![Shahrul Aman Mohd Saari](https://m.aliran.com/wp-content/uploads/2018/03/Shahrul-Aman-Mohd-Saari.jpg)
Pada tarikh 4 mac 2018, Maria Chin Abdullah memberitahu kepada kami mengenai perletakan jawatan beliau sebagai pengerusi. Selepas perbincangan, jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 menerima perletakan jawatan beliau. Hari terakhir beliau di pejabat adalah pada 5 Mac 2018.
Tempoh yang singkat antara permintaan beliau untuk meletak jawatan dan hari terakhirnya di pejabat adalah disebabkan keinginannya untuk mengumumkan pada minggu ini tentang pencalonannya sebagai ahli Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.
Bersih 2.0 berterima kasih kepada Maria atas sumbangan dalam perjuangan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil selama 10 tahun dan kepimpinannya sejak tahun 2013. Walaupun gangguan, ugutan kepada beliau dan keluarganya serta penahanan beliau di bawah Akta Sosma pada tahun 2015, Maria tetap kekal membawa agenda untuk reformasi institusi.
Kami dengan ini mengharapkan yang terbaik untuk Maria dalam perjalanan beliau di bidang politik, dan kami berbangga apabila beliau menyatakan bahawa beliau akan memberi tekanan melalui legislatif dan perubahan polisi, reformasi ke atas sistem pilihan raya dan juga demokrasi yang matang. Kami berharap semua calon dan parti akan memberikan komitmen yang sepatutnya.
Bersih 2.0 adalah gerakan bukan partisan yang berfokus kepada reformasi sistem pilihan raya dan membawa nilai demokratik. Bersih akan terus beroperasi seperti sebelumya, diketuai oleh jawatankuasa pemandu. Gerak kerja Maria sebelum ini akan diambil alih oleh timbalan pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami mengambil peluang ini untuk memperkukuhkan fokus kami dalam pilihan raya yang akan datang:
- Pengamalan sistem pilihan raya yang bersih dan adil
- Padang perlawanan yang rata dan adil untuk semua calon dan parti politik
- Pemantauan ketempangan pilihan raya dan manipulasi
- Liputan media yang adil kepada semua parti
- Perlindungan hak untuk mengundi dan
- Pemastian akauntabiliti SPR
Kami kesal kerana belum menerima apa-apa respon daripada Suruhanjaya Pilihan Raya berkaitan pemantauan pilihan raya antarabangsa yang bebas, persempadanan semula yang tidak adil, pembersihan pengundian dan pemansuhan undi pos.
Walaupun setelah berkali-kali panggilan reformasi dibuat ke atas SPR, pihak SPR tetap tidak mengendahkan Bersih 2.0 dan terus menerus memandang enteng integriti proses pilihan raya. Kami telah berulang kali memprotes cara SPR menggunakan strategi kotor dalam proses pengundian, gerrymandering dan pembahagian tidak serata untuk memastikan siapa yang akan memenangi setiap kerusi.
Walaubagaimanapun, analisis kami menunjukkan peratusan keluar mengundi akan mengalahkan penipuan SPR.
Walaupun Maria mengundurkan diri, tiada perubahan dalam Bersih 2.0. Bersih 2.0 akan terus memenangi perjuangan menuntut pilihan raya yang adil, dan Bersih dalam memfokuskan pilihan raya umum akan datang, terutamanya berkenaan kempen Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan, yang mempromosikan reformasi institusi dan kepentingan turun mengundi.
Inisiatif Pemantau (pemantau.org) mengajak seluruh rakyat untuk menjadi pemantau pilihan raya yang bebas dan melaporkan penipuan dan kesalahan dalam pilihan raya di kawasan masing-masing.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
BERSIHkan kerajaan kleptocracy!
Well done. Bersih must go on