Dr Jeyakumar Devaraj reports that Parliament is now in the Committee Stage of the discussion of a Supplementary Budget amounting to RM20 billion. This will bring the Budget for 2008 to over RM150 billion! At the committee stage, the House discusses the budget ministry by ministry and MPs are constrained to only raise issues related to items mentioned in the Supplementary Budget.
The sketch of my intervention is given below:
Saya ingin mengemukakan empat soalan
Pertamanya, sejumlah RM4 juta diperuntukkan untuk mengawal penyakit berjangkit. Saya ingin tanya, adakah kerajaan sedar bahawa polisi mencajkan pekerja asing dengan kadar yang tinggi melanggar prinsip menjaga kesihatan awam ataupun “public health”. Hanya pekerja asing yang disahkan mengalami penyakit berjangkit tertentu akan diberi kecualian. Tetapi, Tuan Pengerusi, seorang pekerja dengan batuk tidak tahu akan batuk beliau disebabkan oleh virus ataupun asthma ataupun TB. Hanya jika beliau mengidap TB, pekerja asing itu dikecualikan dari bayaran. Tetapi sebelum dia datang ke hospital, pekerja asing itu tidak tahu sebab gejala beliau. Ada kemungkinan besar dia akan melambatkan datang ke hospital kerana takut dengan caj tinggi. Adakah kerajaan ingin mengkaji balik polisi mengenakan caj tinggi terhadap pekerja asing.
Sejumlah RM51.6 juta telah diperuntukkan untuk perolehan ubat-ubat. Saya ingin tahu samada kerajaan mempunyai kapasiti untuk mengkaji ubat-ubat generic yang jauh lebih rendah berbanding ubat yang branded. Tetapi apabila kerajaan menswastakan General Meducal Store kerajaan kehilangkan makmal menyelidik kualiti ubat. Kita memerlukan kebolehan untuk memastikan ubat generic adalah berkualiti tinggi.
RM7.5 juta diperuntukkan untuk membeli kenderaan untuk program mengawal dengi. Saya ingin tahu samada kenderaan ini dibeli melalui agen dan berapakah peningkatan harga oleh kerana ini.
Akhirnya, saya ingin tanya mengapa sejumlah sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk bayaran perkhidmatan sokongan. Pada kefahaman saya, lima perkhidmatan sokongan telah diswastakan pada tahun 1997, untuk jangka masa 14 tahun. Jadi kontraknya telah ditetapkan beberapa tahun dahulu. Jadi apakah perlunya memhon peruntukan tambahan untuk perkara ini. Harap YB Timb Menteri dapat jelaskan.
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.