Home Coalitions Clean and Fair Elections Tiada prosedur undi semasa banjir, tempoh kempen masih singkat

Tiada prosedur undi semasa banjir, tempoh kempen masih singkat

BENEDICT LOPEZ

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengucapkan selamat bersedia untuk pulang mengundi kepada rakyat Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya pada 20 Oktober telah mengumumkan tarikh pengundian bagi pilihan raya umum 2022 adalah pada 19 November. Teka-teki tarikh pilihan raya telahpun terjawab dan kini rakyat perlu terus menilai calon dan parti politik yang manakah mampu menggalas tanggungjawab menakhoda negara ini ke arah reformasi sistem dan institusi politik yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak lagi persoalan yang perlu dijawab oleh pihak SPR berkenaan dengan penjalanan pilihan raya umum kali ini.

Prosedur undi semasa banjir

SPR masih lagi belum mengumumkan apakah prosedur operasi standard yang akan digunakan sekiranya tempoh pilihan raya seperti hari undi awal dan hari pembuangan undi biasa berlaku banjir besar pada ketika itu.

SPR perlu segera mengumumkan prosedur operasi standard tersebut agar semua pihak terutamanya parti politik, calon dan agensi-agensi yang bertanggungjawab boleh membuat persediaan bagi menghadapi bencana banjir.

Pada 16 Oktober banjir kilat di Pulau Langkawi telah menjejaskan 30 kawasan penduduk, dengan 38,118 pengundi yang terkesan. Pada 20 Oktober sahaja hujan ribut telah memusnahkan lebih 60 rumah di tujuh kampung di Besut, Terengganu.

Sekiranya bencana yang sama terjadi, apakah prosedur operasi standard untuk meneruskan atau menangguhkan pilihan raya di daerah mengundi tersebut, atau lebih parah penangguhan pilihan raya umum di peringkat nasional.

Tempoh kempen 14 hari

Selain itu, tempoh kempen juga masih singkat iaitu hanya 14 hari, bermula 5 November sehinggalah tengah malam 18 November.

Bersih kecewa kerana SPR masih tidak menetapkan tempoh kempen pilihan raya minimum selama 21 hari bagi memberi ruang kepada jentera pihak yang bertanding untuk bertemu rakyat memandangkan terdapat pertambahan pengundi sebanyak hampir enam juta berbanding pilihan raya umum 2018.

READ MORE:  India's surprising election results and the verdict on the media

Selain itu, tempoh minimum 21 hari juga akan memberi masa yang lebih kepada pengundi pos di luar negara untuk menghantar kertas undi mereka kepada pegawai pengurus sebelum masa mengira undi.

Pemanjangan tempoh permohonan undi pos

Bersih menggesa SPR supaya memanjangkan tempoh penutupan bagi permohonan undi pos kategori 1B (yang akan ditutup pada 23 Oktober) sekurang-kurangnya untuk seminggu lagi, seperti tarikh penutupan permohonan undi pos kategori 1C (agensi atau organisasi), iaitu pada 26 Oktober.

Memandangkan SPR baru sahaja mengumumkan tarikh pilihan raya umum, kemungkinan ramai pengundi luar negara menyedari untuk memohon sebagai pengundi pos kepada SPR.

SPR bertanggungjawab memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk dilibatkan dalam setiap pilihan raya, terutamanya dalam pilihan raya umum kali ini. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x