Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melahirkan kegusaran ekoran dari pengumuman kerajaan untuk mewajibkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini untuk memohon “lesen kelas pemberian perkhidmatan aplikasi” di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Hujah yang dibawa kerajaan untuk memberi justifikasi kepada tindakan ini adalah untuk menyekat aktiviti penipuan dalam talian, buli-siber, serta penyebaran bahan penganiayaan seksual kanak-kanak serta gangguan dan antun seksual.
Menerusi pelesenan ini, penguatkuasaannya akan turut merangkumi peruntukan tatacara dan penguatkuasaan “kill switch”, yang akan meletakkan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan penyedia perkhidmatan pesanan internet.
Namun, Bersih menegaskan undang-undang baharu ini akan membuka kepada penyalahgunaan kuasa dan tindakan tidak setimpal oleh pihak pemerintah yang boleh menidakkan keadilan kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan penyedia perkhidmatan pesanan internet, dan akhirnya akan membungkam kebebasan bersuara.
Bersih ingin mengingatkan bahawa banyak tindakan kerajaan sebelum ini yang cenderung menggunakan akta-akta draconian seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, khususnya Seksyen 8A, dan Akta Komunikasi dan Multimedia, khususnya Seksyen 211 dan 233, sebagai senjata politik untuk menyiasat dan mendiamkan pihak yang mengkritik kerajaan, termasuk mereka yang kini memegang tampuk kekuasaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Undang-undang yang bersifat punitif seperti akta-akta yang disebutkan di atas, dan ditambah dengan perundangan baharu untuk perlesenan platform media sosial berpotensi besar untuk disalahgunakan sebagai kerangka perundangan untuk menyekat kebebasan bersuara dan berekspresi rakyat.
Bersih menyokong cadangan daripada Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Artikel 19 yang mencadangkan agar kerajaan menghentikan dulu keputusan untuk mengadakan lesen platform media sosial yang dilihat terburu-buru ini.
Bersih juga senada dengan cadangan daripada CIJ dan Artikel 19 yang mencadangkan agar diwujudkan satu majlis media sosial yang bermakna (genuine) dan berfungsi untuk menggalakkan dan mendapatkan pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan, dan bukan sekadar alas untuk memperlihatkan bahawa kerajaan telah pun ‘mendengar’ saranan-saranan daripada masyarakat sivil.
Ini termasuk menerusi penubuhan satu jawatankuasa bebas untuk meneliti punca kepada buli-siber serta aktiviti penyalahgunaan platform sosial media yang lain dan seterusnya menilai kerangka peraturan yang lebih inklusif, yang juga boleh dipertimbangkan oleh kerajaan.
Bersih ingin tegaskan sebarang proses pembentukan undang-undang baharu ini harus dilakukan berasaskan prinsip ketelusan, keadilan, kebertanggungjawaban, inklusif serta menghormati hak asasi rakyat. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme