[ENGLISH VERSION BELOW] Walaupun Bersih mengalu-alukan peluasan hak pengundi pos kepada semua pengundi luar negara termasuk mereka yang berada di negara jiran seperti Singapura, selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan, kami masih mendapati beberapa kelemahan dalam proses undi pos.
Pengalaman pengundi yang mengambil bahagian dalam survei pasca pilihan raya negeri Johor juga mengesahkan beberapa masalah yang kami perhatikan.
Ringkasan isu-isu
- Kekurangan masa: Isu ini selalu menjadi aduan oleh pengundi luar negara dan boleh dibahagikan kepada dua kategori – tempoh pendaftaran dan permohonan serta tempoh berkempen (tempoh untuk menghantar semula kertas undi sebelum hari pengundian)
- Tempoh pendaftaran/permohonan: Pada pilihan raya negeri Johor, tempoh untuk mendaftar sebagai pengundi pos adalah 10 hari, dari 9 sehingga 18 Februari, iaitu seminggu sebelum penamaan calon. Ramai telah mengadu bahawa tempoh 10 hari adalah tidak mencukupi untuk mereka memohon memandangkan mereka mengetahui pilihan undi pos hanya terkemudian
- Tempoh berkempen (tempoh untuk menghantar semula kertas undi): Untuk Johor, tempohnya adalah selama dua minggu dari 26 Februari sehingga 12 Mac 2022. Dapatan survei kami, penerima terawal kertas undi pos beliau adalah pada 2 Mac di Singapura, lima hari selepas penamaan calon dengan kebanyakan yang menerima kertas undi mereka hari berikutnya. Jelas daripada proses penghantaran kertas undi dan tempoh kempen yang singkat, pengundi di luar negara dengan perkhidmatan pos yang perlahan, undi pos adalah tidak bermakna kepada mereka
- Kurang kesedaran: Hanya 7,814 pengundi daripada sekurang-kurangnya 200,000 anak Johor yang tinggal di luar negara, atay kurang daripada 4% yang memohon menjadi pengundi pos menunjukkan masih ramai yang tidak menyedari bahawa mereka boleh mengundi dalam pilihan raya Johor sebagai pengundi pos. Jika kita mengambil kadar pengambilan semasa pilihan raya umum 2018, peratusannya lebih mendukacitakan. Hanya 7,979 permohonan daripada sekurang-kurangnya sejuta rakyat Malaysia di luar negara, bersamaan 0.8% sahaja
- Kurang keyakinan: Kami juga memerhatikan ada di antara mereka yang sedar dengan undi pos namun menunjukkan keraguan dengan integriti proses tersebut
Cadangan penambahbaikan sistem undi pos
Kaedah pemprosesan dan pengurusan undi pos oleh Suruhanjaya Pilihan Raya terlalu bergantung kepada manusia dan proses manual yang mempunyai keupayaan terhad dan membawa kepada kesalahan manusia.
Kami menganggarkan proses yang sedia ada, SPR tidak dapat menguruskan permohonan undi pos lebih daripada 10,000 tanpa berhadapan dengan tunggakan dan penangguhan yang serius. Perkara ini akan mencerut pengurusan yang boleh menafikan ratusan ribu pengundi yang berpotensi. Seluruh proses ini perlu dirombak sebelum pilihan raya umum akan datang.
- Menghapuskan keperluan untuk mencetak kertas undi, Borang 2 dan sampul dengan membenarkan pengundi pos yang telah lulus untuk memuat turun dokumen versi PDF daripada akaun MySPR mereka. Ini akan menjimatkan lima hingga 14 hari untuk mencetak, memasukkan sampul dan masa untuk penghantaran. Ini juga akan menjimatkan kos yang diperlukan untuk menggaji pekerja untuk melakukan tugas secara manual, kos material dan menghapuskan kesalahan pengurusan manusia seperti memasukkan kertas undi ke sampul yang salah atau menulis nombor siri yang silap pada Borang 2
- Untuk memperkukuhkan pengenalan, salinan pasport dan MyKad perlu dilampirkan dengan amaran denda dinyatakan dengan jelas kepada mereka yang ingin melakukan penipuan dan penyamaran atau membuat salinan kertas undi
- Apabila undi pos dikira pada hari pengundian, ejen calon perlu hadir untuk memerhati dan menyilang nama di salinan senarai pengundi pos mereka di daerah mengundi untuk memastikan hanya satu orang satu undi dan dokumen pengenalan mereka yang disertakan sepadan dengan maklumat di senarai daftar pemilih. Perkara ini akan meminimumkan kemungkinan penipuan pilihan raya besar-besaran yang akan menghancurkan integriti pilihan raya
Untuk meningkatkan penyertaan dan menambahbaikan akses pengundian oleh rakyat Malaysia di luar negara, kami menggesa pembaharuan prosedur berikut:
- Tempoh permohonan menjadi pengundi pos luar negara perlu dipanjangkan bermula sebaik sahaja Dewan dibubarkan dan ditutup sejurus sebelum hari penamaan
- Tempoh kempen minimum 21 hari untuk memberikan masa yang mencukupi bagi kertas undi dikembalikan sebelum hari pengundian
- Semua arahan, sama ada atas talian atau luar talian (offline), perlu dwibahasa dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
- Saksi yang menandatangan Borang 2 tidak semestinya rakyat Malaysia, memandangkan ada situasi di mana pengundi tersebut mungkin satu-satunya rakyat Malaysia di bandar atau kawasan tersebut
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Dengan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik, senarai daftar pemilih di Malaysia akan meningkat ke 21.1 juta pengundi daripada 14.9 juta pada pilihan raya umum 2018. Kesannya, piliahan raya Johor baru-baru ini menunjukkan kadar keluar mengundi terendah dalam pilihan raya negeri dalam sejarah iaitu hanya 55%.
