Home Coalitions Clean and Fair Elections Rumah terbuka Aidilfitri di KKB: Kenyataan Bersih dan respons MB Selangor

Rumah terbuka Aidilfitri di KKB: Kenyataan Bersih dan respons MB Selangor

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada “Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor” yang dianjurkan di pekan Kuala Kubu Baharu pada 27 April, sejurus selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu.

[Sebelum acara ini] Bersih [telah] mempersoalkan lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika pilihan raya sedang berjalan.

Bersih telah mengingatkan kerajaan negeri Selangor bahawa penganjuran rumah terbuka Aidilfitri boleh bercanggah dengan banyak peruntukan di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).

Berdasarkan risalah program tersebut yang kami terima, pelbagai aktiviti sambutan akan diadakan seperti jamuan makan dan pemberian duit raya.

Pemberian atau penjamuan makanan semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 (penjamuan) dan pemberian duit raya adalah kesalahan di bawah Seksyen 10 (penyogokan).

Selain itu, pihak kerajaan negeri Selangor juga perlu sedar bahawa disebabkan penganjuran rumah terbuka ini menggunakan sumber kerajaan negeri, maka mereka perlu memastikan bahawa majlis tersebut tidak digunakan sebagai platform untuk memperkenalkan calon daripada komponen parti kerajaan dan seterusnya berkempen dengan memasang bendera dan kaedah-kaedah kempen yang lain yang bertujuan untuk memenangkan calon mereka.

Penggunaan sumber kerajaan bukan sementara seperti kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan semasa tempoh pilihan raya kecil seperti di pilihan raya kecil ini perlu mematuhi prinsip “3C” yang digariskan oleh Bersih sebelum ini iaitu “No conditions (tanpa syarat), no campaign (tanpa kempen) and no candidate (tiada calon)”.

Bersih juga ingin mengingatkan parti-parti politik atau mana-mana calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya ini yang bercadang untuk menganjurkan majlis rumah terbuka peringkat parti atau kapasiti masing-masing supaya tidak berbuat demikian kerana aktiviti tersebut adalah bercanggah dengan AKPR.

READ MORE:  Guna sumber kerajaan untuk kempen pilihan raya langgar etika pilihan raya

Bersih sekali lagi menegaskan kepada semua pihak yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini terutamanya pihak kerajaan negeri Selangor dan kerajaan persekutuan agar mematuhi etika kempen pilihan raya supaya pilihan raya di negara kita dapat berjalan dengan bersih dan adil. – Bersih

Selangor MB’s response:

No campaign elements in KKB Hari Raya open house – S’gor MB tells Bersih

Published: Apr 28, 2024 9:06 AM
â‹…
Updated: 10:33 AM

KKB BY-ELECTION | The Selangor menteri besar has denied electoral watchdog Bersih’s claim that his administration committed election offences by holding a Hari Raya Aidilfitri open house in Kuala Kubu Baharu yesterday.

Amirudin Shari assured there were no elements of campaigning during the event.

“There was no campaigning during the programme, but if people (event attendees) who came from afar wore political party-themed T-shirts to the event, I can’t stop them.

“Can I ask them to go back and change into different clothes?

“In fact, the programme was open to all, and in my speech, I even invited the opposition to attend, as it is a Hari Raya event,” he told reporters after the open house last night.

It was a coincidence that the location of the open house was in Kuala Kubu Baharu as the state government’s events are held on a rotational basis and it was the constituency’s turn, he explained.

“Previously, Chinese New Year open houses were held in Sepang and Dengkil,” he added.

‘Duit raya’ cancelled

Amirudin said the agenda to give “duit raya” to the event attendees was also cancelled, despite being listed in the invite.

READ MORE:  The line between Raya and 'pilihan raya'

This was to avoid prejudice following Bersih’s reprimand, he added.

“We received advice and feedback, and we don’t want people to say bad things, so the decision (to cancel giving the money) was taken.

“As I said earlier, we listen to feedback from all parties.”

Recently, the electoral watchdog alleged that the Selangor state government had committed election offences by holding the open house in Kuala Kubu Baharu and listing “duit raya” gifting as part of the agenda. – Malaysiakini

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x