Home Coalitions Clean and Fair Elections Rombak kelebihan penyandang jawatan – atau langkah Sheraton akan menjadi norma baharu...

Rombak kelebihan penyandang jawatan – atau langkah Sheraton akan menjadi norma baharu (Malay/English)

The 'Sheraton move' back in 2020

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Sempena setahun rampasan kuasa Malaysia yang dikenali sebagai Langkah Sheraton, di mana Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac tahun lepas, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memberi amaran bahawa perubahan kerajaan melalui pengkhianatan wakil rakyat yang melompat parti mungkin menjadi norma baru dan menghakis kepercayaan kepada demokrasi berparlimen di negara kita walaupun selepas pilihan raya umum akan datang.

Kelebihan penyandang jawatan adalah pendorong utama berlakunya pengkhianatan. Rakyat Malaysia yang mahukan kestabilan politik dan ekonomi serta menolak korupsi perlu menuntut rombakan kepada kelemahan struktur ini bagi membuka jalan kepada persaingan parti yang lebih sihat yang berpaksikan tawaran polisi dan program yang lebih baik.

Sejak Langkah Sheraton, kita telah menyaksikan keruntuhan kerajaan persekutuan dan enam kerajaan negeri, cubaan merampas semula kuasa dan darurat yang kelihatan dibuat untuk mengelakkan kejatuhan kerajaan Muhyiddin: Perikatan Nasional + Barisan Nasional + Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Khabar angin yang bertiup tentang pengkhianatan dan penarikan sokongan terhadap kerajaan PN + BN + GPS masih belum reda. Pengkhianatan dua orang ahli parlimen PKR iaitu MP Tebrau Steven Choong dan MP Julau Larry Sng ke kem Muhyiddin merupakan kes yang terbaru dan sudah tentunya bukan episod yang terakhir.

Langkah Sheraton telah membuka Kotak Pandora kemelut politik yang tidak berkesudahan dan mendedahkan kelemahan struktur sistem politik “yang kalah dapat abu”, satu legasi sistem parti-kerajaan oleh BN selama 61 tahun, yang bahkan Pakatan Harapan pun teragak-agak untuk merombaknya kerana berfikir mereka juga dapat bermanfaat dari sistem ini.

Di kedua-dua peringkat persekutuan dan negeri, pilihan raya tidak didasarkan kepada persaingan polisi, kompetensi atau integriti, tetapi bersaing untuk mendapatkan kelebihan penyandang jawatan dari segi kuasa, faedah, penaungan politik dan kekebalan dari tindakan undang-undang.

Wakil rakyat boleh dikelaskan kepada tiga; menteri dan exco yang menikmati kuasa dan sumber yang teramat besar, wakil kerajaan bukan eksekutif yang mendapat saki-baki, dan wakil pembangkang yang dibiarkan kekeringan.

Setelah struktur lama dilonggarkan akibat perubahan kerajaan, jurang perbezaan yang besar di antara “tiga kelas politik” akan mendorong rampasan kuasa dan rampasan balas oleh pembelotan bagi kemajuan kepentingan peribadi. Anggota parlimen pembangkang bergabung dengan kerajaan dengan harapan menjadi menteri atau sekurang-kurangnya penyokong kerajaan. Penyokong kerajaan memasang kerajaan baru dengan harapan menjadi menteri, bahkan menteri sendiri pun menjatuhkan kerajaan mereka dengan harapan menjadi menteri kanan atau perdana menteri.

Kita mesti berhenti berpura-pura bahawa barah politik ini dapat diselesaikan dengan undang-undang anti lompat, yang akan menjadikan dewan perundangan cop getah yang semakin parah sebagai akibat yang tidak disengajakan, tanpa merombak kelebihan penyandang jawatan.

Ianya juga adalah hipokrit untuk mana-mana parti atau gabungan yang menuntut rombakan kelebihan tersebut hanya di peringkat persekutuan tetapi masih mengekalkannya di peringkat negeri.

Bersih 2.0 menggesa agenda reformasi berikut bagi mencegah wakil rakyat untuk melompat:

  1. Kesaksamaan undang-undang:

Sesetengah ahli politik berlaku khianat bagi mengelakkan siasatan atau pendakwaan oleh kerajaan yang memerintah melalui Jabatan Peguam Negara dan melalui kawalan langsung institusi penguatkuasaan, dapat melindungi atau mendakwa lawan mereka. Justeru, peranan pendakwa raya dan peguam negara perlu dipisahkan.

  • sama rata
READ MORE:  Speaker's controversial decision: A loophole for political defectors?

Alasan yang digunakan pengkhianat adalah keperluan kepada peruntukan pembangunan kawasan untuk memberi khidmat di kawasan mereka. Ahli Parlimen PN menerima RM3.7 juta setahun berbanding Pembangkang yang mendapat hanya RM100,000. Peruntukan berat sebelah ini adalah satu penyalahgunaan kuasa dan wang pembayar cukai bagi memberikan kelebihan kepada parti pemerintah. Kami menggesa satu undang-undang yang komprehensif bagi memastikan peruntukan pembangunan kawasan yang adil dan telus serta undang-undang pendanaan awam kepada parti politik disamping pendanaan dari pihak persendirian yang telus, boleh dipertanggungjawabkan dan munasabah.

  • Menghadkan bilangan menteri dan timbalan menteri serta menghalang ahli Parlimen memegang jawatan yang lumayan untuk menghentikan pembelian kesetiaan

Kebanyakan pengkhianat ditawarkan jawatan menteri atau timbalan menteri dalam kabinet “kembung” Muhyiddin serta dilantik ke dalam syarikat kaitan kerajaan yang ditawarkan gaji lumayan. Bersih 2.0 menggesa untuk meletakkan had saiz kabinet kepada 50 (menteri dan timbalan menteri) dan larangan wakil rakyat dilantik ke dalam syarikat kaitan kerajaan.

  • Reformasi parlimen untuk memperkasakan wakil rakyat pembangkang dan wakil rakyat kerajaan bukan eksekutif

Wakil rakyat pembangkang dan kerajaan yang bukan eksekutif mempunyai peranan yang sangat kecil dalam pembuatan undang-undang dan polisi di bawah sistem sekarang. Kini, Dewan Rakyat hanya mempunyai sembilan jawatankuasa pilihan khas, dan dianggarkan 40% ahli parlimen dinafikan sebarang peranan pembentukan polisi melalui penyertaan ke dalam mana-mana jawatankuasa pilihan khas. Kami menggesa kerajaan dan Parlimen untuk membentuk lebih banyak jawatankuasa pilihan khas, dan komposisi jawatankuasa ini perlu mencerminkan kekuatan parti-parti di Dewan. Kami juga menggesa Pembangkang untuk membentuk kabinet bayangan dan kerajaan perlu mengiktirafnya dengan memberikan dana yang mencukupi serta akses kepada maklumat.

  • Pilihan raya pecat untuk mencegah lompat parti

Pengkhianatan berlaku kerana tidak ada sebarang akibat yang buruk dari segi undang-undang atau pilihan raya terhadap tindakan tersebut. Walapun sistem pilihan raya kita berdasarkan undian kepada calon, namun adalah jelas pengundi memilih berdasarkan parti yang diwakili calon tersebut. Oleh yang demikian, pengkhianatan perlu dianggap sebagai pengkhianatan kepada pengundi yang memilih wakil-wakil rakyat ini. Bersih 2.0 menggesa penggubalan mekanisme pilihan raya pecat wakil rakyat di mana pengundi boleh memulakan proses pilihan raya kecil di kawasan mereka sekiranya tidak berpuas hati dengan tindakan pengkhianatan tersebut.

Bersih 2.0 juga memperbaharui seruan kami kepada semua parti politik untuk berunding dan mencapai persetujuan keyakinan dan pembekalan termasuklah penggubalan undang-undang yang akan membawa reformasi-reformasi ini agar hantu-hantu Langkah Sheraton ini dapat dihalau sama sekali dari politik Malaysia.

Selain pemisahan jawatan pendakwa raya daripada peguam negara, kesemua reformasi ini dapat dilaksanakan di peringkat persekutuan, dan Perak telah melaksanakan peruntukan pembangunan kawasan yang sama rata sejak Disember tahun lepas.

Kami menyeru PH untuk memerangi pembelotan dengan membongkar kelebihan penyandang jawatan yang berlebihan di peringkat persekutuan dan di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang ditadbir mereka. Reformasi perlu bermula dari halaman sendiri. 

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Dismantle excessive incumbency advantages or Sheraton moves will be new norm

On the first anniversary of Malaysia’s political coup, popularly called the Sheraton Move, which culminated in the swearing in of Muhyiddin Yassin as Prime Minister on 1 March 2020, the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) warns that the changes of government this past year through defections of elected representatives may become a new norm that undermines our parliamentary democracy and economic stability even after the next general election.

READ MORE:  Retention of six former Bersatu MPs undermines law to curb defections

Excessive incumbency advantages are the real driver of defections. Malaysians who want real political and economic stability and reject corruption must demand the dismantling of such structural flaws to pave the way for healthy multi-party competition based on policies and programmes.

