Home Coalitions Clean and Fair Elections Proses pelantikan jawatan utama kerajaan harus dikaji semula dan diperbaharui (Malay/English)

Proses pelantikan jawatan utama kerajaan harus dikaji semula dan diperbaharui (Malay/English)

Putrajaya

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 15 Mac melancarkan laporan penyelidikan bertajuk “Penambahbaikan Proses Pelantikan Jawatan Utama Kerajaan di Malaysia”.

Pegawai kerajaan dalam laporan ini merujuk kepada pegawai tertinggi badan perlembagaan dan berkanun di peringkat persekutuan seperti peguam negara, ketua polis negara, pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan pelbagai jawatan utama yang berperanan penting untuk kesejahteraan demokrasi dan kedaulatan negara.

Laporan penyelidikan ini yang disediakan oleh Lim Wei Jiet dengan naungan Bersih 2.0, dijalankan berikutan besarnya pengaruh eksekutif, terutamanya perdana menteri dalam urusan pelantikan, pembaharuan dan pemecatan pegawai yang memegang jawatan utama dalam kerajaan ini.

Hal ini mengundang penyalahgunaan kuasa, kronisme dan perlindungan dalam kalangan pegawai berjawatan tinggi ini yang menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan tugas mereka secara tidak berpihak dan adil.

Masalah ini turut dihambat oleh ketelusan, akauntabiliti dan penilaian awam yang kian berkurang dalam proses pelantikan yang sedia ada secara keseluruhannya.

Maka, lahirnya keperluan untuk penambahbaikan proses pelantikan dan pemecatan jawatan utama kerajaan agar ianya lebih telus, berakauntabiliti dan terbuka untuk penilaian awam serta berdasarkan sistem merit.

Berdasarkan kajian perbandingan proses pelantikan jawatan utama kerajaan di UK, Kanada dan Amerika Syarikat, Bersih 2.0 mencadangkan untuk kerajaan menggubal rang undang-undang pelantikan dan pemecatan pegawai jawatan utama kerajaan untuk memulakan proses penambahbaikan.

Rang undang-undang ini harus mengandungi langkah-langkah berikut bagi proses pelantikan jawatan utama kerajaan:

Menteri yang berkaitan mesti melantik panel penasihat penilaian yang bebas dan diketuai oleh pertubuhan masyarakat sivil untuk menemubual dan mengesyorkan calon jawatan utama kerajaan

Ini harus dituruti oleh jemputan terbuka kepada rakyat untuk memohon kekosongan jawatan tersebut

Setelah melalui proses pemilihan, panel penasihat penilaian akan mengesyorkan hingga tiga calon untuk setiap kosongan kepada menteri yang berkaitan, mengikut urutan pilihan

Pada tahap ini, menteri mempunyai dua pilihan: (a) beliau boleh menerima calon tersebut atau (b) beliau boleh merujuk perkara itu kembali ke panel penasihat penilaian (tetapi hanya sekali) untuk pertimbangan semula. Sekiranya menteri tersebut merujuk kembali dan panel penasihat penilaian bertegas untuk senarai asal, maka menteri secara undang-undangnya perlu menerima calon-calon tersebut

Menteri perlu mencalonkan individu yang dicadangkan kepada jawatankuasa pilihan khas parlimen yang berkaitan. Jawatankuasa pilihan khas akan berbincang bagi mempertimbangkan pencalonan menteri. Jawatankuasa pilihan khas akan bertindak sebagai lapisan tambahan untuk semak dan imbang proses pelantikan dan penilaian sedemikian (yang sering dilakukan oleh umum) bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti.

Jawatankuasa ini boleh (a) mengesahkan pencalonan atau (b) merujuk pencalonan itu kembali kepada menteri berserta laporan yang menyatakan sebab-sebab pertimbangan semula. Sekiranya (b) dipilih, menteri boleh mencalonkan calon lain di antara calon yang selebihnya yang diperingkat oleh panel penasihat penilaian kepada jawatankuasa pilihan parlimen. Jawatankuasa ini akan mempunyai pernyataan terakhir mengenai pengesahan pelantikan jawatan utama kerajaan

Rang undang-undang ini mewajibkan menteri untuk melantik calon yang berjaya dipersetujui oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Sekiranya jawatan utama ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan undang-undang kita, menteri akan menasihati Agong untuk melantik calon yang berjaya.

Rang undang-undang ini juga akan menetapkan seorang pesuruhjaya untuk pelantikan dan pemecatan jawatan utama kerajaan, terutamanya yang ditugaskan untuk mengawasi semua prosedur bagi memastikan semua peraturan tersebut dipatuhi oleh semua kementerian, agensi, menteri, panel penasihat penilaian dan jawatankuasa pilihan parlimen. Pesuruhjaya juga akan mengaudit proses pelantikan dan pemecatan dan menerbitkan laporan kepada masyarakat mengenai audit tersebut, untuk memastikan ketelusan dan pemeriksaan

Rang undang-undang ini akan mewajibkan kerajaan untuk membuat satu kod pemerintahan untuk membimbing pelantikan jawatan utama kerajaan. Proses pelantikan semestinya merangkumi prinsip-prinsip seperti tidak mementingkan diri sendiri, integriti, jasa, keterbukaan, kepelbagaian, jaminan dan keadilan.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Appointment process of key public officers should be reviewed and reformed

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) launched on 15 March a research report entitled “Reform of Appointments of Key Public Officers in Malaysia”.

Public officers in this report refer to top officers of constitutional and statutory bodies at the federal level such as the auditor general, the solicitor general, the chief secretary to the government, the inspector general of police, commissioners of the Malaysian Anti-Corruption Commission, commissioners of the Malaysian Communications and Multimedia Commission and many others, all of whom play an integral role in the wellbeing of Malaysia’s democracy and the rule of law.

This research report by Lim Wei Jiet was commissioned by Bersih 2.0 due to the overwhelming influence of the executive, especially the prime minister, over the appointment, renewal and removal of people in these key public positions.

This leads to abuse of power, cronyism and patronage with public officers unable to discharge their duties in a non-partisan manner. The problem is further hampered by the lack of transparency, accountability and public scrutiny of the entire process.

There is a need to reform the process of appointment and removal of key public officers to make it more transparent, accountable, open to public scrutiny and merit-based.

Based on a comparative study of the appointment process of key public officers in the UK, Canada and the US in these research findings, Bersih 2.0 recommends that the government enacts a public appointments and removal bill to kickstart this process of reform.

The bill should contain the following measures for the appointment process of key public officers:

The relevant minister must appoint an independent civil society-headed advisory assessment panel to interview and recommend candidates for key public officers

This should be followed by an open and informed invitation to the public to apply for any such vacancies

After going through the selection process, the advisory assessment panel shall recommend up to three candidates for the vacancy to the relevant minister, in order of preference.

At this juncture, the minister has two options: (a) he can accept such candidates or (b) he can refer the matter back to the advisory assessment panel (but only once) for reconsideration. In the case of the latter, if the advisory assessment panel insists on the originally recommended list of candidates, the minister must in law accept such candidate(s)

The minister shall nominate the recommended candidate to the relevant parliamentary select committee. The select committee will then convene to deliberate on the minister’s nomination. The select committee serves as an additional layer of checks and balances over the appointment process and such scrutiny (which is often public) ensures greater transparency and accountability

The select committee may either (a) confirm the nomination or (b) refer the nomination back to the minister together with a report by the select committee stating the reasons for reconsideration. If the latter is chosen, the minister may nominate another candidate among the remaining candidates ranked by the advisory assessment panel to the select committee. If there are no more such candidates, the minister may nominate other candidates at his or her discretion. The select committee shall have the final say on the confirmation of appointments of key public officers

The bill shall make it mandatory for the minister to appoint the successful candidate approved by the parliamentary select committees. If the key public office is to be appointed by the Yang di-Pertuan Agong under our laws, the minister shall advise the Agong to appoint the successful candidate.

The bill shall also establish a commissioner for public appointments and removal, who is primarily tasked to oversee all the above procedures to ensure they are complied with by all ministries, agencies, ministers, the advisory assessment panel and the parliamentary select committees. The commissioner also plays a role in auditing the appointment and removal processes and publishing a report to the public on the audit, to ensure transparency and scrutiny

The bill shall also make it mandatory for the government to formulate a governance code to guide the appointments of key public officers, which ideally should encompass principles such as selflessness, integrity, merit, openness, diversity, assurance and fairness.

Bersih 2.0 steering committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x