Home Coalitions Clean and Fair Elections Walaupun UndiBanjir, keluar mengundi!

Walaupun UndiBanjir, keluar mengundi!

Massive Klang Valley floods 2021

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyatakan kekesalan kepada perdana menteri yang telah memohon pembubaran awal Parlimen ke-14, di mana Yang di-Pertuan Agong secara konvensyennya akan memperkenankan.

SPR kini perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Bersih menegaskan semula bahawa adalah tidak bertanggungjawab untuk merisikokan nyawa dan kehilangan harta benda dengan dakwa dakwi bagi mencapai kestabilan politik. Pihak berkuasa, termasuk SPR, mungkin terpaksa menangguhkan pilihan raya umum di kawasan yang terjejas, dan sekiranya banyak kawasan yang terjejas, mungkin penangguhan di seluruh negara.

Bersih memuji pendirian yang diambil enam kerajaan negeri yang mereka tidak akan membubarkan dewan undangan negeri kali ini sebagai konvensyen untuk mengutamakan usaha bantuan banjir. Negeri-negeri ini dikawal oleh Pakatan Harapan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, serta Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikawal oleh PAS.

Enam negeri tersebut perlu berunding dan mengumumkan tarikh pembubaran yang sama antara 25 June (pembubaran automatik untuk Selangor) dan 1 Ogos (Pulau Pinang) bagi menetapkan konvensyen perlembagaan baharu bagi sesi dewan yang penuh dan mengelakkan rakyat berteka-teki bagi tarikh pilihan raya

Bersih juga kesal pilihan raya umum dipanggil sebelum Bajet 2023 diluluskan. Hal ini adalah satu penghinaan kepada Parlimen apabila ‘gula-gula’ dalam Bajet ditayangkan kepada orang ramai sebagai manisan pilihan raya parti perdana menteri walaupun Bajet ini tidak melalui perbahasan parlimen untuk diteliti merit dan kosnya.

Tambahan lagi, Bersih bimbang parti manapun yang berkuasa nanti, mereka perlu membentangkan semula Bajet ini, sama ada yang sama atau yang lain. Ini akan menjadi titik krisis yang mungkin menyebabkan kejatuhan kerajaan baharu sekiranya Bajet tersebut tidak diundi oleh parti gabungannya.

READ MORE:  UK election: George Monbiot exposes Keir Starmer's hollow victory

Namun demikian, walaupun risiko banjir dan Bajet, Bersih menyeru semua pengundi untuk keluar mengundi. Peratusan mengundi yang tinggi akan mengabsahkan Parlimen ke-15 di mana ahli-ahli parlimen yang dipilih benar-benar mewakili majoriti pengundi, dan kerajaan baharu yang terbentuk diyakinkan bahawa majoriti pengundi menyokong mereka.

Bersih menggesa SPR untuk segera membuka permohonan undi pos kepada semua rakyat Malaysia di luar negara dan memberikan hak undi tidak hadir kepada pengundi Sarawak and Sabah yang tinggal di semenanjung, sebagaimana pengundi semenanjung yang tinggal di wilayah Borneo. Langkah ini berpotensi memberikan hak kepada 2.5 juta pengundi.

Selain mengundi, rakyat juga perlu menuntut parti politik dan calon-calon untuk berazam mereformasi institusi bagi menstabilkan politik selepas pilihan raya umum, antara lain yang mustahak, reformasi Jabatan Peguam Negara dan pendanaan awam kepada parti politik. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x