Home Coalitions Clean and Fair Elections Sediakan akses pengundian lebih baik kepada pengundi luar negara dan luar kawasan...

Sediakan akses pengundian lebih baik kepada pengundi luar negara dan luar kawasan (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Bersih dan Global Bersih menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Belgium, yang menegaskan bahawa rakyat Malaysia di luar negara mesti mempunyai hak mengundi yang setara dengan pengundi di dalam negara.

Perkara ini amat mustahak dalam memperkukuhkan demokrasi di Malaysia dan memastikan semua rakyat, tanpa mengira lokasi, dapat menyumbang kepada proses pilihan raya negara.

Hal ini selari dengan pendirian sebelum ini yang mahukan akses pengundian direformasikan agar tiada rakyat yang tertinggal dalam proses demokrasi untuk memilih tampuk kepimpinan negara.

Justeru, kami ingin sekali lagi mengemukakan cadangan untuk menambahbaik akses dan keberkesanan pengundian bagi pengundi luar negara dan pengundi luar kawasan:

  1. Muat turun kertas undi pos melalui MySPR

Salah satu cabaran utama bagi pengundi luar negara adalah jangka masa yang pendek yang menghalang kertas undi dihantar kepada pengundi luar negara dan dikembalikan sebelum pusat pengundian ditutup pada hari pengundian.

Bagi mengatasi cabaran ini sekali gus mempercepatkan proses undi pos luar negara, kami mengesyorkan supaya sebuah sistem hibrid diperkenalkan yang menggabungkan aspek dalam dan luar talian.

Kami mencadangkan supaya pengundi luar negara dibenarkan memuat turun kertas undi mereka secara terus melalui sistem MySPR dengan mekanisme pengesahan keselamatan yang tinggi.

Langkah ini akan mengurangkan masa penghantaran serta memastikan pengundi dapat menerima dan mengembalikan kertas undi mereka dengan lebih pantas.

Selain kaedah tradisional menelan kos yang amat tinggi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia juga membuka ruang kesilapan manusia kerana pengurusan kertas undi pos selama ini dilakukan secara manual.

Untuk cadangan terperinci, sila rujuk di sini.

  1. Pendaftaran undi pos dibuka minimum enam bulan sebelum pilihan raya

Global Bersih dan Bersih telah lama menyuarakan keperluan untuk membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mendaftar sebagai pengundi pos lebih awal sebelum pilihan raya.

Justeru, kami mencadangkan tempoh pendaftaran dibuka sekurang-kurangnya enam bulan sebelum pilihan raya untuk memberi masa yang mencukupi bagi proses pendaftaran sebagai pengundi pos terutama pengundi luar negara.

Sekiranya terdapat pilihan raya mengejut (snap elections) atau kekosongan luar jangka, maka pendaftaran perlu dibuka sejurus selepas pembubaran atau kekosongan tersebut diumumkan.

Langkah ini bertujuan untuk memberi masa yang cukup demi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia di luar negara dapat melaksanakan hak mengundi mereka dengan berkesan.

  1. Tingkatkan akses pengundian untuk pengundi luar kawasan dan luar negeri

Kami menggesa agar akses pengundian domestik dipermudah bagi pengundi yang tinggal di luar kawasan atau negeri asal mereka, seperti pengundi dari Sabah dan Sarawak yang tinggal untuk belajar atau bekerja di semenanjung, dan sebaliknya.

SPR boleh membuka pusat pengundian awal mega (advanced voting centres) di setiap negeri bagi memudahkan pengundi Sabah dan Sarawak mengundi di pusat tersebut.

Hak dan akses mengundi bukan sahaja untuk mereka yang mampu membeli tiket penerbangan yang biasanya melambung tinggi menjelang pilihan raya.

  1. Tempoh berkempen minimum 21 hari

Tempoh minimum 21-25 hari diperlukan untuk memastikan kertas undi dari seluruh dunia mempunyai masa yang mencukupi untuk sampai ke Malaysia sebelum hari pengundian.

Ia memberikan ruang masa yang lebih baik untuk pengundi luar negara mengembalikan kertas undi mereka tanpa kebimbangan terhadap kelewatan logistik.

Bersih dan Global Bersih beriltizam untuk memastikan setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira lokasi geografi, dapat melaksanakan hak demokratik mereka dengan mudah dan adil.

Pihak kerajaan dan SPR perlu meneliti dan melaksanakan cadangan-cadangan ini demi menaiktaraf sistem pilihan raya di Malaysia. – Bersih/Global Bersih

English version

Provide better voting access for overseas and out-of-region voters

Bersih and Global Bersih welcome the statement by Prime Minister Anwar Ibrahim in Belgium, emphasising that Malaysians abroad must have voting rights equal to those in the country.

This is crucial for strengthening democracy in Malaysia and ensuring that all citizens, regardless of location, can contribute to the nation’s electoral process.

This aligns with previous calls for reforms to voting access so that no citizen is left out of the democratic process to elect the nation’s leadership.

We reiterate our recommendations to improve access and the effectiveness of voting for overseas and out-of-region voters:

  1. Downloading postal ballots via MySPR

One of the main challenges faced by overseas voters is the short timeframe provided for the delivery and return of postal ballots before the polling booth closes on voting day.

To address this issue and expedite overseas postal voting, we propose a hybrid system that combines online and offline aspects. We recommend that overseas voters be allowed to download their ballots directly through the MySPR system, with robust security verification mechanisms.

This step will reduce delivery times and ensure voters can receive and return their ballots faster. Besides the traditional methods being extremely costly for the Electoral Commission, it also leaves room for human error as postal ballot management is currently done manually.

For detailed recommendations, please refer here.

  1. Open postal voting registration at least six months before elections

Global Bersih and Bersih have long called for the need to allow Malaysians overseas to register as postal voters well in advance of elections.

Therefore, we propose that the registration period be opened at least six months before elections to allow sufficient time for the registration process and the delivery of ballots.

In the event of snap elections or unexpected vacancies, registration must be opened immediately after the dissolution or announcement of the vacancy.

This measure aims to reduce the time pressure and ensure more Malaysians abroad can exercise their right to vote effectively.

  1. Improve voting access for out-of-region and out-of-state voters

We urge that domestic voting access be facilitated for voters living outside their constituencies or states, such as voters from Sabah and Sarawak residing in the peninsula for work or study, and vice versa.

The Electoral Commission could open mega-advanced voting centres in every state to enable voters from Sabah and Sarawak to cast their votes at these centres.

Voting rights and access should not be limited to those who can afford the typically inflated flight ticket prices during election periods.

  1. 21-day minimum campaign period

A minimum campaign period of 21-25 days is necessary to ensure ballots from all over the world have enough time to reach Malaysia before election day.

This would provides overseas voters with sufficient time to return their ballots without concerns about logistical delays.

Bersih and Global Bersih are committed to ensuring that every Malaysian, regardless of geographic location, can exercise their democratic right easily and fairly.

The government and the Electoral Commission must examine and implement these recommendations to enhance Malaysia’s electoral system. – Bersih/Global Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x