Home Coalitions Clean and Fair Elections Sarawak tidak perlu diugut untuk memilih sesuai dengan hasrat kerajaan persekutuan

Sarawak tidak perlu diugut untuk memilih sesuai dengan hasrat kerajaan persekutuan

Tindakan perdana menteri yang pilih kasih adalah sangat tidak bermaruah dan berat sebelahTindakan perdana menteri yang pilih kasih adalah sangat tidak bermaruah dan berat sebelah

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bimbang dengan cubaan licik untuk mengugut orang Sarawak supaya mengundi gabungan politik penyandang kerajaan, diketuai oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Apabila perdana menteri secara terbuka mengumumkan bahawa projek jambatan Sungai Yong yang kedua tidak akan terlaksana sekiranya terdapat perubahan kerajaan negeri dan apabila beliau berkata “Ketua Menteri Sarawak Abg Jo adalah kawan saya. Sebab itu, kali ini saya harap jangan membuat keputusan yang silap, banyak lagi yang hendak lulus ini tidak dapat dilaksanakan, kalau lain pemerintah negeri dengan pusat”,  ini adalah ugutan kepada rakyat Sarawak bahawa mereka akan dihukum jika mereka tidak menyokong kerajaan sedia ada bila mengundi kelak.

Ugutan ini juga bercanggah dengan sloga “keluarga Malaysia” di mana negeri pimpinan pembangkang akan dianak-tirikan.

Ia juga membangkitkan persoalan keneutralan pentadbiran kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak, sama ada sumber persekutuan dan negeri akan terbuka kepada salah guna kepartian. Laporan berkenaan salah guna oleh kerajaan negeri sementara dan kenyataan ini sekaligus memperkukuh persoalan ini.

Bersih yakin bahawa sebarang pilihan bermaklumat oleh pengundi Sarawak yang menatijahkan sebarang pembentukan kerajaan dengan majoriti gabungan atau parti di dewan undangan negeri adalah pilihan yang betul.

Tindakan perdana menteri yang pilih kasih adalah sangat tidak bermaruah dan berat sebelah. Malaysia adalah sebuah persekutuan dan kerajaan persekutuan perlu melayan semua kerajaan negeri dengan adil dan saksama tanpa mengira kecenderungan parti.

Sekiranya pengundi Sarawak ditekan untuk mengundi pihak yang sesuai dengan selera politik kerajaan persekutuan, ia menunjukkan Sarawak belum mencapai kemerdekaan sepenuhnya melalui Malaysia, sebagaimana dijanjikan dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

READ MORE:  Activists call mega-project on India's Great Nicobar Island ecocide

Tambahan lagi, sekiranya keputusan pengundi Sarawak tidak dihormati oleh kerajaan persekutuan, maka sebagaimana hak demokrasi mereka, Sarawak boleh menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dalam pilihan raya umum akan datang. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x