Home Coalitions Clean and Fair Elections Pilihan raya Sabah: Kempen secara bersih dan adil, tolak politik wang

Pilihan raya Sabah: Kempen secara bersih dan adil, tolak politik wang

ANIL NETTO/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah menjalankan pemerhatian ke atas keseluruhan proses penamaan calon bagi pilihan raya dewan undangan Sabah.

Bagi pilihan raya kali ini, Bersih menggerakkan seramai 70 orang pemantau di 23 kawasan Parlimen untuk memastikan proses pilihan raya dipantau secara bebas, objektif dan berintegriti.

Kami mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon yang telah disahkan.

Bersih mengingatkan agar sepanjang tempoh kempen ini, semua pihak menjalankan aktiviti mereka dengan penuh tanggungjawab, serta menghormati prinsip demokrasi yang adil dan matang.

Bersih juga ingin menegaskan bahawa politik wang adalah satu jenayah pilihan raya dan mesti ditolak oleh semua calon serta oleh rakyat.

Pemberian wang tunai, barangan, penajaan majlis atau apa-apa bentuk habuan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berhubung rasuah dan beli undi, serta Seksyen 8 yang melibatkan penjamuan dan pemberian hadiah.

Amalan politik wang bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi merosakkan asas demokrasi kerana ia menukar pilihan rakyat kepada satu transaksi semata-mata.

Pengundi Sabah perlu menolak politik wang kerana masa depan Sabah bergantung pada pemilihan pemimpin yang benar-benar berintegriti, berkeupayaan dan mempunyai visi jangka panjang.

Apabila politik wang dibiarkan berleluasa, ia membuka ruang kepada pemimpin yang hanya menjaga kepentingan diri, dan mengabaikan dasar-dasar yang mampu membawa kemajuan sebenar kepada rakyat.

Sabah memerlukan pemimpin yang hadir bukan kerana habuan yang diberikan, tetapi kerana tanggungjawab dan komitmen untuk memperbaiki kehidupan rakyat serta membangunkan Sabah secara mampan.

Bersih menyeru pengundi Sabah untuk memainkan peranan aktif dalam mempertahankan integriti pilihan raya. Jika terdapat sebarang salah laku termasuk politik wang, ugutan, penyalahgunaan jentera kerajaan atau pelanggaran peraturan pilihan raya, orang ramai digalakkan membuat laporan melalui laman web www.pemantau.org – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x