Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menasihatkan Perdana Menteri Najib Razak untuk segera bercuti daripada menjalankan tugas-tugas kerajaan dengan serta merta.
Bertepatan dengan tuntutan Bersih 2.0 dua hari lalu, laporan media telah mendedahkan bahawa tiga daripada enam akaun yang dibekukan oleh pasukan petugas khas dalam siasatan pemindahan dana 1MDB sejumlah RM2.6bn adalah dimiliki oleh Perdana Menteri.
Pucuk dicita, ulam mendatang, akhbar The Wall Street Journal pula turut mendedahkan sembilan muka surat dokumen aliran wang tersebut ke akaun Najib.
Namun aneh sekali, akaun yang dibekukan itu pula adalah tidak sama dengan akaun yang didedahkan oleh laporan Wall Street Journal. Amat mengejutkan sekali bagaimana ini boleh terjadi. Adakah akaun-akaun yang dibekukan benar-benar milik Perdana Menteri? Berapa banyak akaun peribadi dimiliki oleh Perdana Menteri di bank-bank yang disebutkan?
Bersih 2.0 menegaskan bahawa adalah tidak wajar bagi beliau untuk terus mengetuai kerajaan setelah pendedahan demi pendedahan dibuat terhadap kredibiliti dan integritinya sebagai Perdana Menteri, dan juga lebih tidak wajar untuk beliau terus bertugas di saat siasatan sedang dilakukan terhadapnya.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kebimbangan kami terhadap persoalan-persoalan dalam skandal kewangan ini adalah berdasarkan dakwaan bahawa dana terkait 1MDB ini digunakan untuk ‘membeli’ Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.
Justeru Bersih 2.0 meminta Najib Razak untuk segera bercuti dan mengosongkan jawatan Menteri Kewangan supaya siasatan dapat dijalankan secara bebas dan berkredibiliti.
Jika beliau enggan berbuat demikian, Bersih 2.0 amat yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia telah bersedia untuk mengiringi beliau dan keluarganya keluar.
Menjelang ulangtahun keempat Bersih 2.0 esok 9 Julai, kami terus mengulangi tuntutan supaya penambahbaikan institusi dijalankan bagi menghentikan korupsi politik daripada terus berulang; dengan:
- pertama, menjamin pilihanraya yang berjalan secara adil bagi memastikan ahli politik korup boleh ditewaskan;
- kedua, menghentikan pemusatan kuasa daripada tangan-tangan eksekutif; dan
- ketiga, memelihara hak untuk berbeza pandangan politik.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0,
yang terdiri daripada:
Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme