Home Coalitions Clean and Fair Elections Selepas 100 hari, Bersih gesa kerajaan laksanakan lebih banyak reformasi institusi (Malay/English)

Selepas 100 hari, Bersih gesa kerajaan laksanakan lebih banyak reformasi institusi (Malay/English)

Anwar Ibrahim with other coalition leaders in his 'unity government' - AFIQ HAMBALI/PRIME MINISTER'S OFFICE

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengucapkan tahniah kepada “kerajaan perpaduan” di atas beberapa reformasi institusi yang dimulakan dalam tempoh 100 hari pemerintahan dan menggesa lebih banyak perkara yang dijanjikan oleh gabungan dan parti-parti dalam kerajaan untuk dilaksanakan.

Sorakan kami

Kami mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul dan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman di atas inisiatif atau langkah yang diambil berkaitan Parlimen dan Jabatan Peguam Negara seperti berikut:

  • Masa Soalan Perdana Menteri di Dewan Rakyat
  • Peningkatan bilangan usul daripada dua ke empat di dalam kamar khas
  • Permulaan perbincangan antara menteri undang-undang dan reformasi institusi dan peguam cara negara berkaitan pemisahan pejabat pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara serta penubuhan suruhanjaya undang-undang yang bebas

Kekecewaan kami

Walau bagaimanapun, kami kesal bahawa kerajaan telah melepaskan beberapa peluang untuk melaksanakan reformasi yang mudah:

  • Meneruskan peruntukan pembangunan kawasan kepada ahli parlimen pembangkang (93% ahli pembangkang diberikan peruntukan pada 2022) walaupun dijanjikan dalam kedua-dua manifesto Pakatan Harapan dan Barisan Nasional
  • Tidak ada pemantauan parlimen dan telus dalam pelantikan pegawai awam utama termasuklah peguam negara, ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Tidak ada pembentangan rang undang-undang pindaan perlembagaan bagi menghadkan penggal perdana menteri kepada 10 tahun, yang merupakan kandungan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan PH yang belum terlaksana
  • Tidak ada pembentangan rang undang-undang pembiayaan politik walaupun perkara ini telah diusahakan oleh empat kerajaan yang berturut-turut
  • Tidak ada pembentangan rang undang-undang perkhidmatan parlimen walaupun usaha ini dimulakan sejak daripada mantan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ariff Yusof. Ini juga satu janji dalam MoU kerajaan Ismail Sabri dan PH yang tidak dilaksanakan
  • Tiada pemansuhan atau penyemakan semula oleh jawatankuasa parlimen bagi Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, Akta Cetakan dan Penerbitan 1984, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
  • Tiada pembentukan jawatankuasa parlimen lebih daripada dua bulan selepas Parlimen ke-15 mengangkat sumpah
READ MORE:  PM perlu libatkan jawatankuasa pilihan khas dalam pelantikan ahli SPR daripada Sabah (Malay/English)

Gesaan kami bagi 100 hari mendatang

Kami menggesa kerajaan dan Parlimen mengambil ikhtiar untuk melaksanakan tiga reformasi berikut dalam 100 hari akan datang, yang mungkin memerlukan sidang Dewan Rakyat dipanjangkan daripada yang sedang dijadualkan:

  • Pembentukan jawatankuasa pilihan khas parlimen dan dan jawatankuasa tetap parlimen termasuklah satu jawatankuasa untuk pilihan raya dan demokrasi berbilang parti
  • Akta parlimen untuk memperuntukkan peruntukan pembangunan kawasan yang saksama kepada semua ahli parlimen
  • Pengiktirafan dan pemerkasaan kabinet bayangan Perikatan Nasional dengan elaun, pegawai penyelidik dan akses maklumat

Gesaan kami dalam tempoh satu tahun

Kami menggesa kerajaan dan Parlimen untuk mengambil ikhtiar melaksanakan tujuh reformasi berikut sebelum 24 November 2023, yang mungkin memerlukan sidang Dewan Rakyat dipanjangkan daripada yang sedang dijadualkan:

