Home Coalitions Health Care Tangguhkan skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh

Tangguhkan skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh

A ward at the Penang General Hospital

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sistem kesihatan awam yang kita ada di Malaysia adalah satu antara ciri-ciri Malaysia yang mesra rakyat dan yang harus dipelihara, ujar Jeyakumar Devaraj.

Hilmi Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan, telah mengumumkan pada 5 November 2016 bahawa skim Perkhidmatan Persakit Bayar Penuh akan dilanjutkan ke lapan buah hospital kerajaan lagi pada bulan Januari 2017.

Pada takat ini skim ini hanya diamalkan di Hospital Selayang dan di Hospital Putrajaya. Sekarang skim ini akan dilancarkan di Hospital Besar Kota Baru, Kuala Trengganu, Kuantan, Temerloh, Ipoh, Kuala Lumpur, Kelang dan Seremban.

Kami, ia-itu pihak Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK) dan PSM, telah menerima banyak aduan daripada pesakit dan juga kakitangan Hospital Selayang dan Universiti Malaya Medical Centre berkaitan perlaksanaan klinik dan sayap swasta di hospital umum. Antaranya:

1. Skim ini ada potensi tinggi untuk menarik perhatian doctor pakar kerajaan sehingga menjejaskan kualiti rawatan yang diterima oleh pesakit biasa yang tidak sanggup membayar. Skim ini di Selayang membenarkan pakar kerajaan mengutip sejumlah dua kali ganda gaji bulanan mereka. (Jika gaji RM15,000 sebulan, pakar itu boleh rawat pesakit swasta sehingga mengutip RM30,000 sesebulan. Ini membawa kepada situasi di mana pakar itu berkerja sehingga 10 malam empat atau lima hari seminggu. Akibat ini:

  • pakar terlibat akan cuba rehat sedikit pada waktu kerja biasa ia-itu 8 pagi hingga 5 petang dan membiarkan doctor pakar sedang melatih mengendalikan kes-kes pesakit yang tidak membayar.
  • ini wujudkan situasi di mana kes tidak bayar yang berkomplikasi dan sukar dirawat dibedah oleh pakar yang baru dapat kepakarannya manakala pakar dengan pengalaman 15 tahun ke atas buat pembedahan routin selepas waktu pejabat untuk pesakit yang boleh bayar.
  • pakar dengan pengalaman lama tidak bertenaga untuk memberi masa untuk buat pusingan wad dan membincang pelan rawatan untuk pesakit yang tidak membayar. Tanggungjawab itu diturunkan kepada pakar yang sedang melatih ataupun doctor yang sedang belajar menjadi pakar.
  • pakar yang berpengalaman tidak ada masa dan tenaga untuk mendidik doctor-doktor yang sedang melatih dalam unitnya.
READ MORE:  GH private wings: This is not the way to raise funds for public healthcare!

Pada takat ini lebih daripada 80 peratus daripada doctor pakar dengan pengalaman melebehi 10 tahun sebagai pakar adalah di sector swasta. Pesakit yang boleh membayar boleh pergi cari mereka.

Hanya 20 peratus daripada pakar berpengalaman 10 tahun ke atas berkhidmat di hospital kerajaan, dan mereka bertanggungjawab menjaga 70 peratus daripada pesakit inpatient di negara kita. Jadi doctor pakar berpengalaman di sektor kerajaan tidak mencukupi untuk beban kerja yang sedang ditanggung oleh hospital kerajaan. Mengapakah kita mahu “distract” pakar kerajaan dengan skim ini?

2. Skim ini sedang mencetuskan perasaan tidak puas di kalangan pakar-pakar kerajaan. Umpamanya, dalam satu unit di mana ada tiga orang pakar, A, B dan C yang layak mengambil bahagian dalam skim ini; ada perbezaan di perasaan ketanggungjawaban mereka. Katakan pakar A buka klinik swastanya setiap malam manakala B dan C yang lebih bertanggungjawab hanya tengok pesakit swasta sehari seminggu.

