 July till 11 August – as this would place much pressure on postal voters, in particular category 1B, overseas voters, to deliver their ballots back in time to their returning officers on polling day.

Since the 2018 general election, we have received numerous reports from overseas voters that by the time they received their postal ballots, it was either very close to polling day or passed it. Campaign periods should be for a minimum of 21 days.

If the Election Commission is unwilling to extend the campaign period, then we call on them to reform the postal voting system completely. They should allow postal voters to download their ballots and other documents in PDF format to eliminate the need for the Election Commission to post or courier the ballots to them. This would also eliminate clerical errors commonly found with the current process of manually writing out serial numbers and stuffing envelopes. It would also be a huge cost saving for the commission.

READ MORE:  Short campaign periods make it hard to return postal ballots in time

But for these six state elections, we are glad that citizen volunteer groups like Global Bersih and VoteMalaysia will once again mobilise their global networks to collect overseas postal ballots and have them delivered to their respective returning officers. Such noble efforts should be fully supported and we urge the Ministry of Foreign Affairs to direct all Malaysia halls to allow volunteers to use them as collection centres.

Bersih urges all eligible voters from the six states to come out and vote as their choice would have a direct impact on the quality of administration in their surroundings since state governments still appoint the local councillors and mayors who run our local authorities. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x