Home Coalitions Clean and Fair Elections Sabah perlu pakej reformasi institusi untuk hentikan kemelut politik (Malay/English)

Sabah perlu pakej reformasi institusi untuk hentikan kemelut politik (Malay/English)

WIKIPEDIA

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengingatkan semua rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah, bahawa kemelut politik di Sabah tidak akan berhenti dengan tindakan tiga ahli dewan undangan negeri pembangkang yang keluar dari  Warisan dan menjadi ahli dewan negeri bebas yang menyokong Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.

Bersih berpandangan bahawa masalah pokok lompat parti yang berleluasa di Sabah adalah fungsi utama ahli dewan sebagai ‘mesin ATM berbentuk manusia’, dan ini hanya boleh diselesaikan dengan pakej institusi reformasi tiga-dalam-satu:

  • Ordinan antilompatan dan ordinan penggal tetap Dewan Undangan Negeri Sabah
  • Ordinan peruntukan pembangunan kawasan saksama dan
  • reformasi dewan Sabah.

Dalam keadaan sekarang, ahli dewan negeri yang bukan menteri tidak ada peranan sebenar sebagai penggubal undang-undang atau pembentuk dasar, dan mereka banyak bergantung kepada peruntukan kawasan bagi pembangunan dan kebajikan untuk berkhidmat dan mengambil hati pengundi.

Oleh kerana menteri diberi peruntukan kawasan yang jauh lebih banyak daripada ahli dewan negeri kerajaan barisan belakang (government backbenchers) dan ahli dewan negeri pembangkang tidak diberi sebarang peruntukan, ini menjadi insentif untuk ahli pembangkang melompat ke kem kerajaan, atau ahli kerajaan barisan belakang malah menteri untuk menjatuhkan kerajaan sendiri dengan harapan menjadi menteri atau memegang portfolio menteri yang lebih bersumber.

Ramai pengundi sebenarnya tidak kisah wakil rakyat melompat parti selagi wakil rakyat dapat membawa balik lebih banyak peruntukan dan imbuhan – dinamakan pembangunan dan kebajikan – ke kawasan.

Ini dibuktikan oleh kemenangan 11 daripada 17 ahli dewan yang telah melompat parti antara Mei 2018 dan Julai 2020 di kawasan yang sama dalam pilihan raya negeri Sabah pada September 2020.

Ini bermaksud sekadar penggubalan ordinan antilompatan versi persekutuan di peringkat negeri tidak cukup untuk mengelakkan atau mencegah lompatan parti atau perubahan gabungan.

Dengan lompatan Mohammad Mohamarin (ahli untuk Banggi), Chong Chen Bin (ahli untuk Tanjong Kapor) dan Norazlinah Arif (ahli untuk Kunak), Warisan telah hilang sebanyak sembilan daripada 23, atau hampir 40%, yang dimenanginya dalam pilihan raya negeri 2020.

Alasan melompat ketiga-tiga ahli dewan tersebut ialah supaya dapat meneruskan khidmat yang lebih baik kepada rakyat di kawasan mereka dan menghentikan polemik politik yang menggugat kestabilan kerajaan.

Lompatan ini tidak menghairankan selepas kegagalan Warisan dan Umno menggulingkan kerajaan pimpinan Hajiji yang tidak lain tidak bukan hanya untuk merebut jawatan-jawatan dan sumber-sumber kerajaan.

Bersih berpandangan bahawa reformasi institusi di Sabah tidak boleh ditangguhkan lagi dan perlu dilaksanakan dengan segera untuk menghentikan kemelut politik. Ini memerlukan pakej reformasi institusi tiga-dalam-satu yang perlu tekad politik untuk berdamai dan memadanikan negara daripada semua parti utama di dewan negeri Sabah yang juga merupakan rakan kongsi dalam “kerajaan perpaduan” di persekutuan:

  1. Penggubalan undang-undang antilompat parti dan ordinan penggal tetap dewan (fixed-term legislature ordinance)
  • Undang-undang antilompat parti yang dilaksanakan di peringkat persekutuan perlu diluluskan, tetapi dengan penambahbaikan dan bukan sebulat-bulatnya. Ahli dewan negeri yang melompat (ke parti lain atau menjadi bebas) akan hilang kerusi secara automatik, dan satu klausa lagi perlu ditambah ke dalam mekanisme antilompat iaitu ahli dewan yang tidak memberi sokongan kepada usul keyakinan dan perbekalan (rang undang-undang belanjawan) pun akan hilang kerusi secara automatik
  • Prosedur pilihan raya pecat (recall elections) perlu dimasukkan ke dalam undang-undang antilompat untuk bagi menangani isu pemecatan atas alasan selain usul keyakinan dan perbekalan, lompatan gabungan dan asas-asas lain yang munasabah untuk pengundi memecat wakil rakyat dan mencetuskan pilihan raya kecil
  • Mentakrifkan definisi hilang kepercayaan di dewan dengan ketat melalui ordinan penggal tetap dewan yang akan mengkehendaki dewan untuk melengkapkan penggalnya kecuali jika kerajaan kehilangan keyakinan atau jika pemohonan untuk pembubaran awal mendapat persetujuan dua-pertiga dewan
  1. Ordinan peruntukan pembangunan kawasan saksama agar peruntukan kepada ahli dewan diberikan secara saksama
READ MORE:  Kanason Pothinker's frantic final call

Dalam Belanjawan Sabah 2023, setiap ahli dewan kerajaan mendapat RM3 juta setahun manakala ahli dewan pembangkang tidak mendapat apa-apa. Amalan yang tidak demokratik adalah pendorong kepada lompat parti yang paling besar dan mesti dihentikan. Dengan ordinan peruntukan pembangunan kawasan saksama, semua wakil rakyat akan mendapat peruntukan pembangunan kawasan yang ditetapkan tanpa diskriminasi kepartian, dan pemberian peruntukan akan lebih telus dan berakauntabiliti

  1. Reformasi badan perundangan negeri untuk memperkasa ahli dewan

Rakyat cenderung melihat ahli dewan sebagai mesin ATM untuk mereka mendapatkan bantuan semata-mata kerana ahli dewan bukan menteri – kedua-dua ahli dewan pembangkang dan ahli dewan kerajaan barisan belakang – tidak ada impak dalam mencorak kandungan rang undang-undang atau dasar kerajaan. Untuk mengubah dinamik ini, dewan negeri perlu menubuhkan jawatankuasa-jawatan pilihan khas dewan, menambahkan bilangan hari mesyuarat dewan dan memperuntukkan masa khas untuk ahli dewan bukan menteri agar mereka boleh memberi semak dan imbang kepada kerajaan

Ahli dewan Sabah perlu menyokong dan mendesak agar kerajaan Sabah melaksanakan reformasi yang dinyatakan dengan segera agar demokrasi dan institusinya dapat berjalan dengan lebih profesional dan pro-rakyat berbanding hanya perebutan kuasa dan pengaruh antara kerajaan dan pembangkang. – Bersih

English version

Sabah needs a reform package to stop this political crisis

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) reminds the people, especially Sabahans, that the political crisis in Sabah will not end with the exodus of the three Warisan state assembly members to become independents and support the Sabah Chief Minister Hajiji Noor.

Bersih believes the main problem with “party hopping” in Sabah is how an assembly member is seen as a ‘human cash machine’ and this can only be resolved in the long-term by a three-in-one reform package:

  • An anti-hopping law and fixed-term legislature ordinance
  • An equitable constituency development funds ordinance, and
  • Sabah State Legislative Assembly reforms
READ MORE:  The 'Double Six Tragedy' report

In the current situation, independent state assembly members do not have a real role as legislators or policymakers, and they heavily depend on constituency development funds to develop their constituencies and address welfare issues, thus winning the support of voters.

As ministers (at state or federal level) are given much larger allocations than government backbenchers, and opposition state assembly members receive nothing, this becomes a strong incentive for opposition assembly members to ‘hop’ to the government side.

Not only that, government backbenchers or even ministers may try to overthrow their government with the hope of being appointed as a minister with significantly more resources.

As witnessed in the past, many Sabahan state assembly members who hopped parties were subsequently re-elected. They are seen as able to bring more allocations and renumeration – namely development and welfare – into their constituency. Eleven out of 17 assembly members that ‘party-hopped’ between May 2018 and July 2020 were returned to their seats during the Sabah state election in September 2020.

It is clear that the federal legislation of the anti-hopping Law at the state level is insufficient to deter or avoid party or coalition hopping.

When Mohammad Mohamarin (the member for Banggi), Chong Chen Bin (the member for Tanjong Kapor) and Norazlinah Arif (the member for Kunak) hopped parties, Warisan lost nine of their 23 seats, (almost 40%) that they had won in the 2020 state election.

The reason the three of them left was ostensibly to provide better services to their constituents and put a stop to political polemics threatening the state government’s stability.

This ‘hopping’ is not surprising, coming on the heels of the unsuccessful attempt by Warisan and Umno to overthrow the Hajiji-led government. They were driven by the desire to seize government positions and more resources.

Bersih is emphatic that institutional reforms in Sabah should not be delayed any longer and must be implemented immediately to cease the political turmoil. The three-in-one reform package needs political will to reconcile competing parties in the Sabah state assembly, who are also partners in the federal-level “unity government”:

  1. Legislation of the anti-hopping law and fixed-term legislature ordinance
  • The anti-hopping law implemented at the federal level needs to be passed at the state level, but cannot be wholly copied. While assembly members that party hop either to other parties or to become independents will lose their seats automatically under the law, a clause should be added to automatically vacate the seat of assembly members who do not support confidence-and-supply motions (Budget bills)
  • A recall procedure needs to be included in the anti-hopping law to cover issues of dismissal besides a lack of support for confidence-and-supply motions, coalition hopping and other reasonable grounds for voters to recall their representatives and trigger a by-election
  • A strict definition of a loss of confidence in the state assembly through the fixed-term legislature ordinance, which will require the state assembly to complete its term unless the government loses confidence or if an application for early dissolution is approved by two-thirds of the House
READ MORE:  Malaysia Agreement 1963, federalism and economic inequality

2. Equitable constituency development funds ordinance to give equitable allocations

In the 2023 Sabah Budget, all government state assembly members will receive RM3m a year while the opposition gets nothing. This undemocratic practice is the biggest incentive for party hopping and must be stopped. With an equitable constituency development funds ordinance, all elected representatives will get constituency development funds in a transparent and accountable manner without any partisan discrimination

  1. State legislature reform to empower assembly members

People tend to see assembly members as cash machines for them to get help simply because opposition assembly members and government backbenchers have no impact in shaping the content of bills or government policies. To change this dynamic, the state assembly needs to establish special select committees, increase the number of assembly meeting days and allocate special time for these assembly members that they can act as checks and balances on the government.

Sabah state assembly members need to support and push the Sabah government to immediately implement the stated reforms so that its democratic institutions can run more professionally and be people-centric instead of being a stage for power struggles between the government and the opposition. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x