Melainkan SPR melakukan usahan yang serius untuk meningkatkan akses pengundian kepada semua pemilih, kita akan menyaksikan kadar keluar mengundi antara 55% dan 60% dalam semua pilihan raya.
Pembaharuan prosedur ini adalah dalam ruang lingkup SPR dan tidak memerlukan pindaan undang-undang yang besar terhadap undang-undang yang sedia ada, dan ia sempat dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang yang paling lewat pada September 2023.
Sila baca laporan penuh penilaian undi pos dalam pilihan raya Johor yang dilampirkan bersama. Kami juga mencadangkan untuk merujuk laporan komprehensif sebanyak tiga jilid oleh Global Bersih bertajuk “Overseas voting reform proposals“. – Bersih
English version
Major reform needed to postal voting process to enfranchise over 1 million Malaysians living overseas
While Bersih welcomes the expansion of postal voting rights to all overseas voters, including those who live in neighbouring countries or regions like Singapore, southern Thailand, Brunei and Kalimantan, we have noted major shortcomings in the postal voting process and the experiences of voters who took part in our post-Johor election survey confirmed many of the problems we have observed.
Summary of the issues
- Lack of time: This has been a common complaint among eligible overseas voters, and it can be divided into two areas – the registration and application period and the campaign period (the period to send back postal ballots by polling day).
- Registration/application period: For the Johor election, the window to apply as a postal voter is 10 days, from 9 to 18 February, a week before nomination day. Many complained that 10 days was insufficient time for them to apply since they only became aware of the postal voting option much later
- Campaign period (the period to send back postal ballots): For Johor, it was two weeks from 26 February to 12 March 2022. From our survey, the earliest recipient of his postal ballot in Singapore received it on 2 March, five days after nomination day, with most in Singapore receiving theirs the next day. For Australia, the earliest was on 6 March, Taiwan was the next day on 7 March, while New Zealand was 9 March. It is clear that, given the current process of delivering postal ballots and the short campaign period, for voters living in countries further away from Malaysia or countries with slower postal services, the postal voting option is meaningless to them
- Lack of awareness: The fact that only 7,814 voters out of at least 200,000 Johoreans living overseas, or less than 4 % applied to become postal voters, reveals that many were still not aware they could participate in the Johor election as postal voters. If we look at the take-up rate for the 2018 general election, it was even more dismal. Only 7,979 applied out of at least 1 million Malaysians overseas – a mere 0.8%
- Lack of trust: We also observed some who were aware of the postal voting facility expressing doubts about the integrity of the process
Recommendations
The Election Commission’s current method of processing and managing postal votes relies too much on manual and human processes, which leads to very limited capacity and human errors.
It is our estimation that, using the current process, the Election Commission cannot handle more than 10,000 postal vote applications without running into serious backlogs and delays. This would be an administrative bottleneck that would effectively disenfranchise hundreds of thousands of potential voters. A total revamp of the process must be in place before the coming general election.
- Eliminate the need to print paper postal ballots, Borang 2 and even envelopes by allowing approved postal voters to download PDF versions of these documents from their MySPR account. This would save at least five to 14 days of time spent on printing and stuffing envelopes and postal delivery. This would also save much cost (to employ people to do manual tasks and purchase materials and eliminate administrative human errors like stuffing ballots into the wrong envelopes or writing the wrong serial numbers on Borang 2.
- To strengthen identification, copies of a voter’s passport and MyKad should be attached with a warning of penalties clearly stated for those who are thinking of committing the fraud of impersonation or making multiple copies of their ballot
- When the postal ballots are counted on polling day, candidates’ agents should be present to observe and cross out on their copy of the registered postal voters for their polling districts to ensure that only one voter can cast one vote and their attached identity documents match their details on the electoral roll. This would minimise the possibility of any large-scale electoral fraud that would compromise the integrity of the election.
To increase participation and improve overseas Malaysians’ access to voting, we call for the following procedural reforms:
- The application period to be an overseas postal voter should be extended by opening up for applications as soon as the assembly is dissolved and closing the period just before nomination day
- The campaign period should not be less than 21 days to allow sufficient time for postal ballots to return before polling day
- All instructions, be they online or offline, should be bilingual in bahasa Malaysia and English
- The witness to the signing of Borang 2 need not be a Malaysian as there may be situations where that voter may be the only Malaysian in that foreign town or city
With the implementation of Undi 18 and automatic voter registration, the electoral roll in Malaysia grew to 21.1 million voters, up from 14.9 million for the 2018 general election. As a result, the recently concluded Johor election saw the lowest ever voter turnout for a state election in our history – only 55%. Unless the Election Commission makes a serious effort to improve access to voting for all eligible voters, we will continue to see voter turnout rates of between 55% and 60% for all our elections.
Such procedural reforms are within the present scope of the Election Commission and do not require any major legal amendments to existing laws, and they can be implemented in time for the next general election, due at the latest by September 2023.
For the full report of our evaluation of postal Voting for the Johor election, please read the attached document. We also highly recommend the comprehensive three-volume report by Global Bersih on its “Overseas voting reform proposals“. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme