[ENGLISH VERSION BELOW] Untuk merespon kenyataan Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menegaskan bahawa siapa pun yang menjadi PM dan parti apa pun yang menjadi kerajaan, Malaysia sangat perlukan pakej kestabilan untuk membaiki politik kepartian.
Sama ada Anwar yang muncul juara atau Muhyiddin Yassin yang kekal bertahan dengan rampasan semula kuasa, perdana menteri bertanggungjawab untuk menghentikan pertukaran kerajaan disebabkan lompat parti oleh wakil rakyat yang dipilih.
Malah pilihan raya mengejut sekalipun tidak akan mengembalikan kestabilan sekiranya parlimen tergantung menjadi kelaziman baharu dalam politik Malaysia.
Bagi mengembalikan kestabilan politik, kerajaan mesti diberikan peluang untuk mentadbir dan pembangkang mesti diberi ruang untuk meneliti serta bersaing dengan kerajaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Perkara ini perlukan pakej kestabilan yang harus mengandungi sekurang-kurangnya empat langkah segera untuk dilaksanakan dalam enam bulan berikutnya:
- Pengenalan pilihan raya pecat wakil rakyat di peringkat persekutuan dan negeri bagi membenarkan pengundi di sesuatu kawasan pilihan raya peluang untuk memecat atau mengekalkan wakil rakyat mereka yang melompat parti. Sekiranya mereka memecat wakil rakyat tersebut maka pilihan raya pecat akan berjalan
- Reformasi parlimen untuk memberi laluan kepada pembangkang dan ahli bangku belakang kerajaan memainkan peranan yang lebih bermakna dalam memeriksa kerajaan serta mencadangkan alternatif, agar mereka tidak terngiur menjadi menteri atau timbalan dengan apa cara sekalipun
- Reformasi pendanaan politik yang:
- Memastikan semua penggubal undang-undang mendapat peruntukan kawasan yang saksama tanpa mengenal kecenderungan politik atau gabungan politik
- Menyediakan dana awam kepada parti politik berdasarkan jumlah undi dalam pilihan raya
- Melarang penyalahgunaan badan berkanun dan jawatan syarikat berkaitan kerajaan untuk mempengaruhi pengkhianatan ahli parlimen atau memberi hadiah kepada penyokong kerajaan
- Menubuhkan pejabat pendakwaraya yang berasingan daripada Pejabat Peguam Negara untuk menamatkan pendakwaan terpilih dan imuniti daripada didakwa
Pakej kestabilan ini juga perlu mengandungi dua langkah jangka-sederhana untuk disempurnakan sebelum berakhirnya Parlimen ke-14:
- Suruhanjaya siasatan diraja untuk mengkaji bagaimana pengukuhan, pendemokrasian dan pemprofesionalan parti politik, dengan skop yang perlu dicakupi adalah sistem pilihan raya, mekanisme pemilihan calon untuk parti-parti dan aspek lain bagi demokrasi intra-parti
- Suruhanjaya siasatan diraja untuk mengkaji penjajaran semula sistem persekutuan kita bagi memastikan janji dalam Perjanjian Malaysia ditepati serta pengagihan kuasa di antara tiga peringkat kerajaan: persekutuan, negeri/wilayah persekutuan, daerah di Malaysia Barat dan Malaysia Timur
Pakej reformasi yang pragmatik ini pada awalnya dimulakan oleh Bersih 2.0, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Gabungan Bertindak Malaysia pada 10 Jun 2020.
Sebagaimana yang dinyatakan di atas, pilihan raya mengejut tidak akan menjamin kestabilan. Bersih 2.0 sekali lagi ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa ancaman peningkatan Covid-19 adalah sangat nyata dan mengadakan pilihan raya umum akan meningkatkan ancaman ini.
Kami juga mempertimbangkan bahawa pilihan raya sebelum Julai tahun hadapan akan menafikan hampir lapan juta pengundi baru termasuklah empat juta pengundi muda antara 18-21 tahun. Mereka hanya dapat berada dalam senarai daftar pemilih sekiranya pendaftaran automatik dilaksanakan kelak.
Disebabkan manfaat yang sangat kabur berbanding kos yang bakal ditanggung sekiranya pilihan raya umum mengejut dibuat, Bersih 2.0 menggesa perdana menteri untuk mendapatkan persetujuan antara parti-parti bagi melaksanakan pakej kestabilan yang kami nyatakan di atas.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
English version
Whoever the PM is, Malaysia needs a ‘stability package’ to fix party politics
In response to Anwar Ibrahim’s claim that he has got a parliamentary majority to form a new government, the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) stresses that whoever the PM is and whichever parties form the government, Malaysia badly needs a “stability package” to fix party politics.
Whether if it is Anwar who emerges victoriously or Muhyiddin Yassin who survives the counter coup, the prime minister is duty-bound to put a stop to constant changes of government due to “party-hopping” by elected representatives.
Even a snap poll is unlikely to restore stability since a hung parliament will very likely be a new normal in Malaysian politics.
To restore political stability, the government must be given the space to govern and the opposition must be given the room to scrutinise and compete with the government.
This requires a “stability package” which must contain at least four immediate steps within the next six months:
- Introduction of recall elections at both the federal and state levels to allow a constituency’s voters the opportunity to either sack or affirm their elected representative who party-hopped. If their representative is sacked, a by-election will be held
- Parliamentary reform to allow opposition lawmakers and government backbenchers meaningful roles in scrutinising government and offering alternatives, so they do not crave to be ministers or deputy ministers at all costs
- Political funding reform which:
- Guarantees all lawmakers equal constituency allocations regardless of their party/coalition affiliations
- Provides public funding for parties based on their vote share
- Prohibits abuse of statutory bodies and government-linked companies to induce defection of lawmakers or reward government supporters.
- Creating an independent office for public prosecution from the Attorney-General’s Chambers to end selective prosecution or immunity from prosecution.
The “stability package” should also includes two medium-term measures to be completed before the end of the 14th Parliament:
- A royal commission of inquiry to study how political parties can be strengthened, democratised and professionalised, the scope of which should cover electoral system change, candidacy selection mechanism for parties, and other aspects of intra-party democracy
- A royal commission of inquiry to study a reconfiguration of our federal system to ensure not just the full materialisation of the promises in the Malaysia Agreement 1963 (MA63) but also a rational redistribution of power between the three tiers of governments: federal, state/federal territory, and municipalities/districts in West Malaysia and divisions in East Malaysia
This pragmatic reform package has been initially advocated by Bersih 2.0, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) and Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) on 10 June 2020.
As stated above, a snap poll is unlikely to ensure stability. Bersih 2.0 further reminds Malaysians that the threat of a Covid-19 resurgence is very real and holding a general election now could reinforce this threat.
We should also consider that a snap poll before next July will unnecessarily exclude almost eight million new voters – including four million young voters between the ages of 18 and 21. They can only enter the electoral roll when automatic voter registration is implemented.
Given the dubious benefits of a snap poll against its obvious costs, Bersih 2.0 calls upon the prime minister of the day to boldly seek inter-party consensus to implement the “stability package”.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme