Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengecam sekeras-kerasnya penangkapan aktivis rakyat dan timbalan pengerusi Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan, yang telah ditahan di ibu pejabat Polis Dang Wangi pada 20 Ogos, jam 18:00 dan hanya dilepaskan sekitar tengah malam dengan ikat jamin polis.
Penahanan ini adalah tidak sah dan jelas merupakan satu bentuk intimidasi terhadap seorang aktivis yang memperjuangkan hak pekerja ladang dan golongan terpinggir.
Sebelum ini, Arul telah memberikan kerjasama penuh dengan hadir memberi kenyataan kepada polis pada 14 Ogos berhubung insiden pergelutan yang tercetus apabila polis menghalang penyerahan memorandum mengenai skim perumahan pekerja ladang di Parlimen pada hari sebelum (13 Ogos). Beliau juga dimaklumkan bahawa siasatan telah selesai.
Namun, arahan penahanan yang dibuat selepas itu hanyalah bukti penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.
Kami menegaskan bahawa:
- Polis tidak wajar menahan seorang aktivis yang memperjuangkan isu rakyat secara aman
- Penahanan ini mesti dilihat sebagai cubaan menakut-nakutkan gerakan masyarakat sivil dan melemahkan suara rakyat
- Kami menggesa pihak polis menghentikan segera amalan intimidasi terhadap aktivis dan pembela hak rakyat.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih berdiri teguh bersama Arutchelvan dan semua rakyat yang prihatin, dan akan terus memperjuangkan supaya suara rakyat bebas daripada sekatan dan intimidasi pihak berkuasa. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme









