Jeyakumar Devaraj sedang memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan bahawa caj hospital yang tinggi bagi warga asing adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip kesihatan umum.
Garis Panduan Fi 2014
Pada 29 Disember 2014, Kementerian Kesihatan mengeluarkan satu Garis Panduan Pelaksanaan Caj Baru Bagi Warga Asing Perintah Fi (Perubatan) 2014, yang menetapkan caj-caj bagi sesiapa warga asing yang mendekati klinik atau hospital kerajaan.
Fasal 10 dalam Garis Panduan ini mewajibkan kakitangan kerajaan melaporkan sesiapa pekerja asing yang tiada ada dokumen perjalanan yang sah kepada pihak polis ataupun imigresen.
Kenyataan akhbar GMPPK (Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan)
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pada 12 Disember 2015, GMPPK (Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan) telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang menegaskan:
- Garis Panduan ini wujudkan halangan terhadap pekerja asing yang ingin datang ke klinik ataupun hospital kerajaan untuk rawatan;
- Oleh kerana ini, penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi yang memuncul di kalangan pekerja asing tidak akan dikesan dan dirawat dengan segera;
- Ini akan menjejaskan kesihatan warga asing dan juga warga Malaysia.
Oleh kerana kesemua ini, GMPPK telah pohon, pelaksanaan Garis Panduan Fi ini ditangguh sehingga perkara-perkara berkaitannya dapat dibincang secara dalam.
Surat GMPPK kepada Menteri Kesihatan
GMPPK telah menghantar, dengan tangan, sepucuk surat ke Pejabat Menteri Kesihatan di Putrajaya pada 10 MAc 2015, dan meminta tarikh berjumpanya untuk berbincang kesan-kesan garis panduan ini.
Tetapi Menteri Kesihatan enggan menetapkan tarikh untuk berjumpa dengan NGO-NGO yang menganggotai GMPPK. Malah langsung tidak menjawab soalan.
Statistik tibi
- Tibi masih merupakan penyakit berjangkit yang membunuh paling ramai orang di Malaysia. Pada tahun 2014, 1,590 pesakit tibi telah meninggal dunia akibat penyakit mereka. Ini bermakna lebih kurang 8 peratus daripada pesakit tibi mati akibat penyakit berjangkit ini.
- Pada tahun 2014, lebih daripada 24,000 kes baru tibi (24,711) dikesan di Malaysia berbanding 10,000 kes dalam tahun 1990. Ertinya bilangan kes baru tibi telah meningkat dari tahun ke tahun dalam 25 tahun yang lalu ini. (Untuk memahami perspektifnya, pada tahun 2011, Amerika Syarikat dengan bilangan penduduknya yang sembilan kali lebih besar daripada Malaysia, hanya menemui 10,528 kes baru tibi di negara mereka.)
- Kadar kes tibi adalah jauh lebih tinggi di negara-negara asal pekerja asing kita
Malaysia: 81 kes baru setahun setiap 100,000 penduduk Malaysia (81/100,000)
Bangladesh: 360/100,000
Indonesia: 430/100,000
India: 2000/100,000
- Pada tahun 2014, 38,066 pekerja asing telah gagal pemeriksaan perubatan tahunan mereka (Fomema) dan mereka dihantar balik ke negara asal mereka. Antara yang gagal itu, 17,891 ataupun 47 peratus gagal kerana dikesan mengidap tibi. Tetapi hanya dua juta pekerja asing sah yang hadiri pemeriksaan perubatan tahunan. Wujudnya 2 juta lagi “Pati” yang tidak menjalani pemeriksaan perubatan sebelum datang ke Malaysia dan juga semasa berada di Malaysia.
Semakan kehakiman
Oleh kerana semua isu-isu yang telah dihuraikan di atas, Dr Jeyakumar, selaku Ahli Parlimen Sg Siput, Setiausaha GMPPK dan juga seorang rakyat Malaysia yang terasa kesihatannya dan juga orang awam diancam oleh tindakan kurang bijak pihak Kementerian Kesihatan, telah menfailkan semakan kehakiman.
Tuntutan semakan kehakiman ini adalah untuk:
- mengisytiharkan bahawa Garis Panduan Fi 2014 ini adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip kesihatan umum dan memudaratkan kesihatan umum rakyat Malaysia;
- menangguhkan pelaksanaan Garis Panduan Fi 2014;
- mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk mengadakan perbincangan dengan pakar-pakar kesihatan dan epidemiologi, termasuk NGO-NGO yang menganggotai GMPPK, terhadap kesan-kesan Garis Panduan tersebut, dan cara mengubahsuaikannya.
Dr Jeyakumar diwakili oleh Messrs Malik Imtiaz Sarwar, E3 Tmn Tunku Appts, Tmn Tunku, 50480 Kuala Lumpur.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme