Home Coalitions Clean and Fair Elections Tambah baik kaedah pembentukan kerajaan untuk meningkatkan kestabilan politik (Malay/English)

Tambah baik kaedah pembentukan kerajaan untuk meningkatkan kestabilan politik (Malay/English)

36 views
How should MPs behave in Parliament?

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) meminta supaya peranan Parlimen dan dewan undangan negeri-negeri (DUN) yang berperlembagaan dan demokratik, diakui dan ditingkatkan dalam proses pembentukan sesebuah kerajaan.

Adalah amat penting agar langkah-langkah tersebut diambil kira dengan kadar segera, memandangkan keadaan ketidakstabilan politik yang berterusan sejak pilihan raya umum 2018 dengan jatuhnya banyak kerajaan negeri dan persekutuan.

Bersih telah melancarkan sebuah laporan penyelidikan yang bertajuk “Peranan Parlimen dalam Pembentukan Kerajaan: Meningkatkan Kestabilan dan Kebertanggungjawaban Melalui Protokol Kepercayaan dan Pembubaran”. Laporan ini dinaungi oleh Bersih 2.0 dan ditulis oleh Maha Balakrishnan.

Laporan ini menyimpulkan, antara lain, terdapat kepincangan kepada standard dalam menentukan persoalan kepercayaan dalam menentukan pelantikan dan pemecatan seseorang perdana menteri dan menteri besar atau ketua menteri.

Selain itu tidak ada sebuah mekanisme institusi bagi ketelusan dan kebertanggungjawaban yang secukupnya terhadap bagaimana seseorang ketua negara atau ketua negeri melaksanakan peranan mereka; juga peranan penting sesebuah badan perundangan untuk mengesahkan persoalan kepercayaan tidak konkrit secara institusi dan sikap.

Peranan dan kebergantungan kepada ketua negara atau ketua negeri dalam urusan pelantikan dan pemecatan perdana menteri dan menteri besar/ketua menteri telah berkembang dari masa ke masa sebahagiannya kerana badan perundangan itu sendiri terlalu lemah untuk menyatakan peranan sebenar mereka.

Oleh itu, kami mendesak para ahli politik dalam proses tersebut, khususnya kerajaan dan Dewan Rakyat untuk komited menambahbaik kuasa institusi Parlimen sebagai medium tertinggi untuk mengekalkan kestabilan dan kebertanggungjawaban dalam sebuah demokrasi yang sihat.

Berikut ini cadangan penambahbaikan oleh Bersih 2.0 seperti yang terdapat dalam kertas penyelidikan terbaru kami, seperti:

  • Mengkanunkan tatacara percaya dan tidak percaya melalui sebuah undang-undang bertulis dan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat
  • Pengenalan kepada sebuah undi pengesahan (investiture vote) di Dewan Rakyat untuk mengesahkan mandat kepercayaan terhadap seseorang PM yang baru dilantik sama ada sejurus selepas pilihan raya atau ketika dalam penggal Parlimen
  • Memastikan bahawa mana-mana ahli Dewan Rakyat berhak dan diberi kuasa untuk membawa usul untuk menyatakan hilangnya kepercayaan terhadap seseorang PM dan untuk menyatakan kepercayaan kepada ahli Parlimen lain untuk menjadi PM. Usul tersebut harus diproses dan dibawa sebagai perkara keutamaan mengatasi urusan kerajaan, dengan meletakkan tata cara yang memadai untuk memastikan proses tersebut tidak disalahgunakan
  • Peraturan berkanun mengenai kuasa PM untuk meminta pembubaran Parlimen, menghendakkan seorang PM untuk mendapatkan kelulusan Parlimen sebelum beliau dapat meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi sebuah pilihan raya kilat
  • Penggubalan undang-undang pecat untuk menyekat wakil rakyat daripada menukar parti yang boleh menyebabkan ketidakstabilan dan ketidakberkesanan sesebuah kerajaan
READ MORE:  Separation and prioritisation of powers between Agong and PM

#KetuananPengundi
#HidupDemokrasi

– Bersih 2.0

English version

Adopt improved methods of government formation to enhance political stability and accountability

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) calls for the constitutional and democratic role of Parliament and state legislative assemblies to be acknowledged and enhanced in the process of formation of a government.

It is critical that such steps be taken urgently, given the constant state of political instability since the 2018 general election through the collapse of numerous state and federal governments.

Bersih recently launched a research report entitled “Parliament in Government Formation: Enhancing Stability and Accountability Through Protocols on Confidence and Dissolution”. The report was commissioned by Bersih 2.0 and written by Maha Balakrishnan.

The report concludes, among others, that:

  • there is a lack of standardisation in determining the question of confidence in deciding the appointments and dismissals of prime ministers and chief ministers
  • there are no adequate institutional mechanisms of transparency and accountability over how heads of state discharge their roles
  • the critical role of the legislature to confirm the question of confidence is not concretised institutionally and behaviourally
  • the role of and reliance on heads of state on appointments and dismissals of prime ministers and chief ministers has expanded over time partly because legislatures are too weak to assert their role

Therefore, we urge the political actors in the process, in particular the government and Dewan Rakyat to commit to reforming Parliament’s institutional powers as the ultimate medium to maintain the stability and accountability in a healthy democracy.

The following are the proposed reforms by Bersih 2.0 as contained in our latest research paper such as:

  • Codify confidence and no-confidence procedures by statute and in the standing orders of the Dewan Rakyat
  • Introduce investiture votes in the Dewan Rakyat to confirm the confidence mandate in a newly appointed PM, whether immediately after a general election or during a parliamentary term.
  • Ensure that any member of the Dewan Rakyat is entitled and empowered to move a motion to express loss of confidence in a PM and to express confidence in another MP to become PM. Such motions should be processed and moved as a matter of priority over government business, with adequate procedural checks in place to ensure the process is not misused
  • Regulate statutorily the PM’s power to ask for a dissolution of Parliament, to require a PM to obtain the approval of Parliament before he or she may request the Agong for a dissolution of Parliament for a snap election
  • Enact recall laws to restrict elected representatives from switching parties and causing instability and ineffectiveness of a government
READ MORE:  It has to be Anwar – and no one else!

#KetuananPengundi
#HidupDemokrasi

– Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x