
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa beliau bersetuju untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Parlimen dan proses pelantikan ketua pesuruhjayanya diteliti oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen.
Perdana menteri menyebut bahawa beliau “tidak ada bantahan” untuk mereformasi proses pelantikan. Bersih, Ideas dan Transparency International-Malaysia antara badan yang mencadangkan mekanisme yang terperinci.
Kami memahami bahawa sebarang mekanisme reformasi perlu melalui Jabatan Peguam Negara dan diteliti oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen, serta berharap agar perkara ini dilakukan dengan telus dan melibatkan penyertaan pertubuhan masyaraka sivil.
Kami juga mengalu-alukan ‘persetujuan’ daripada perdana menteri bahawa Jabatan Peguam Negara perlu dipisahkan daripada pendakwa raya. Pemisahan ini serta reformasi proses pelantikan ketua pesuruhjaya SPRM perlu dipercepatkan untuk mengukuhkan autonomi institusi dan menyingkirkan persepsi “pendakwaan terpilih” yang dikenakan kepada mantan perdana menteri serta ahli parlimen pembangkang.
Akhir sekali, kami memuji usaha Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul untuk memperkasakan Parlimen, terutamanya bagi mencadangkan jawatankuasa pilihan khas parlimen untuk pelantikan jawatan utama dalam agensi kerajaan seperti SPRM dan Suruhankaya Pilihan Raya. – Bersih
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
English version
Reforms to MACC and attorney general should be expedited
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) applauds Prime Minister Anwar Ibrahim’s statement that he is receptive to placing the Malaysia Anti-Corruption Commission (MACC) under Parliament and to having the appointment process of its chief vetted by a parliamentary special select committee.
The prime minister said he has ‘no objection’ to reforming the appointment process – the mechanism of which has been suggested in detail by various bodies including Bersih, Ideas and Transparency International-Malaysia.
We understand that any reform mechanism will go through the Attorney General’s Chambers and be deliberated by the special select committee, and hope that it will be done in a transparent manner that includes civil society participation.
We also welcome the prime minister saying that he “agrees” that the attorney general should be separated from the public prosecutor. This separation, as well as the reforms to the appointment process for the MACC chief, must be expedited to strengthen institutional autonomy and dispel perceptions of “politically motivated charges” brought against former prime ministers and opposition MPs.
Lastly, we commend the House of Representative Speaker Johari Abdul’s initiatives to empower Parliament, particularly his suggestion for special select committees on the appointments of key positions in government agencies such as the MACC and the Election Commission. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme