Home Coalitions Clean and Fair Elections Proses lantikan peguam negara baharu tidak cerminkan kesungguhan pelaksanaan reformasi institusi

Proses lantikan peguam negara baharu tidak cerminkan kesungguhan pelaksanaan reformasi institusi

WIKIMAPIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada pelantikan Mohd Dusuki Mokhtar sebagai peguam negara yang baharu berkuat kuasa 12 November 2024 menggantikan Ahmad Terrirudin Salleh.

Bersih berpandangan bahawa pelantikan peguam negara yang baharu ini sekali lagi tidak mencerminkan kesungguhan untuk melakukan reformasi institusi bagi mencapai tatakelola yang baik seperti yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan “Madani”.

Bersih berpandangan proses lantikan penjawat awam utama seperti peguam negara ini haruslah melalui jawatankuasa pilihan khas parlimen agar calon-calon peguam negara dibuat dengan lebih inklusif dan telus, malah boleh turut mendapatkan pandangan daripada pertubuhan masyarakat sivil.

Isu proses lantikan peguam negara tidak menjadi isu sekiranya kerajaan sudah melaksanakan pemisahan bidang kuasa di mana peguam negara tidak lagi menjadi pendakwa raya untuk mendakwa kesalahan undang-undang dan hanya bertanggungjawab menjadi penasihat undang-undang kerajaan.

Malah peguam negara juga boleh dilantik daripada ahli Parlimen yang menjadi anggota kabinet kerajaan supaya boleh terlibat dalam mesyuarat kabinet dan menasihati dari sudut undang-undang.

Namun demikian, menerusi lantikan baharu ini, Bersih terus menggesa supaya peguam negara memainkan peranan untuk menyegerakan proses pemisahan akan bidang kuasa peguam negara dan pendakwa raya seperti yang dijanjikan oleh “kerajaan perpaduan”.

Bersih juga menuntut supaya tidak ada lagi amalan pemberian DNAA (pelepasan tanpa pembebasan) mahupun DNA (pelepasan dan pembebasan) oleh Jabatan Peguam Negara, khususnya melibatkan pemimpin politik seperti sebelum ini, apatah lagi Dusuki yang baru dilantik ini juga merupakan penolong pendakwa raya yang telah memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya Timbalan PM Ahmad Zahid Hamidi mendapat DNAA.

Tindakan sebegini telah menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang. Sebaliknya dalam kes yang telah dimulakan pendakwaan di mahkamah, ia harus diserahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

READ MORE:  Attorney general must answer for failure to prosecute Najib

Dalam masa sama, Bersih turut menuntut supaya pendakwaan dilakukan bukan secara terpilih tetapi berasaskan fakta kes, tanpa mengira pihak mana yang melakukan kesalahan jenayah.

Gesaan Bersih ini selaras dengan tuntutan dan aspirasi rakyat untuk melihat negara kita kembali ditadbir berasaskan prinsip kedaulatan undang-undang. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x