Home Coalitions Clean and Fair Elections Umumkan laporan interim ERC, mulakan libat urus awam (Malay/English)

Umumkan laporan interim ERC, mulakan libat urus awam (Malay/English)

MALAY MAIL ONLINE

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengalu-alukan penyerahan rasmi laporan interim Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) kepada perdana menteri pada 13 Januari 2020.

Laporan interim berkenaan mengandungi 49 cadangan mengenai pembaharuan sistem pilihan raya, yang bermula dari pembaharuan badan pengurusan pilihan raya, pembiayaan politik, menukar sistem majoriti mudah (first past the post), proses persempadanan semula, integriti daftar pemilih, akses kepada media yang adil dan saksama dan lain-lain – kesemuanya amat penting kepada orang ramai kerana kesemuanya akan mempengaruhi hak mereka kepada pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.

Kami menyeru kepada perdana menteri untuk mengumumkan laporan interim ERC bagi membolehkan semua pemegang taruh mempunyai peluang untuk memberikan input dan komen mereka sebelum penyerahan laporan akhir ERC, yang dijadualkan pada bulan Ogos 2020.

Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada ERC kerana telah mengendalikan 21 bengkel libat urus awam di seluruh negara sebelum menyediakan laporan interim.

Kami menyeru kepada ERC untuk menggunakan laporan interim ini dan memulakan libat urus awam untuk peringkat yang kedua dari sekarang sehingga Ogos 2020 dengan semua pemegang taruh, termasuk dengan parti-parti politik dari kerajaan dan pembangkang, pertubuhan masyarakat sivil, ahli akademik dan orang awam sebelum memuktamadkan laporan.

Proses penglibatan awam tanpa pendedahan penuh kepada laporan interim ini tidak akan berkesan, bermakna dan demokratik. Ia akan mewujudkan kesangsian yang tidak perlu dan memesongkan proses pembaharuan.

Pilihan raya adalah salah satu asas utama demokrasi untuk sesebuah negara, dan ianya akan menentukan legitimasi sesebuah kerajaan yang dipilih. Dalam usaha untuk merealisasikan proses pembaharuan pilihan berjaya, proses ini haruslah telus dan disertai oleh penglibatan orang awam.

READ MORE:  Broken system? How the UK election exposed the flaws of 'first past the post'

Ini akan memastikan cadangan yang dibuat oleh ERC diterima oleh kerajaan dan mendapat sokongan daripada pihak pemegang taruh dan juga akan menerima sokongan dari parti politik kerajaan dan pembangkang dalam Parlimen.

Laporan interim ERC tidak sepatutnya mengalami nasib yang sama dengan laporan Majlis Penasihat Kerajaan atau laporan mengenai pembaharuan institusi yang dikemukakan kepada kerajaan.

Kami bersama masyarakat sivil menggesakan pengumuman kedua-dua laporan tersebut, pada masa yang sama kami juga menggesa kerajaan mengambil peluang ini untuk mengumumkan laporan interim ERC bagi menghentikan budaya merahsiakan daripada orang awam . Ini tidak seharusnya menjadi ciri-ciri Malaysia baru yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan.

Dalam manifesto pilihan raya umum 2018, Pakatan Harapan telah berjanji untuk memastikan ketelusan dan keteguhan sistem pilihan raya kita. Ini adalah masanya untuk Pakatan Harapan menepati janji dan mengumumkan laporan interim ERC kepada orang awam tanpa sebarang penangguhan lagi.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Make public the ERC interim report, embark on public consultation

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) welcomes the official submission of the interim report of the Electoral Reform Committee (ERC) to the prime minister on 13 January 2020.

The interim report contains 49 recommendations on electoral reform, ranging from the reform of election management bodies, political financing, a change in the first-past-the-post election system, the constituency boundary redrawing process, the integrity of the electoral rolls, fair and equal access to media, etc – all of which are of great importance to the public as they affect their right to have clean, free and fair elections.

We call on the prime minister to immediately make public the report for all stakeholders to have an opportunity to provide their input and comments before the submission of the ERC final report, scheduled for August 2020.

READ MORE:  Bersih bertemu timbalan PM kedua, tekankan isu persempadanan dan undi awal (Malay/English)

We congratulate the ERC for conducting 21 consultation workshops nationwide before coming out with the interim report.

We further call on the ERC to use the interim report and embark on a second stage of public consultation from now until August 2020 with all stakeholders, including all political parties from both sides of the political divide, civil society organisations, academicians and members of the public before finalising the report.

Such a public engagement process without the full disclosure of the interim report would not be effective, meaningful and democratic. It will further create unnecessary distrust and derail the reform process.

Elections are one of the key foundations of democracy for a country, and they will determine the legitimacy of the government elected. For an electoral reform process to be successful and legitimate, the process should be transparent with meaningful public participation.

This will ensure the recommendations eventually proposed by the ERC and adopted by the government have the support of most of the stakeholders and will receive bipartisan support in Parliament.

The interim report of the ERC should not suffer the same fate as the report of the Council of Eminent Persons or the report of the Institutional Reform Committee (IRC) submitted to the government.

While we join the calls of civil society for these two reports to be made public as well, we urge the government to take this opportunity for the ERC interim report to break the culture of keeping the public in the dark. This should not be a feature of the new Malaysia promised by Pakatan Harapan.

READ MORE:  Perangkap sistem dua parti: Melihat pilihan raya presiden AS dari Malaysia

In its manifesto for the 2018 general election, Pakatan Harapan promised to ensure the transparency and robustness of our election system. This is the time for Pakatan Harapan to walk the talk and release the ERC interim report to the public without further delay.

Bersih 2.0 steering committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x