Home Coalitions Clean and Fair Elections Sharul Aman – Perginya seorang pejuang rakyat yang ikhlas dan berani

Sharul Aman – Perginya seorang pejuang rakyat yang ikhlas dan berani

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendapat perkhabaran duka pemergian mantan pemangku pengerusi Bersih (2018), saudara Shahrul Aman Mohd Saari yang baru sahaja meninggal dunia pada pukul 4.25 pagi tadi akibat barah setelah hampir setahun bertarung melawan sakit itu.

Beliau telah meninggal di pangkuan keluarga di Institut Kanser Negara (IKN).

Shahrul adalah seorang yang ikhlas, merendah diri dan konsisten dalam perjuangan menuntut pilihan raya bersih dan adil, serta menginginkan negara yang adil dan makmur untuk semua.

Sifat konsisten dan keberanian beliau terserlah apabila tanpa ragu mengambil kemudi demonstrasi Bersih 5 pada 2016 selepas Maria Chin, pengerusi Bersih dan Mandeep Singh, pengurus Bersih ketika itu, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Maria dan Mandeep ditahan hanya sehari sebelum perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November 2016.

Pada 2017, Shahrul menjadi pemangku pengerusi Bersih apabila Maria mengambil keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya umum 2018.

Shahrul mengemudi Bersih di fasa-fasa kritikal ketika suara dan gerakan rakyat memuncak bagi menghadapi pilihan raya umum 2018, yang dianggap bersejarah.

Bersih, di bawah kepimpinan Shahrul dan rakan-rakan gerakan masyarakat sivil yang lain, memainkan peranan yang penting dalam memantau pilihan raya supaya pilihan raya berlaku dengan lebih adil dan bersih.

Kegigihan dan keberanian Shahrul untuk demokrasi dan pilihan raya yang lebih baik menyalakan obor menyinari langkah-langkah kita untuk bergerak ke hadapan sebagai rakyat yang cintakan negara.

Perjuangan menuntut reformasi dan demokrasi tetap akan diteruskan.

Seluruh keluarga Bersih mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Shahrul Aman. Semoga Shahrul ditempatkan dalam kalangan mereka yang baik dan budiman.

READ MORE:  Bersih gesa kerajaan dan pembangkang memperbaiki prestasi

Al-fatihah. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x