Home Coalitions Clean and Fair Elections SPR khianat mandat rakyat (Malay/English)

SPR khianat mandat rakyat (Malay/English)

Muhyiddin Yassin dan pengerusi SPR perlu mengambil tanggungjawab yang paling besar terhadap sebarang kelewatan pelaksanaan Undi18

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menangguhkan pelaksanaan Undi18 sehingga ke September 2022.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh perlu letak jawatan dengan segera untuk digantikan dengan individu lain yang lebih berintegriti dan kompeten bagi melaksanakan Undi18 dan pendaftaran automatik pada Julai 2021 seperti di dalam perancangan asal.

Keputusan SPR ini adalah satu rompakan hak 1.2 juta anak muda berumur 18-20 tahun untuk menentukan hala tuju negara di petak undi, pada pilihan raya umum akan datang atau di dalam pilihan raya kecil.

Menunggang pandemik coronavirus yang tidak ada kaitan langsung dengan kerja pelaksanaan Undi18 adalah sangat tidak masuk akal kerana sudah tentu maklumat-maklumat yang diperlukan sudah sedia wujud di pangkalan data Jabatan Pendaftaran.

Alasan disebabkan Covid-19 oleh Abdul Ghani Salleh adalah satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat dengan mencampuradukkan Undi18 dan pendaftaran automatik.

Sepatutnya pelaksanaan ini boleh dibuat pada 2019 lagi selepas pindaan perlembagan diwartakan. Undi18 hanya ditangguhkan kerana Pas ketika itu meminta agar Undi18 dan pendaftaran automatik untuk dilaksanakan sekaligus.

Sehingga 3 September 2020, lapan bulan selepas perintah kawalan pergerakan yang pertama, Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan dalam jawapannya di Parlimen kepada Lim Lip Eng (Kepong) berjanji bahawa dengan gerak kerja oleh jawatankuasa bersama SPR-Jabatan Pendaftaran, pendaftaran automatik dijangkakan untuk dilaksanakan pada Julai 2021 – sebagaimana jangkaan awal SPR, iaitu 18-24 bulan dari 25 Julai 2019 apabila pindaan ini diluluskan di Dewan Negara.

SPR perlu menjelaskan kepada rakyat apa yang telah berubah dari 3 November 2020 sehingga kelmarin dan sama ada jawatankuasa SPR-Jabatan Pendaftaran dan kontraktor mereka mengalami kegagalan dalam kerja mereka.

SPR perlu berterus terang, atau mereka akan dianggap menjadi pak turut kepada parti kerajaan, yang pemimpin kanan mereka telah menyatakan keengganan untuk melaksanakan Undi18.

Rakyat Malaysia terutama bakal pengundi muda adalah sangat kecewa dengan keputusan SPR untuk menangguhkan pelaksanaan Undi18.

Bersih 2.0 dan kumpulan masyarakat sivil yang lain tidak akan teragak-agak untuk melakukan aksi yang lebih tegas sekiranya SPR tidak mempercepatkan pelaksanaan Undi18 yang hampir tiga tahun tertangguh ini.

Bersih 2.0 juga mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk membenarkan Parlimen bersidang dengan segera supaya peraturan-peraturan pilihan raya (pendaftaran pemilih) dan undang-undang yang lain dapat dikemaskini bagi membolehkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik.

Muhyiddin Yassin dan pengerusi SPR perlu mengambil tanggungjawab yang paling besar terhadap sebarang kelewatan pelaksanaan Undi18.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Election Commission betrays people’s mandate

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) strongly condemns the Election Commission’s decision to postpone the implementation of Undi18 to September 2022.

Election Commission chairperson Abdul Ghani Salleh should immediately resign to make way for a successor who has the integrity and competence to implement the lowering of the voting age to 18 and automatic voter registration by July 2021 as planned.

The commission’s decision is a robbery of the rights of about 1.2 million Malaysians aged 18-20 to shape the direction of the country at the polls, when the next federal, state or by-election is called.

Riding on the coronavirus pandemic is absurd because it has nothing to do with the implementation of the lower voting age as the necessary information already exists in the database of the National Registration Department.

Abdul Ghani Salleh’s lame excuse of Covid-19 is a blatant lie to confuse the public by mixing the lower voting age with automatic voter registration. There is no technicality whatsoever involved in registering voters aged 18-21. It could have been implemented in 2019 after the constitutional amendment was gazetted.

The lower voting age was delayed only because Pas had demanded that the reduced age and automatic voter registration commence concurrently.

Until 3 November 2020, eight months after the commencement of the first movement control order, de facto law minister Takiyuddin Hassan, in his parliamentary reply to Lim Lip Eng MP of Kepong, still promised that with the work carried out by a joint Election Commission-Registration Department taskforce, automatic voter registration was expected to be implemented at the latest by July 2021 – within the Election Commission’s initial estimated timeline, ie 18-24 months from 25 July 2019, when the constitutional amendment was passed by the Senate.

The Election Commission must answer to all Malaysians: what has changed between 3 November 2020 and now and whether the Election Commission-Registration Department taskforce and its contractors have encountered any unexpected failure in their work.

The Election Commission needs to be upfront and transparent – or it will be considered as a yes-man to the ruling party, whose senior leaders have expressed reluctance to see the lower voting age being implemented.

Malaysians, especially young voters, are very disappointed with the Election Commission’s decision to postpone the implementation of the lower voting age.

Bersih 2.0 and other civil society organisations will not hesitate to take bolder action if the Election Commission does not speed up the implementation of the lower voting age which has been delayed for almost three years.

Bersih 2.0 also demands that Prime Minister Muhyiddin Yassin immediately allows Parliament to convene, so that election (registration of electors) regulations and other relevant legislation may be updated to enable the implementation of the lower voting age and automatic voter registration.

Muhyiddin Yassin and the Election Commission chairman must bear sole responsibility for any delay in the implementation of the lower voting age.

Bersih 2.0 steering committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
loyal malaysian
loyal malaysian
1 Apr 2021 2.35pm

“Muhyiddin Yassin and the Election Commission chairman must bear sole responsibility for any delay ..” – true Bersih 2.0!
But, so what?
They are people with zero dignity, rational rakyat will condemn them but they will not give a hoot.
It is obvious Muhyiddin is worried of his support among the Undi18 electorate.
But I think it matters not, really.
No matter what, Muhyiddin is out of Seri Perdana after GE15!!

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x