Since the Sheraton Move, we have witnessed the collapse of the federal government and six state governments, counter-coup attempts and a national emergency, arguably, to prevent the collapse of Muhyiddin’s Perikatan Nasional + Barisan Nasional + Gabungan Parti Sarawak (GPS) government.

The constant rumours of defections and withdrawal of support for the PN + BN + GPS government remain unabated, and the recent defections of two PKR MPs, Tebrau MP Steven Choong and Julau MP Larry Sng, to Muhyiddin’s camp, are the latest, but it won’t be the last episode.

The Sheraton Move has opened a Pandora’s Box of endless political machinations as it exposes the deep flaw of our winner-take-all political system, a legacy of BN’s one-party state for 61 years that even PH was reluctant to dismantle, thinking that it could benefit from it.

At both the federal and state levels, elections have become not competitions on policies, competence or integrity, but fights for excessive incumbency advantages from power, perks, patronage to legal impunity.

Elected representatives fall into three classes: ministers and state executive council members who enjoy vast power and patronage resources, government backbenchers who pick up the crumbs and opposition lawmakers left in the cold.

Naturally, once the old structure was loosened by the change of government, the remaining vast disparity in these three political classes induces coups and counter coups by defections for personal upgrade.

Opposition lawmakers join governments hoping to become ministers or at least government backbenchers. Government backbenchers install new governments hoping to become ministers. Even ministers topple their own government hoping to become senior ministers or prime minister.

We must stop pretending that this political cancer can be resolved by an anti-hopping law, which may make legislatures worse rubber-stamps as an unintended consequence, without dismantling excessive incumbency advantages.

And it is hypocritical for any party or coalition to demand the dismantling of such advantages at the federal level while retaining them at the state level.

Bersih 2.0 calls for the following reforms that would reduce the incentives for elected representatives to defect.

  1. Equality before the law

Some politicians defect in order to avoid investigation or prosecution as the incumbent government through the office of the attorney general and direct control of key enforcement institutions, can either protect them or persecute its opponents. The role of the public prosecutor and that of the attorney general must be separated.

  • Equal constituency development fund allocation
READ MORE:  Speaker's controversial decision: A loophole for political defectors?

A common reason offered by defectors is their need for constituency development funds to serve their constituency. PN MPs receive a RM3.7m million annual allocation while opposition MPs receive RM100,000. This unequal allocation is an abuse of power and misuse of taxpayers’ money to give an advantage to ruling political parties. We call for comprehensive laws to ensure non-discriminatory and transparent constituency development funds and public funding of parties alongside transparent, accountable and reasonable private funding.

  • Limiting the number of ministers and deputy ministers and barring parliamentarians from lucrative public offices to stop “shopping for loyalty”

Most defectors are rewarded with ministerial or deputy ministerial positions in Muhyiddin’s enlarged cabinet and are appointed to government-linked companies that come with huge monthly salaries. Bersih 2.0 calls for a cap to the size of the cabinets to 50 (ministers and deputy ministers) and a total ban on elected representatives being appointed to government-linked companies.

  • Parliamentary reforms to empower both opposition lawmakers and government backbenchers.

Opposition lawmakers and government backbenchers have very little role to play in the law-making or policymaking process under the current arrangement. Currently, the Dewan Rakyat has only nine thematic parliamentary select committees, and about 40% of our parliamentarians are denied any policy-shaping roles through committee participation. We call on the government and Parliament to form more select committees and to ensure the composition of these committees should reflect the strength of the parties in the House. We further call on the Opposition to form a shadow cabinet and for the government to formally recognise it with adequate funding and access to information.

  • Recall election to deter party hopping

Defections occur as there are no legal or electoral consequences to such actions. While our election system is such that we vote for a candidate, it can be strongly argued that most voters vote on the basis of the party these candidates represent.  As such, defections are considered as a betrayal of the voters who voted in these representatives. Bersih 2.0 calls for the enactment of an anti-‘party-hopping’ mechanism called a recall election, where the constituency’s voters can initiate a process to trigger a by-election if they are dissatisfied with the defection.

Bersih 2.0 renews our call for all political parties to negotiate confidence-and- supply agreements that include the enactment of laws that would usher in these reforms so that the ghost of the Sheraton Move can be exorcised from Malaysian politics once and for all.

Except for the separation of the offices of public prosecutor from the attorney general, all the other four reforms can be carried out at the state level. Perak has already implemented equal constituency development funds since last December.

We call upon PH to fight defections by dismantling excessive incumbency advantages at the federal level and in the states of Selangor, Penang and Negeri Sembilan that it governs. Reforms start from home.

Bersih 2.0 steering committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x