
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) kelmarin mengeluarkan laporan pemerhatian pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia dan Balakong yang telah berlangsung pada 8 September 2018.
Pemerhatian pilihan raya kecil kali ini telah dilakukan bermula dari 18 Ogos 2018 dan berakhir pada 8 September 2018.
Bersih 2.0 mengalu-alukan penambahbaikkan yang telah dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama dalam memanjangkan tempoh waktu berkempen dari 14 hari ketika PRK Sungai Kandis ke 21 hari untuk PRK Seri Setia dan Balakong. Hal ini memberi tempoh yang cukup kepada pengundi luar negara untuk menghantar undi mereka balik ke Malaysia.
Walaubagaimanapun, tarikh hari mengundi yang telah ditetapkan iaitu satu hari sebelum cuti panjang selama empat hari telah menyebabkan peratus keluar mengundi menjadi rendah iaitu 43% di Balakong dan 44.1% di Seri Setia.
Kedua-dua PRK ini secara keseluruhannya berjalan dengan lancar, namun terdapat beberapa kes yang agak merisaukan telah berlaku:
- Di Balakong, pengundian pos dan undi awal telah dilakukan dengan tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
- Di Balakong, terdapat pengundi yang tersalah masuk pusat mengundi dan hanya disedari kesilapan ini apabila pengundi tersebut telah mencelup jarinya dan ini telah menyebabkan pengundi tersebut tidak dapat mengundi di pusat mengundi asalnya.
- Di Seri Setia, pemerhati pilihan raya telah tidak dibenarkan masuk ke saluran di pusat mengundi Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, tetapi telah diperbetulkan oleh pegawai SPR yang hadir.
- Di Balakong dan Seri Setia, didapati dewan terbuka di dalam sekolah yang digunakan untuk beberapa saluran mengundi tidak begitu sesuai kerana terlalu banyak gangguan dan juga dari saluran yang berdekatan antara satu sama lain.
- Pondok panas tetap juga didirikan oleh parti politik walaupun tidak dibenarkan oleh undang-undang.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih 2.0 percaya perkara ini berlaku terutamanya kerana latihan yang kurang efektif dan tidak mencukupi kepada petugas pilihan raya dan penguatkuasan undang-undang yang lemah.
Walaubagaimanapun, masalah utama bagi kedua-dua pilihan raya ini adalah terletak pada kempen pilihan raya Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Malaysian Chinese Association (MCA) and Pakatan Harapan (PH). Kempen-kempen ini telah berterusan dicemari oleh kesalahan pilihan raya walaupun presiden Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah dan calon MCA Tan Chee Teong telah berikrar untuk menjalankan kempen pilihan raya yang bersih.
Di Seri Setia, Bersih 2.0 telah merakamkan sebanyak tujuh kes yang berkenaan dengan kesalahan pilihan raya sewaktu berkempen. Kedua-dua calon dari Pas dan Pakatan Harapan telah didapati mengadakan jamuan dan memberi hadiah percuma kepada pengundi. Contohnya, calon Pas Dr Halimah Ali mengagihkan hamper kepada penduduk sekitar kawasan Surau Darul Hidayah. Pakatan Harapan juga telah dilihat mengagihkan T-shirt putih percuma kepada penduduk kawasan Desa Mentari yang hadir pada waktu ceramah.
Dr Halimah telah didapati berkempen untuk diri sendiri di laman Facebooknya pada hari mengundi, dan ini telah melanggar seksyen 26 Akta Kesalahan Pilihan Raya. Beliau jelas menyatakan dalam kenyataan akhir beliau di laman Facebooknya iaitu “jangan lupa mengundi Dr Halimah untuk N.132 kawasan DUN Seri Setia”. Calon PKR Halimey Abu Bakar juga telah memuatkan satu kenyataan berkempen pada hari mengundi.
Di Balakong, Bersih 2.0 telah merakamkan sebanyak lapan kes yang berkenaan dengan kesalahan pilihan raya sewaktu berkempen. Calon MCA Tan Chee Teong contohnya telah menjalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma di Taman Murni. Terdapat juga makanan percuma seperti sate dan roti canai sewaktu ceramah akhir MCA sehari sebelum hari pengundian.
Beberapa menteri Pakatan Harapan telah didapati menggunakan kereta rasmi kerajaan untuk hadir ke ceramah-ceramah kempen di Balakong.
