Home Coalitions Clean and Fair Elections Rakyat Sabah perlu kerajaan dan pembangkang yang berfungsi (Malay/English)

Rakyat Sabah perlu kerajaan dan pembangkang yang berfungsi (Malay/English)

WIKIPEDIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa semua parti politik, ahli dewan undangan negeri dan rakyat secara umumnya untuk menerima keputusan pilihan raya negeri Sabah.

Penerimaan keputusan pilihan raya ini adalah berasaskan kepada demokrasi berbilang parti yang sihat dan matang, di mana kerajaan dan pembangkang boleh memainkan peranan yang bermakna untuk menjayakan aspirasi pengundi.

Pembentukan pakatan dan perikatan pra-pilihan raya perlu dihormati disebabkan ramai pengundi memilih berdasarkan penjajaran ini.

Oleh sebab itu, Gabungan Rakyat Sabah walaupun pakatan yang masih longgar serta belum berdaftar, yang di dalamnya Perikatan Nasional (tujuh kerusi), Barisan Nasional (14 kerusi) dan Parti Bersatu Sabah (tujuh kerusi), bersama tiga wakil rakyat bebas perlu dibenarkan untuk cuba membentuk kerajaan dan mentadbir bagi tempoh lima tahun lagi.

Kami merujuk kepada laporan bahawa pengerusi PN Sabah Hajiji Noor telah dipilih oleh GRS sebagai calon ketua menteri, maka majlis angkat sumpah Ketua Menteri baharu seperti yang diumumkan dan pembentukan kerajaan negeri perlu dilakukan tanpa tangguh lagi.

Sekiranya persetujuan untuk ketua menteri gabungan ini runtuh secara tiba-tiba, maka parti yang mendapat bilangan kerusi tertinggi, iaitu dalam kes ini Warisan dengan 29 kerusi (termasuk DAP yang bertanding bawah bendera Warisan), perlu diberikan peluang untuk cuba membentuk kerajaan melalui perundingan dengan parti-parti lain.

Sekiranya kerajaan majoriti tidak dapat dicapai, maka kerajaan minoriti dengan sokongan parti-parti lain di pembangkang dengan persetujuan keyakinan dan pembekalan (confidence and supply agreement) perlu dipertimbangkan.

Untuk demokrasi berparlimen berfungsi dengan semak dan imbang yang betul, dan supaya pengundi mempunyai alternatif, sebarang cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di mana semua parti berada di dalam kerajaan wajib ditolak.

Sekiranya Warisan dan sekutunya perlu memainkan peranan sebagai pembangkang, mereka perlu menjadi pembangkang yang berkesan kepada GRS dengan membayangi kerajaan dengan menawarkan pandangan dan pendirian polisi alternatif, membongkar salah laku dan salah guna kuasa, dan bersiap sedia menjadi kerajaan yang seterusnya.

Postur begini akan menawarkan khidmat yang lebih baik kepada rakyat Sabah daripada tipu daya berterusan untuk menjatuhkan kerajaan di tengah penggal.

Bersih 2.0 mengulangi seruan kami untuk sesiapapun yang berjaya membentuk kerajaan, ianya wajib untuk mereka mengembalikan kestabilan politik dengan melaksanakan “pakej kestabilan”, yang memberikan ruang kepada pembangkang, tanggungjawab dan insentif untuk bersaing secara profesional dengan kerajaan daripada berterusan membuat tipu daya untuk menjatuhkan kerajaan dengan pengkhianatan daripada wakil-wakil rakyat.

Reformasi seperti penubuhan pejabat pendakwa raya yang bebas daripada peguam negara atau menukar sistem pilihan raya hanya boleh dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan. Selainnya adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. (1)(2)

Sesiapapun yang menjadi ketua menteri Sabah atau parti manapun yang akan membentuk kerajaan, kami menggesa mereka untuk segera memperkenalkan empat reformasi berikut:

  • Pilihan raya pecat wakil Rakyat, supaya pengundi dapat mencetuskan pilihan raya khas untuk membuang wakil rakyat yang menukar parti atau gabungan berlawanan dengan kehendak rakyat, atau mengkhianati mandat yang diberikan dengan kaedah lain
  • Reformasi legislatif, agar ahli dewan undangan negeri pembangkang dan kerajaan dapat memainkan peranan yang lebih bermaknan untuk menyemak imbang kerajaan serta membentuk polisi dan undang-undang
  • Dana ahli dewan yang saksama, yang akan diuruskan oleh pemimpin pembangunan masyarakat yang dinamakan oleh mereka, tanpa mengenal kecenderungan parti dan darjat dalam kerajaan. Wakil rakyat pembangkang tidak wajar dilemahkan secara institusi dalam memberi khidmat kepada rakyat di kawasan mereka
  • Dana untuk semua parti berdasarkan jumlah undi yang diperoleh di dalam pilihan raya terakhir, supaya semua parti mempunyai kewangan yang stabil tanpa menyalahgunakan sumber awam atau menjadi pak turut kepada pendana persendirian atau swasta.
READ MORE:  Salute, emulate the spirit of social cohesion of Sabah and Sarawak!

Walaupun memaklumi keabsahan pilihan raya negeri, Bersih 2.0 juga menyedari ketempangan struktur sistem pilihan raya dan persempadanan kawasan pilihan raya, kurang penguatkuasaan undang-undang pilihan raya serta kelemahan penjalanan pilihan raya. Semua faktor ini memainkan peranan yang penting dalam keputusan pilihan raya.

Walaupun faktanya gabungan Warisan Plus telah mendapat undi popular dengan 317,991 undi berbanding GRS iaitu 316,112, namun keputusan di kerusi pilihan raya menunjukkan bahawa Warisan (32 kerusi) di belakang GRS(38).

Ini menunjukkan kesalahan pembahagian tidak sekata (malapportionment) kawasan pilihan raya dengan kecenderungan kepada parti yang bersama GRS dan kelemahan ketara sistem pilihan raya first-past-the-post (FPTP) yang membantutkan perwakilan secara hakiki.

Persempadanan semula tahun 2016/17, 13 kawasan pilihan raya yang kurang penduduk telah dilukis dan GRS memenangi lapan daripadanya. Dalam sistem pilihan raya berkadaran, Warisan Plus sudah tentu akan memenangi kerusi majoriti dan membentuk kerajaan.

Sekiranya FPTP telah menguntungkan Malaya/Malaysia pada masa lalu, keputusan yang tidak berkadaran dalam pilihan raya negeri Sabah, tipu daya lompat parti yang tidak berkesudahan dan kemunculan gabungan baharu pasca pilihan raya sebagai kelaziman baharu semuanya menunjukkan arah yang bertentangan.

Parti-parti dan ahli politik wajib secara serius mengkaji manfaat dan kesan untuk mengekalkan FPTP dan tidak hanya mengomel apabila mereka menjadi mangsa kepada sistem ini.

Kekurangan penguatkuasaan terhadap pelanggaran undang-undang pilihan raya juga memperlihatkan berleluasanya politik wang dan dan taktik berat sebelah kepada pembangkang.

Bersih 2.0 adalah sebahagian daripada pasukan pemerhati pilihan raya yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya negeri Sabah dan kami juga bekerjasama dengan NGO lain yang turut dilantik bagi memantau 27 kerusi panas. Kami akan membentangkan laporan gabungan ini dalam masa dua minggu.

Daripada pemerhatian awal kami, SPR menjalankan pilihan raya negeri Sabah dengan baik, terutamanya pilihan raya ini diadakan secara mengejut dan di bawah ancaman Covid-19. Laporan kami akan memberi maklumat yang lebih terperinci berkaitan kejayaan dan kelemahan proses pilihan raya.

Sekali lagi Bersih 2.0 menggesa semua parti dan individu untuk menghormati pilihan rakyat Sabah dan memberi laluan kepada gabungan GRS sebagai pilihan pertama untuk membentuk kerajaan negeri penggal ini.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

28 September 2020

English version

Sabahans deserve functioning government and opposition

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) calls on all political parties, elected state assembly persons and the public to accept the outcome of the recently concluded Sabah state election as the basis of a healthy and mature multiparty democracy, where both the government and opposition get to play their meaningful roles respectively to realise the voters’ aspirations.

READ MORE:  Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen Sabah Sarawak: Bersih usul dialog dan debat (Malay/English)

The pre-election formation of coalitions and alliances should be respected as many voters would have voted according to these alignments.

As such, the Gabungan Rakyat Sabah (GRS), though it is a loose and unregistered coalition, that comprises Perikatan Nasional (17 seats), Barisan Nasional (14 seats) and Parti Bersatu Sabah (seven seats), should be allowed to try to form the new government and govern for the next five years.

We refer to the report that Sabah PN chief Hajiji Noor has been chosen unanimously by GRS as chief minister candidate; hence, the swearing-in of the new Chief Minister as announced and the formation of a new state government should proceed without delay.

In the event that GRS’ consensus on the chief minister’s candidate collapses unexpectedly, then the party that obtained the highest number of seats, in this case, Warisan with 29 seats (including the DAP’s six who competed under the Warisan banner), should be given the opportunity to try to form the government through negotiations with other parties.

If a majority government is unattainable, then a minority government with support from other parties in opposition with a “confidence and supply” agreement should also be considered.

For parliamentary democracy to function with proper checks and balances, and for voters to have alternatives, any proposal to form a unity government where all parties are represented in government must be rejected.

If Warisan and its allies should play the role of opposition, then it should be an effective watchdog of the GRS government by shadowing the government through offers of alternative views and policy positions, exposing misdeeds and abuses, and preparing themselves to be the next government.

Such a posture would serve the people of Sabah better than the constant scheming to bring down the government in mid-term.

Bersih 2.0 reiterates our call to whoever succeeds in forming the government, that it is incumbent for them to restore political stability by implementing a “stability package”, which gives the opposition the room, responsibility and incentives to compete professionally with the government instead of endlessly plotting the government’s downfall through the defections of elected representatives.

While reforms like creating a separate public prosecutor’s office independent from the Attorney General’s Chambers or changing the electoral system can only be initiated by the federal government, others are within the purview of state governments.

Whoever the chief minister will be and whichever parties would form the next Sabah government, we call upon them to swiftly introduce these four reforms:

  • Recall elections, so that voters can trigger a special election to sack elected representatives who change party or coalition affiliation against the voters’ will or betray their mandate in other ways
  • Legislative reform, so that both opposition assembly members as well as government backbenchers can play meaningful roles in scrutinising the government and shaping policies and laws
  • Equal funding for elected assembly members, which would be administered by pemimpin pembangunan masyarakat (community development leaders) nominated by them, regardless of party affiliation and ranking in government. Opposition representatives must not be institutionally handicapped in serving the needs of their constituents
  • Funding for all parties based on their vote share at the last election, so that parties can be financially viable without abusing public resources or becoming beholden to private funders.
READ MORE:  The 'social contract': A Sabah perspective

Having acknowledged the legitimacy of the state election, Bersih 2.0 is cognisant of structural flaws in the electoral system and the redrawing of constituency boundaries, which together with the slack enforcement of electoral laws and shortcomings in the conduct of the election played a role in the outcome of the election.

Despite the fact that the Warisan Plus coalition won more votes (317,991) than GRS (316,112), it trails in assembly seats (32) behind GRS (38). This is the outcome of both the malapportionment and gerrymandering of constituencies in favour of GRS parties and the First-Past-The-Post (FPTP) electoral system itself which inherently distorts representation.

In the 2016-7 redelimitation exercises, 13 under-populated constituencies were carved out and GRS won eight of them. In a proportional electoral system, Warisan Plus would have won a majority of seats and formed the government.

If FPTP had served Malaya/Malaysia well in the past, the disproportional outcome in this Sabah state election, the incessant schemes of ‘party-hopping’ and the emergence of post-election coalitions as a new normal all point to the opposite. Parties and politicians must seriously study the benefits and costs of retaining the FPTP system and not just complain about it when they fall prey to the system.

The lack of enforcement against violations of election laws also saw the proliferation of money politics and unfair tactics against opponents. Bersih 2.0 was part of the team of election observers (pemerhati) appointed by the Election Commission during the Sabah election and we coordinated with other NGOs to monitor 26 hotly contested seats.

From our preliminary observation, the Election Commission conducted the election commendably, especially given that it was a snap election conducted under the shadow of the Covid-19 pandemic. We will be presenting our report, which would detail some of the successes and shortcomings of the election process, within the next two weeks.

Once again, Bersih 2.0 urges all parties and individuals to respect the choice of Sabahans and allow the GRS coalition the first option to form the next Sabah state government.

Bersih 2.0 steering committee

28 September 2020

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x