Bila pakar A membeli kereta sport Mercedes selepas setahun, pakar B dan C mungkin akan akan ingat, “Saya kerja kuat dan jaga pesakit biasa di wad-wad kita tetapi A yang ponteng dari tanggungjawabnya boleh hidup mewah.”

Ini akan menghakiskan semangat B dan C untuk berkhidmat dengan penuh semangat untuk pesakit biasa. Mereka rasa adalah bodoh untuk mereka untuk terus berkorban dan memberi lebih tenaga dan masa untuk pesakit biasa dalam situasi di mana rakan sejawatan mengabaikan pesakit biasa tetapi dapat ganjaran yang besar! Semangat berkhidmat di kalangan pakar-pakar kerajaan akan diperlemahkan dengan perlaksanaaan skim ini.

3. Pada takat ini, doctor pakar di kerajaan enggan berkhidmat di hospital-hospital di kawasan luar bandar – Banting, Teluk Intan, Tawau, Sibu dan sebagainya. Kewujudan skim ini di hospital-hospital di bandar-bandar besar akan menjadikan pakar jauh lebih enggan berkhidmat di bandar-bandar kecil.

READ MORE:  Public healthcare on life support: Why private wings won't heal our GHs

Oleh kerana sebab-sebab ini, kami ingin memohon kerajaan:

  1. menangguhkan perlaksanaan skim ini;
  2. mengumumkan pada rakyat Malaysia kajian terhadap perlaksanaan skim ini di Selayang, Putrajaya, UMMC dan Hospital UKM. Apakah faedahnya skim ini dan apakah masalah yang ditemui? Apakah caranya mengatasi masalah yang telah menimbul?
  3. mengadakan dialog dengan masyarakat madani terhadap kaedah-kaedah yang lain untuk mengendalikan penghijrahan doctor pakar dari kerajaan ke sector swasta.

Berkaitan isu penghijrahan doctor pakar kerajaan, PSM telah mencadang:

  • mewujudkan suruhanjaya perkhidmatan khas untuk kakitangan kesihatan kerajaan, dengan skim gaji dan ganjaran yang memirip skim yang dipakai di IJN.
  • memperkenalkan system “sabbatical” di mana tiap pakar diberi cuti belajar bergaji penuh selama tiga bulan setiap empat tahun untuk pergi luar negara dan mempelajari teknik pembedahan atau skop baru.
  • memperkukuhkan skim pensen untuk doctor pakar kerajaan dan menurunkan kelayakannya ke 20 tahun perkhidmatan selepas mendapat kepakaran.
  • membekukan pembinaan hospital swasta baru. Hospital swasta yang sedia ada harus dibenarkan beroperasi tetapi mereka juga tidak diberi izin membina wad baru!

Kami, PSM dan GMPPK, berpendirian bahawa sistem kesihatan awam yang kita ada di Malaysia adalah satu antara ciri-ciri Malaysia yang mesra rakyat dan yang harus dipelihara. Kami juga amat menghormati doctor, jururawat dan kakitangan lain kementerian kesihatan yang berkorban dan berkhidmat bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan rakyat kita. Kami tidak ada bantahan terhadap usaha memperbaiki sistem gaji dan ganjaran mereka.

Itulah sebabnya kami begitu tidak puas dengan keputusan kerajaan melaksanakan skim ini tanpa menjalankan proses due diligence dan diskusi yang mendalam supaya mengelak daripada kesan negative yang tidak dijangka. Kami percaya skim ini akan membawa ke situasi di mana pesakit yang tidak mampu bayar akan diabaikan. Kebajikan B40 masyarakat kita akan terjejas jika skim ini diperluaskan.

READ MORE:  GH private wings: This is not the way to raise funds for public healthcare!

Due diligence ini hanya boleh dilakukan sebelum skim diperluaskan ke lapan buah hospital lagi. Selepas dilancarkan, amat sukar untuk menarik balik satu kemudahan yang telah diizin. Pembatalan skim selepas dimulakan akan menyebabkan kadar penghijrahan untuk meningkat!

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x