Namun, MCA juga telah menjadi mangsa kepada taktik kempen yang kotor. Kira-kira 100 buah bunting kempen MCA yang dipasang di Kwan Tung Baru, Sungai Chua telah diturunkan dan dibuang meratarata di jalan raya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bersih 2.0 menyeru kepada semua parti politik untuk:
- Berhenti menggunakan taktik kempen dengan penjamuan makanan atau pemberian hadiah untuk meraih undi pengundi.
- Berhenti menggunakan aset kerajaan, sumber, agensi dan program untuk meraih undi.
- Calon-calon dan juga parti politik juga seharusnya mematuhi peraturan dengan tidak berkempen pada hari mengundi untuk memberi ruang kepada pengundi membuang undi dengan fikiran yang jelas dan tidak bias.
Bersih 2.0 telah menyerahkan laporan-laporan ini kepada SPR yang mengandungi segala kesalahan pilihan raya untuk pihak SPR mengambil tindakan yang lebih lanjut.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0
English version
Seri Setia and Balakong by-elections: Despite pledges of clean elections, offences continued
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) released yesterday the observation report on the Seri Setia and Balakong by-elections, which were held on 8 September 2018.
The observation of the by-elections was conducted from 18 August to 8 September 2018.
Bersih 2.0 recognises and welcomes some of the improvement measures implemented by the Electoral Commission, in particular, the extension of the campaign period from 14 days in the Sungai Kandis by-election to 21 days in the Seri Setia and Balakong by-elections. This allowed sufficient time for oversea voters to return their votes.
Nevertheless, the date of the by-elections, set right before a four-day holiday period, contributed to the low turnout of voters in both by-elections: 43% in Balakong and 44.1% in Seri Setia.
The conduct of the two-by-elections was largely smooth, except for several cases that were quite alarming:
- In Balakong, the counting of postal votes was not done in accordance with prescribed procedures;
- In Balakong, one voter went to the wrong polling station and got his finger dipped in indelible ink by the second clerk before the first clerk found his name was not in the voters list for the polling station. This resulted in him being unable to vote when he went to the correct polling station;
- In Seri Setia, election observers were not allowed to enter voting streams by the polling station head at the Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Polytechnic, which was later corrected by Electoral Commission officials;
- In both Balakong and Seri Setia, it was found that the open halls in many schools that were used to set up several voting streams were not conducive as there was too much disruption coming from the sideways and from voting streams that were next to each other;
- Pondok panas continued to be set up by political parties on polling day despite this being is no longer allowed under the law;
- Campaign materials were found within 50 metres of the pollling stations in several instances.
Bersih 2.0 believes these problems are mainly due to insufficient or ineffective training of election workers and insufficient enforcement of the law.
But the main problems in the two by-elections lies in the election campaigns of Parti Islam Se-Malaysia (Pas), the Malaysian Chinese Association (MCA) and Pakatan Harapan (PH). These election campaigns continued to be marred by election offences, despite Parti Keadilan Rakyat president Wan Azizah Wan Ismail and MCA candidate Tan Chee Teong, pledging to have a clean campaign.
In the Seri Setia by-election, Bersih 2.0 recorded at least seven cases of election offences during the campaign period. Both candidates from Pas and Pakatan Harapan were found to have provided voters with free food and gifts. For example, the Pas candidate, Dr Halimah Ali distributed hampers to the community around Surau Darul Hidayah. Pakatan Harapan was found to give free white T-shirts to people who came to hear their speeches at Desa Mentari.
Dr Halimah Ali was found to be campaigning through her Facebook on polling day, which is against Section 26 of the Election Offences Act. She clearly stated in the last paragraph of her statement, “Don’t forget to vote for Dr Halimah Ali for N.32 DUN Seri Setia”. PKR candidate Halimey Abu Bakar also posted a campaign message on polling day.
In the Balakong by-election, Bersih 2.0 also recorded at least eight cases related to election offences during the campaign period. MCA candidate Tan Chee Teong for example provided a free medical check-up service to Taman Murni residents. There was also free food like satay and roti canai during the MCA grand finale event before polling day.
Several Pakatan Harapan ministers were found to have used official government cars to attend campaign activities in Balakong.
But the MCA was a victim of unruly campaign tactics as well. About 100 campaign bunting of the MCA at Kwan Tung Baru, Sungai Chua were taken down and thrown everywhere on the road by unknown parties.
Bersih 2.0 calls on all political parties to:
stop engaging in campaign tactics of treating or dishing out goodies in exchange for votes.
stop abusing government assets, resources, agencies and programmes to get votes.
observe strictly the rule calling for a halt to election campaign activities on polling day to allow voters a peaceful time to make up their minds.
Bersih 2.0 has submitted the two observation reports, which contain all these election offences, to the Electoral Commission for their further action.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme