[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bimbang dengan keputusan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan sidang parlimen Dewan Rakyat yang seterusnya cuma sehari pada 18 Mei ini.
Kemungkinan justifikasi yang diberikan bagi tindakan ini adalah untuk mengekalkan penjarakan sosial disebabkan oleh wabak Covid-19.
Namun demikian kami ingin menegaskan bahawa keutamaan Parlimen untuk yang menjadi semak dan imbang kepada cabang eksekutif tidak boleh dikesampingkan, terutamanya bagi memastikan agenda penting untuk membahas dan meluluskan perundangan dan belanjawan utama yang berkaitan dengan kesan Covid-19 dapat dijalankan oleh Parlimen.
Dengan perlonggaran perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan PN yang mengizinkan perniagaan di seluruh negara untuk memulakan operasi pada 4 Mei, walaupun dengan syarat yang ketat, adalah tidak masuk akal untuk kerajaan PN mengelak untuk mengadakan sidang Parlimen sebagaimana biasa atau paling singkat selama dua minggu, terutamanya dengan pilihan yang ada untuk mengekalkan penjarakan sosial.
Salah satu kaedah adalah untuk mengadakan sidang secara maya dengan ahli-ahli parlimen dapat berhubung antara satu sama lain daripada rumah ada ruangan lain termasuk di dalam parlimen.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Parlimen UK telah membenarkan ahli-ahli parlimen untuk mengemukakan soalan (termasuk kepada PM), soalan segera dan mendapatkan kenyataan menteri melalui pautan video. Hanya maksimum 50 orang ahli-ahli parlimen dibenarkan memasuki dewan pada satu masa bagi mematuhi garis panduan penjarakan sosial.
Berbanding dewan rakyat di UK, Dewan Rakyat kita adalah lebih luas. Kesemua 222 ahli-ahli parlimen sepatutnya dapat bersidang di dewan dengan mematuhi garis panduan penjarakan pada 18 Mei ini.
Sejak kali terakhir parlimen bersidang pada 5 Disember 2019, kita telah menyaksikan perubahan dalam kerajaan dengan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan(PH) dan terbentuknya kerajaan PN di bawah Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.
Di bawah Perkara 55(1)(2) Perlembagaan Persekutuan, sekiranya Parlimen tidak bersidang dalam masa enam bulan daripada sesi terakhirnya, Yang di-Pertuan Agong perlu membubarkan Parlimen.
Adalah jelas bahawa tujuan mengadakan sidang parlimen hanya dua minggu sebelum tarikh akhir pembubaran hanyalah untuk mengelakkan pembubaran secara automatik.
Bersih 2.0 menggesa kerajaan PN di bawah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mendukung keutamaan Parlimen dengan mengadakan sidang parlimen yang lebih substantif bagi membahaskan langkah-langkah segera untuk menangani wabak Covid-19.
Sesi ini dapat dijalankan dengan memanfaatkan aplikasi sidang video seperti Zoom, Microsoft Teams, Cisco Web Meetings dan Google Meet untuk memastikan MP dapat mengambil bahagian daripada jarak jauh serta selamat dari rumah atau bahkan daripada ruangan lain di bangunan Parlimen.
Tidak dapat dinafikan apabila mengadakan sidang parlimen secara maya akan ada isu perundangan bagi penyertaan jarak jauh, keselamatan penggunaan aplikasi dan keaslian apabila pengundian dilakukan.
Namun kami percaya bahawa cabaran ini bukanlah tidak dapat diatasi oleh pakar teknologi dan pakar perundangan kita sekiranya ada kemahuan politik untuk mengangkat demokrasi berparlimen.
Justeru ini membangkitkan persoalan sekiranya kerajaan Muhyiddin mempunyai kemahuan politik untuk berhadapan dengan rakan separlimen atau beliau akan terus bersembunyi disebalik alasan virus Covid-19?
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
English version
Upholding parliamentary democracy: Parliament sitting is not only possible
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) is deeply concerned with the decision of the Perikatan Nasional (PN) government to convene the next sitting of the Dewan Rakyat for just one day on 18 May.
Presumably, the justification for such an unprecedented move is the need to maintain social distancing amid the Covid-19 virus pandemic.
But it is our assertion that the primacy of Parliament as a way of providing checks and balances on the executive must not be sidelined, especially during this period to ensure that the important agenda of debating and approving key legislation and budgets related to the impact of the Covid-19 can be carried out.
With the easing of the movement control order by the PN government to allow most businesses in the country to begin operations from 4 May, albeit with strict conditions, it is untenable and illogical for the PN government to avoid holding Parliament sittings as normal or at the very least for two weeks, especially when there are options available to maintain social distancing.
One such option is to hold virtual sittings where members of Parliament can connect remotely from their home or in another room within Parliament itself.
The UK parliament has already allowed MPs to participate in questions (including questions to the prime minister), urgent questions and ministerial statements via video link. A maximum of 50 MPs is allowed into their chamber at any one time to comply with social distancing guidelines.
It should be noted that compared to the UK House of Commons Chamber, our Dewan Rakyat is extremely spacious. The fact that all 222 MPs could be seated in the hall in compliance with social distancing guidelines on 18 May testifies to this.
Since Parliament last met on December 2019, we have witnessed a change in government with the collapse of the Pakatan Harapan (PH) government and the formation of the PN government under Muhyiddin Yassin as the eighth Prime Minister.
Under Article 55(1)(2) of the Federal Constitution, unless Parliament sits within six months from its last session, the Yang di-Pertuan Agong has to dissolve Parliament.
It is clear that the intention of the PN government is to avoid the automatic dissolution of Parliament by holding a perfunctory sitting just two weeks before the deadline.
Bersih 2.0 calls on the PN government under Prime Minister Muhyiddin to uphold the primacy of Parliament by holding a more substantive parliamentary session to debate urgent measures to handle the impact of the Covid-19 pandemic.
This session could use online video-conferencing tools such as Zoom, Microsoft Teams, Cisco Web Meetings and Google Meet to ensure that MPs can participate remotely and safely from their homes or even from another part of Parliament House.
Without doubt, when it comes to holding to virtual parliament sittings, there are issues of the legal basis for remote participation, the security of the application used and authentication when it comes to voting.
But we believe these challenges are not beyond the capability of our technical and legal experts to overcome if there is a political will to uphold parliamentary democracy.
This raises the question, is there political will for the Muhyiddin government to face his parliamentary colleagues or will he hide behind the increasingly lame excuse of the coronavirus?
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme