Home Coalitions Clean and Fair Elections SPR perlu ambil langkah proaktif untuk pilihan raya selamat

SPR perlu ambil langkah proaktif untuk pilihan raya selamat

Photo credit: hazuism.blogspot.com
HAZUISM.BLOGSPOT.COM

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengalu-alukan kenyataan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan tarikh bagi pilihan raya umum negeri Melaka jatuh pada 20 November 2021 dan penamaan calon pada 8 November 2021.

Kami juga mengalu-alukan keputusan SPR untuk tetap menjalankan pilihan raya dan kerajaan persekutuan yang tidak menggunakan proklamasi darurat bagi menghentikan proses demokrasi ini.

Memandangkan pilihan raya negeri ini akan dilaksanakan semasa negara masih lagi dalam situasi pandemik Covid, walaupun bilangan kes semakin menurun dan kadar vaksinasi bagi orang dewasa di Melaka melebihi 90%, namun langkah berjaga-jaga dan proaktif masih perlu diambil oleh SPR bagi memastikan pelaksanaan pilihan raya Melaka selamat serta dapat memberikan keyakinan kepada pemilih untuk turun menjalankan tanggungjawab mereka pada hari pengundian.

Pada pilihan raya Sabah yang lepas, hasil pemerhatian kami mendapati langkah-langkah yang diambil oleh SPR dengan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia perlu diteruskan seperti pemberian kad pengundi secara atas talian atau kad fizikal, disinfeksi saluran pengundian, saringan di pintu masuk pusat pengundian dan pemakaian pelitup muka serta penggunaan cecair nyahkuman.

Namun Bersih 2.0 ingin mencadangkan beberapa perkara berhubung pelaksanaan pilihan raya bagi membantu mengurangkan risiko penularan wabak Covid semasa tempoh pilihan raya:

Penamaan calon

Tempoh penamaan calon perlu dipanjangkan kepada lima hari atau seminggu untuk memudahkan calon-calon yang ingin menghantar borang pencalonan ke pejabat SPR Melaka dan memperbetulkannya jika ada kesilapan semasa mengisi borang. Pengumuman calon-calon yang berjaya juga boleh dibuat secara atas talian dan parti-parti politik tidak perlu berkumpul semasa tempoh penamaan calon.

Tempoh berkempen

SPR perlu menetapkan kaedah kempen alternatif kepada parti-parti politik dan calon-calon pilihan raya. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah dengan bekerjasama dengan RTM dan media arus perdana yang lain untuk membenarkan semua calon-calon, parti-parti politik mengemukakan tawaran manifesto mereka secara saksama.

  • SPR perlu menetapkan saiz penonton dan mengetatkan prosedur operasi standard bagi majlis-majlis ceramah umum. Sebagai contoh perlu menyediakan kerusi dan dilarang ada yang berdiri secara berkumpulan
  • Menganjurkan debat ketua menteri yang disiarkan secara langsung di semua media arus perdana. Calon-calon ketua menteri boleh mengemukakan cadangan program-program mereka semasa debat tersebut
  • SPR juga boleh menetapkan saiz papan tanda (billboard) yang dibenarkan supaya papan tanda calon-calon bebas dan parti-parti kecil dapat dilihat dan tidak ditutup oleh papan tanda parti-parti besar.
READ MORE:  Pembentangan rang undang-undang anti-lompat parti tidak boleh ditangguh lagi (Malay/English)

Hari pengundian

  • Kami mencadangkan agar SPR memanjangkan tempoh pengundian kepada tiga hari berbanding sehari seperti yang diumumkan. Untuk pilihan raya negeri kali ini, SPR hanya memanjangkan tempoh pengundian sehingga 5.30 petang dan ini tidak akan dapat mengurangkan kesesakan semasa tempoh pengundian
  • Hak mengundi adalah hak asasi dan ia tidak sepatutnya dihalang. Untuk mengurangkan risiko kepada pengundi yang telah lengkap vaksinasi, SPR boleh membuka satu laluan khas dan khemah saringan kepada mereka yang belum divaksin dengan penuh untuk mengambil ujian RTK-Antigen air liur atau calitan hidung sebelum dibenarkan masuk ke saluran pengundian

Pilihan raya Melaka akan menjadi kertas litmus terhadap pengurusan pilihan raya oleh SPR. Sekiranya formula dan pembaharuan yang dijalankan oleh SPR berjaya mencegah daripada berlakunya penularan wabak Covid dan meningkatkan kadar pengundian, ia akan menjadi bukti dan contoh kepada negara lain untuk melaksanakan pilihan raya dengan selamat, bersih dan adil. – Bersih 2.0

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x