Kami, yang bertandatangan di bawah, menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia untuk menggugurkan kesemua tujuh pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal yang digunakan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi. Persoalannya, kenapa tindakan diambil terhadap Mejar Zaidi bilamana beliau bercakap demi kepentingan awam?
Mejar Zaidi dituduh melanggar arahan Majlis Angkatan Tentera Malaysia dengan membuat laporan polis mengenai ketidak-kekalan dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13. Tiga daripada tujuh pertuduhan yang dikenakan adalah kerana beliau membuat kenyataan media tanpa kebenaran pihak atasan tentera dan menghantar dua SMS lanjutan yang “berbau politik”.
Jika Mejar Zaidi didapati bersalah, beliau berkemungkinan akan kehilangan hak pencen dan faedah-faedah lain. Ini merupakan ketidak-adilan yang tidak boleh diterima bila kita bercakap soal demokrasi. Mejar Zaidi sebenarnya seorang wira. Jika kesemua rakyat Malaysia seperti Mejar Zaidi, yakni berani menyuarakan yang hak, benar dan adil, pastinya sistem pentadbiran negara kurang kepincangannya.
Perkara 114 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa SPR harus mendapatkan keyakinan dan kepercayaan umum. Namun, belum ada sebarang tindakan diambil terhadap SPR yang secara jelas berpihak, dan kegagalan mereka dalam pengendalian dakwat kekal. Sebaliknya, seorang rakyat Malaysia yang berprinsip dan berani pula yang dihadapkan ke mahkamah.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami mengajak semua orang awam yang prihatin mengenai isu pilihan raya yang bebas dan adil untuk memberikan sokongan kepada Mejar Zaidi dengan menghadiri perbicaraan beliau pada 8-10 April 2014, Mahkamah Tentera Pengkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Kami juga menuntut Majlis Angkatan Tentera Malaysia menggugurkan kesemua tujuh pertuduhan terhadap Mejar Zaidi yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal.
Solidariti semua amatlah dihargai.
Kenyataan bersama ini dianjurkan oleh Bersih 2.0 dan ditandatangani oleh:
- Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
- All Women’s Action Society (Awam)
- Association of Women Lawyers (AWL)
- Bersih Sibu
- Bersihkan Malaysia Perth
- Centre for Independent Journalism (CIJ)
- Centre for Orang Asli Concerns (COAC)
- Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4)
- Civil Rights Committee of KLSCAH
- Coalition Of Kelantan NGOs
- Damn the Dams
- Engage
- Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun)
- Global Bersih
- Himpunan Hijau
- Johor Yellow Flame
- Kelab Bangsar Utama
- KL and Selangor Chinese Assembly Hall – Youth Section (KLSCAH Youth)
- LLG Cultural Development Centre
- Malaysia Youth & Students Democratic Movement (Dema)
- Malaysian Election Observation Network (Meonet)
- Malaysians for Beng Hock
- Northern Green Youth
- Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
- Parti Sosialis Malaysia (PSM)
- People’s Green Coalition
- Persatuan Alumni PBTUSM KL dan Selangor
- Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
- Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur (Prihatin)
- Persatuan Sahabat Wanita, Selangor (PSWS)
- Pusat Komas
- Pusat Latihan Orang Asal Sarawak (Panggau)
- Research for Social Advancement (Refsa)
- Rumah Anak Teater
- Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
- Sembang-sembang Forum
- Sisters In Islam (Sis)
- Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
- Women’s Aid Organization (WAO)
- Writers’ Alliance for Media Independence (Wami)
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme