[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk segera menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi salah laku pilihan raya dalam perjalanan ke pilihan raya umum 2018 untuk meredakan perasaan tidak selesa rakyat terhadap tuduhan salah laku yang serius oleh bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya yang cuba merosakkan demokrasi di Malaysia dengan mengendalikan pilihan raya yang tidak bebas dan adil.
Bersih 2.0 telah menghantar surat kepada PM pada 14 Ogos 2018 untuk menggesa beliau menubuhan satu tribunal bagi menyiasat dan menyingkirkan pesuruhjaya SPR yang mengendalikan pilihan raya umum 2018.
Ketika itu, mereka masih bertugas sebagai pesuruhjaya kecuali pengerusinya Hashim Abdullah yang telah meletak jawatan lebih awal. Apabila berita satu tribunal akan dibentuk, keenam-enamnya telah meletak jawatan namun tarikh perletakan jawatan hanya berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.
Selepas beberapa pendengaran, dengan keputusan 3-2 malangnya, pengerusi tribunal Steve Shim Lip Kiong membuat keputusan bahawa isu itu sudah menjadi akademik disebabkan kesemua ahli pesuruhjaya SPR telah pun meletakkan jawatan.
Bersih 2.0 berpandangan keadilan telah dikesampingkan dengan keputusan oleh panel tribunal pada 24 Mei 2019. Mesej yang dihantar adalah penjawat awam boleh melepaskan diri dari kesalahan dengan meletak jawatan sebelum mereka disiasat, dan kos, masa serta tenaga adalah lebih utama daripada mendapatkan keadilan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Oleh itu, Bersih 2.0 percaya tindakan selanjutnya adalah dengan menubuhkan RCI dengan terma rujukan seperti berikut:
1. Untuk menyiasat:
(i) sebarang salah laku, salah guna kuasa atau apa-apa kesalahan lain oleh bekas ahli pesuruhjaya SPR dan lain-lain dalam pengendalian proses pilihan raya semasa pilihan raya umum 2018.
(ii) sebarang tindakan memanipulasi senarai daftar pemilih oleh SPR dan/atau kegagalan untuk mengekalkan integriti senarai daftar pemilih melalui kecuaian tugas untuk mencegah pemalsuan sebelum pilihan raya umum 2018.
(iii) sebarang pelanggaran undang-undang Malaysia dan/atau manipulasi sempadan pilihan raya semasa persempadanan semula yang dijalankan oleh SPR semasa penyempadanan semula kali ke-enam di Sarawak, Sabah dan Semenanjung.
2. Untuk mencadangkan tindakan yang wajar diambil kepada bekas ahli pesuruhjaya SPR dan sesiapa sahaja yang didapati bersubahat.
3. Untuk mencadangkan sebarang penambahbaikan atau perubahan undang-undang dan peraturan-peraturan bagi mengukuhkan system pilihan raya.
Tempoh masa siasatan ini harus bermula daripada 6 Mei 2013 sehingga 10 Mei 2018, iaitu, pasca pilihan raya umum 2013 sehingga ke pengumuman keputusan pilihan raya umum 2018. Justeru, semua pesuruhjaya sebelum pilihan raya umum 2018 mesti disiasat.
Mereka termasuk, tetapi tidak terhad, kepada seperti yang berikut:
- Mohd Hashim Abdullah (bekas pengerusi)
- Othman Mahmood (bekas timbalan pengerusi)
- Md Yusop Mansor
- Abdul Aziz Khalidin
- Sulaiman Narawi
- Bala Singam a/l Karupiah
- Leo Chong Cheong
Bagi komposisi ahli RCI pula, adalah mustahak untuk ahlinya individu yang berintegriti, kejujuran intelektual yang tidak diragui, berani dan bebas serta mendapat keyakinan daripada rakyat. Mereka harus dianggotai oleh mantan hakim, pensyarah undang-undang, peguam dan ahli yang berkredibiliti daripada gerakan masyarakat sivil.
Antara isu yang RCI harus siasat termasuklah, namun tidak terhad kepada tatalaku pesuruhjaya SPR:
1. Persempadanan sempadan pilihan raya yang tidak mengikut perlembagaan yang mengakibatkan pembahagian tidak sekata yang teruk (malapportionment) dan persempadanan tidak adil (gerrymandering).
2. Menipu rakyat Malaysia dalam persempadanan kali ke-enam di negeri-negeri di semenanjung dengan menerbitkan cadangan pertama yang penuh dengan pembahagian tidak sekata, gerrymandering dan sempadan yang ditandai secara perkauman. Cadangan kedua pula elemen-elemen ini dikurangkan dengan banyak; namun akhirnya menghasilkan laporan akhir seperti cadangan yang pertama tadi.
3. Memusnahkan alamat pengundi dalam senarai pemilih mengakibatkan 15% pengundi direkodkan tanpa alamat. Di Selangor sahaja, ada 136,272 pengundi adalah tanpa alamat.
4. Pengimplementasian sistem undi pos luar negara yang cacat pada pilihan raya umum 2018 yang membuatkan pengundi luar negara hampir mustahil untuk menghantar pulang kertas undi mereka pada hari mengundi 9 Mei 2018.
5. Keputusan untuk menetapkan pilihan raya umum 2018 pada hari bekerja (Rabu) tanpa asas dan penjelasan; justeru mengakibatkan dan/atau mengurangkan jumlah keluar undi disamping menyebabkan kepayahan kepada pengundi yang bekerja luar kawasan atau luar negara.
6. Keputusan untuk menetapkan tempoh minima berkempen kepada 11 hari tanpa asas dan penjelasan; justeru mengakibatkan dan/atau mengurangkan capaian pengundi oleh parti politik, terutama parti yang tiada akses kepada media saluran perdana, sekaligus menafikan tempoh pengundi untuk membuat keputusan yang bermaklumat.
7. Keputusan untuk melarang pemerhati bertauliah untuk pilihan raya umum 2018 oleh badan pemerhati pilihan raya yang bebas, termasuklah badan berperlembagaan seperti Suhakam; justeru telah mengakibatkan persoalan ketelusan dan akauntabiliti perjalanan pilihan raya tersebut.
8. Keputusan untuk menutup pusat pengundian pada 5 petang dan/atau melarang pengundi yang sedang beratur di saluran pengundian untuk mengundi selepas 5 pm semasa pilihan raya umum 2018, walaupun menyedari aduan barisan yang panjang di saluran pengundian hasil daripada pengurusan yang tidak efisien dan menyebabkan ramai pengundi tidak dapat melaksanakan hak mereka untuk mengundi.
9. Kegagalan dan/atau penangguhan yang tidak munasabah oleh ramai ketua tempat mengundi (KTM) untuk menandatangani Borang 14 yang wajib ditandatangan selepas pengiraan undi semasa pilihan raya umum 2018, menyebablan penangguhan pengumuman keputusan rasmi di beberapa kawasan pilihan raya.
10. Kegagalan dan/atau penangguhan yang tidak munasabah untuk mengumumkan keputusan rasmi seluruh negara selepas pukul 9 malam pada 9 Mei 2018, bersambung hanya selepas pukul 1 pagi pada 10 Mei 2018, boleh meletakkan negara dalam situasi bahaya tidak menentu yang menggalakkan spekulasi liar.
11. Pendaftaran dan/atau pemindahan pengundi ke kawasan pilihanraya yang tidak didiami dan di mana mereka tidak layak pun untuk mengundi sebelum pilihan raya umum 2018.
12. Pendaftaran dan/atau pemindahan pengundi tentera ke kawasan pilihan raya marginal sebelum kem tersebut siap dengan niat untuk mengukuhkan undi kepada ahli politik BN semasa pilihan raya umum 2018.
13. Perubahan sempadan pilihan raya melalui belah bahagian yang tidak mengikut perlembagaan antara Disember 2015 ke April 2016 sebelum permulaan proses persempadanan semula.
Bersih 2.0 siap sedia untuk membantu panel RCI dan peguam negara untuk memberikan saksi pakar, saksi mata salah laku, bukti data dan bantuan lain yang diperlukan untuk membuktikan tuduhan serius kepada bekas pesuruhjaya pilihan raya.
Kepentingan RCI bagi salah laku pilihan raya umum 2018 yang lebih utama adalah melangkaui lebih jauh dari mengenalpasti dan menghukum mereka yang telah melakukan kesalahan, namun untuk membongkar kebenaran dengan tujuan mengenalpasti kelemahan dan keterbatasan di dalam sistem pilihan raya kita, supaya langkah-langkah dapat diambil untuk mereformasikan sistem ini dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pilihan raya kita, yang menjadi batu asas kepada demokrasi berparlimen kita.
Tanpa pilihan raya bebas dan adil, keabsahan calon yang dilantik atau kerajaan akan dikurangkan.Kami dengan tegas menggesa Dr Mahathir untuk membentuk RCI tanpa tangguh lagi.
Satukan tenaga, Malaysia baru.
Jawatankuasa pemandu Bersih
English version
Convene royal commission of inquiry into electoral misconduct during 2018 general election immediately
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) calls upon Prime Minister Dr Mahathir Mohamad to immediately advise the Yang di-Pertuan Agong to convene a royal commission of inquiry into electoral misconduct in the run-up to the 2018 general election to allay public disquiet over serious allegations of misconduct by the former electoral commissioners who attempted to subvert democracy in Malaysia by denying us a free and fair election.
Bersih 2.0 had submitted a letter to the PM on 14 August 2018 calling on him to convene a tribunal to investigate and remove the commissioners who had conducted the 2018 general election.
At that time, they remained as commissioners, except for the previous chairman, Hashim Abdullah, who had resigned earlier. When news that a tribunal was being formed emerged, all six resigned but dated their resignations to take effect from 1 January 2019.
After several hearings, it is most unfortunate that, in a 3-2 decision, the tribunal panel, chaired by Steve Shim Lip Kiong, decided that the matter was academic because all six commissioners had resigned.
Bersih 2.0 feels justice took a back seat to expediency with the decision of the tribunal panel on 24 May 2019. The message sent was that public officials can escape misconduct by resigning before they can be investigated, and that cost, time and energy are more important than seeking justice.
As such, Bersih 2.0 believes that the next course of action should be a royal commission of inquiry with the following proposed terms of reference:
1. To inquire into
(i) any misconduct, abuses of power or shortcomings by the former Electoral Commissioners and others in the conduct of the election process for the 2018 general election.
(ii) any act of manipulation of the electoral rolls by the Electoral Commission and/or failure to maintain the integrity of the electoral rolls through a negligence of duty to prevent fraud before the 2018 general election.
(iii) any violations of Malaysian laws and/or manipulation of the electoral boundaries during the delimitation exercises conducted by the Electoral Commission during the sixth delimitation exercise for Sarawak, Sabah and the Peninsula.
2. To recommend any action to be taken against the former electoral commissioners and others who were complicit with regard to the findings;
3. To recommend any amendments or changes to laws and regulations to strengthen the electoral system.
The period that the investigation and inquiry should cover should be from 6 May 2013 to 10 May 2018, that is, after the 2013 general election right up to the announcement of results for the 2018 general election.
As such, all the commissioners who were in office before the 2018 general election must be investigated. They would include but are not limited to the following:
- Mohd Hashim Abdullah (former chairman)
- Othman Mahmood (former deputy chairman)
- Md Yusop Mansor
- Abdul Aziz Khalidin
- Sulaiman Narawi
- Bala Singam a/l Karupiah
- Leo Chong Cheong
As to the composition of the members of the royal commission, it is of utmost importance that they be persons of integrity, unquestionable intellectual honesty, courage and independence who command public confidence. They could comprise former judges, law professors, lawyers and credible members of civil society.
Some of the issues that the royal commission should investigate include, but are not limited to, the conduct of the Electoral Commission with regard to:
1. The unconstitutional redrawing of electoral boundaries that led to gross malapportionment and gerrymandering of constituencies. These were done to give an unfair electoral advantage to Barisan Nasional (BN).
2. Misleading the Malaysian public in the sixth delimitation of the states of Malaya by publishing a first proposal that was substantially tainted with malapportionment, gerrymandering and racially demarcated boundaries, and then a second proposal where these elements were substantially reduced and eventually a final report that substantially reverted to the first proposal.
3. The destruction of voters’ addresses in the electoral roll resulting in almost 15% of records of voters without addresses. In Selangor alone, there were 136,272 voters without addresses.
4. The implementation of a flawed overseas postal voting system for the 2018 general election that made it almost impossible for registered overseas voters to send back their ballots by polling day on 9 May 2018.
5. The decision to fix polling day for the 2018 general election on a weekday (Wednesday) without any basis and explanation, which therefore intended and/or caused suppression of voter turnout and massive inconvenience to voters working out-of-town or overseas.
6. The decision to set a minimum campaign period of 11 days without any basis and explanation, which therefore intended and/or caused suppression of voter outreach by political parties, especially those with no access to the mainstream media, and denied voters adequate time to make an informed decision.
7. The decision to disallow accredited observation and oversight of the 2018 general election by independent electoral observers, including statutory bodies such as Suhakam therefore prevented meaningful accountability and transparency on the conduct of the election.
8. The decision to close polling stations at 5pm and/or disallow citizens who were still queuing at voting channels to cast their ballots after 5pm during the 2018 general election, despite being aware of the rampant complaints of long lines at voting channels as a result of organisational inefficiency, therefore denied many citizens their constitutional right to vote.
9. The failure and/or unreasonable delay of numerous presiding officers to sign the requisite Form 14 after the counting of votes during the 2018 general election caused delays in the 2018 announcement of official results for several constituencies.
10. The failure and/or unreasonable delay to announce official results from around the country after 9pm on 9 May 2018, resuming only after 1am on 10 May 2018, put the country in a dangerously uncertain situation that fuelled wild speculation.
11. The registering and/or shifting of voters into constituencies where they were not residing and where they were not entitled to vote in prior to the 2018 general election.
12. The registration and/or shifting of army voters into marginal constituencies even before the barracks were fully completed with the intention of bolstering votes for BN politicians during the 2018 general election.
13. The unconstitutional changing of electoral boundaries through the “belah bahagian” exercise between December 2015 to April 2016 before the initiation of the delimitation exercise.
Bersih 2.0 stands ready to assist the panel members of the royal commission and the attorney general – and to furnish expert witnesses, eyewitnesses of misconduct, data evidence and other necessary assistance to prove the above serious allegations against these former election commissioners.
The greater importance of the royal commission of inquiry into ellectoral misconducts during the 2018 general election goes beyond identifying and punishing those who have committed wrongdoing. It is to unearth the truth for the purpose of identifying weaknesses and shortcomings in our electoral system, so that steps can be taken to reform the system and restore public confidence in our elections, which are the bedrock of our parliamentary democracy.
Without free and fair elections, the legitimacy of any elected candidate or government would be diminished. We strongly urge Dr Mahathir to convene a royal commission without delay.
Satukan tenaga, Malaysia baru.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme