Home Coalitions Clean and Fair Elections Tak wajar hukum pemilih yang tidak membuang undi (Malay/English)

Tak wajar hukum pemilih yang tidak membuang undi (Malay/English)

Voters from a kampung - Photograph: themalaymailonline.com

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) merujuk kepada perbahasan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan di dalam Dewan Rakyat pada 30 September yang mencadangkan agar kerajaan menghukum pemilih yang tidak turun untuk membuang undi dalam pilihan raya.

Beliau mencadangkan agar rakyat yang tidak turun mengundi dikenakan denda sebanyak RM100-200 kerana tidak menjalankan tanggungjawab kepada negara.

Walaupun cadangan tersebut berkemungkinan dibuat dengan niat untuk menggalakkan semua rakyat yang layak turun untuk mengundi dalam pilihan raya, namun Bersih 2.0 berpandangan kaedah yang dicadangkan oleh Ahmad Maslan tidak sesuai dan tidak selari dengan prinsip kebebasan memilih oleh rakyat.

Meski penyertaan rakyat sangat asasi dalam proses pilihan raya dan menjadi hak yang sakral, namun mereka juga mempunyai hak untuk tidak turun mengundi dalam pilihan raya.

Berbanding menghukum mereka yang tidak turun mengundi, tumpuan yang lebih utama adalah dengan kerajaan menyediakan akses pengundian yang lebih baik kepada rakyat agar mereka dapat turun menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Kaedah yang sekadar menghukum tanpa menyediakan prasarana, bantuan dan peluang yang lebih baik kepada rakyat hanya akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada proses demokrasi dan pilihan raya kerana mereka mengundi disebabkan terpaksa serta bukannya kerana tanggungjawab.

Justeru, perkara berikut perlu dilaksanakan segera bagi menyediakan sistem yang lebih baik untuk membantu rakyat keluar mengundi:

  • Penetapan tarikh pilihan raya
  • Penambahbaikan kemudahan infrastruktur untuk orang kurang upaya
  • Pemanjangan tempoh pengundian
  • Peluasan kategori undi tidak hadir kepada pengundi yang berada di luar kawasan
  • Penambahan pusat pengundian dan saluran pengundian untuk mengelakkan masa beratur yang lama. Pusat pengundian bergerak juga boleh dilaksanakan terutama pengundi di kawasan pedalaman

Sekiranya kita inginkan peratusan keluar mengundi dengan lebih tinggi, pendekatan menghukum tidak wajar digunakan sama sekali sebaliknya kerajaan perlu bersiap sedia mendidik rakyat dengan program-program pendidikan pengundi seperti kepentingan mengundi, proses pengundian dan prinsip-prinsip demokrasi. Selain itu, isu penguatkuasaan hukuman juga bakal menjadi isu besar kepada badan penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengeluarkan saman kepada pemilih yang tidak turun mengundi.

Pilihan raya dan proses-prosesnya memerlukan penyertaan rakyat, dan rakyat hanya akan yakin kepada pilihan raya sekiranya sistem pilihan raya bersih dan adil dengan menyediakan padang yang sama rata kepada semua pihak yang bertanding.

Di samping itu, kelemahan-kelemahan dalam sistem politik yang menyebabkan wakil rakyat sewenangnya melompat parti dan mengkhianati mandat pilihan raya juga wajib diperbaiki dengan segera.

Ahli-ahli politik perlu fokus mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem politik dan demokrasi dengan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang menyebabkan perubahan kerajaan pertengahan penggal akibat lompat parti.

Mereka perlu memberikan alasan kukuh bagi memastikan rakyat terus percaya dan berasa tidak rugi untuk mengundi dalam pilihan raya. – Bersih 2.0

English version

Do not punish voters who don’t vote, improve our political system first

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) refers to Pontian MP Ahmad Maslan’s speech in Parliament on 30 September.

In his speech, Ahmad Maslan proposed that the government take a punitive measure towards voters who do not turn out to vote by ‘compounding’ them RM100-200 for being irresponsible to the country.

Although the proposal is likely to have been made with the intention of encouraging all eligible citizens to vote in the elections, Bersih 2.0 believes the method Ahmad Maslan proposed is not viable and inconsistent with the principle of freedom of choice by the people. While the participation of the people is very fundamental in the electoral process and is a sacred right, it is also their right not to go down to vote in the elections.

Instead of punishing those who do not turn out to vote, it is more important for the government to focus on improving voting access to the people so that they can carry out their responsibilities as voters.

Punitive measures without providing good infrastructures, assistance and opportunities to the people will only erode voters’ trust in the democratic and electoral process as they will vote because they are compelled to and not because of their responsibility.

Therefore, the following reforms need to be implemented immediately to improve voters ability to vote:

  • Fixing of election date
  • Improving infrastructure for people with disabilities to vote
  • Provide a voting period instead of a voting day
  • Expansion of absentee voting rights to those who reside outside their constituencies
  • More polling stations and polling streams to reduce long queues. Mobile voting centres could also be utilised, especially for rural voters

If we want a higher voter turnout, the punitive approach is very inappropriate. Instead, the government should prepare to educate the people with voter education programmes covering topics such as the importance of voting, the voting process and democratic principles.

Besides that, the enforcement of the law will be a huge issue for the authorities such as the Election Commission to penalise voters who do not turn out on polling day.

The electoral process requires the participation of the people, and the people are more likely to vote if the electoral system is clean and fair, with a level playing field provided to all competing parties.

The politicians should focus on restoring the people’s trust in our political system and democracy by fixing systemic weaknesses and loopholes that allow mid-term changes of governments through ‘party hopping’. They must give people a reason to believe it is still worthwhile coming out to vote in the next general election. – Bersih 2.0

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Benedict Lopez
6 Oct 2021 5.23pm

What is the penalty for not voting in Australia?

If you do not vote at a State or local government election and you don’t have a valid reason, you will be fined $55. Apparent failure to vote notices are distributed within three months of an election event.

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x