  • Penggubalan akta perkhidmatan parlimen
  • Penggubalan akta pembiayaan politik
  • Penggubalan terhadap pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya
  • Pindaan perlembagaan bagi menghadkan tempoh pemegangan jawatan perdana menteri kepada 10 tahun
  • Pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya
  • Pemantauan parlimen dan ketelusan dalam pelantikan pegawai awam utama
  • Semakan semula oleh jawatankuasa parlimen Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, Akta Cetakan dan Penerbitan 1984, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012

Bersih akan terus berbincang dengan kerajaan, Parlimen dan pihak berkepentingan yang lain untuk mendesak reformasi yang dijanjikan, serta akan terus memantau dan menyemak imbang perkembangan kemajuannya. – Bersih

English version

After 100 days, Bersih urges the government to introduce more institutional reforms

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) congratulates the “unity government” over some of the institutional reforms carried out in its first 100 days and calls for more in line with the promises by the respective coalitions and parties in the government.

READ MORE:  Jalin perjanjian damai antara parti selepas pilihan raya demi kestabilan politik (Malay/English)

Our cheers

We congratulate the House of Representatives Speaker Johari Abdul and Law and Institutional Reforms Minister Azalina Othman for the following initiatives or steps related to Parliament and the Attorney General’s Chambers.

  • The Prime Minister’s Question time at the House of Representatives
  • The increase of the number of motions, from two to four, in the special chamber
  • The initial discussion between the law and institutional reforms minister and the solicitor general on the separation of the public prosecutor’s office from the Attorney General’s Chambers and the setting up of an independent law commission

Our disappointments

However, we regret that the government has missed opportunities to deliver other low-lying fruit:

  • Continuing the allocation of constituency development funds to opposition MPs (93% of the Opposition MPs were covered in 2022) despite being promised in both the manifestos of Pakatan Harapan and Barisan Nasional
  • No transparency and parliamentary oversight in the appointment of key public officers, including the attorney general, members of the Election Commission and the Public Services Commission
  • No tabling of the constitutional amendment bill to effect the 10-year tenure limit for the prime minister, an unfulfilled promise of the Memorandum of Understanding (MoU) between the Ismail Sabri Yaakob government and PH
  • No tabling of the political financing bill even though this has been worked on by four consecutive governments
  • No tabling of the parliamentary services bill despite work beginning since the tenure of former House of Representatives Speaker Ariff Yusof and another unfulfilled promise of the MoU between the Ismail Sabri government and PH
  • No repeal or review by parliamentary committee of the Sedition Act 1948, the Official Secrets Act 1972, the Communications and Multimedia Act 1998, the Printing Presses and Publications Act 1984, the Universities and University Colleges Act 1971 and the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma)
  • No setting up of parliamentary committees more than two months after the 15th Parliament was sworn in
READ MORE:  Perjanjian damai semua parti untuk laksanakan reformasi (Malay/English)

Our calls for the next 100 days

We urge the government and Parliament to take efforts to deliver the following three reforms in the next 100 days, which may require the House of Representatives to have more sitting days than what are currently scheduled.

  • Setting up of parliamentary special select committees and parliamentary permanent select committees, including one on elections and multi-party democracy
  • A parliamentary act to provide for equitable constituency development funds for all parliamentarians
  • Recognition and empowerment of Perikatan Nasional’s shadow cabinet with allowances, research officers and information access

Our calls within one year

We urge the government and Parliament to take efforts to deliver the following seven reforms before 24 November 2023, which may require House of Representatives to have more sitting days than what are currently scheduled.

  • Enactment of a parliamentary services act
  • Enactment of a political financing act
  • Enactment of an amendment to the Election Offences Act
  • A constitutional amendment to effect a 10-year tenure limit for the prime minister
  • Separation of the role of the attorney general and the public prosecutor
  • Transparency and parliamentary oversight in the appointment of key public officers
  • A review by parliamentary committee of the Sedition Act 1948, the Official Secrets Act 1972, the Communications and Multimedia Act 1998, the Printing Press and Publications Act 1984, the Universities and University Colleges Act 1971 and the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma)

Bersih will continue to engage with the government, Parliament and relevant stakeholders to advocate for these reforms, as well as to monitor and provide checks and balances on the progress. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x